Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Brr... Sejuknya Salji!

Novel Terkini
[ Pandangan Pembaca Novel ]

Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Thursday, November 18, 2010

NOTA UNTUK SYAHMI

Salam.

Pertamanya, Iwan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua.

Keduanya, Iwan ingin merakamkan jutaan terima kasih untuk respons yang positif dari semua pembaca karya Iwan.

Yang menariknya, ada pembaca yang menggunakan novel Melodi Hati untuk presentation dalam kelasnya, ada pembaca yang menzahirkan baris “sekaya seindah setinggi” ke dalam pementasan drama, ada sekolah yang menjadikan novel ini untuk koleksi istimewa di perpustakaan sekolah, ada pembaca yang tak pernah baca novel, tetapi mula terpikat untuk membaca novel setelah membaca novel ini, dan tak kurang ada juga pembaca yang ingin menjadi penulis. Rasanya ada dalam 5 orang macam tu. Insya-Allah, semoga niat kita ikhlas dalam memperjuangkan seni yang kita minat.

Baru-baru ini, ada seorang pembaca yang baru membeli novel Melodi Hati. Menurutnya, sudah lebih 4 kali dia mengulanginya. (wau…) Hasil bacaannya itu, beliau membuat satu nota khas untuk Syahmi (Mie).

andai dapat ku tafsirkan melodi itu,
pasti kita dapat bersama menghayatinya,
andai dapat ku ertikan getaran itu,
pasti kita dapat memahaminya,
andai dapat ku maknakan jelingan itu,
pasti kita takkan melalui detik perpisahan kelmarin,
andai kita dapat bersama menghayati melodi itu,
pasti kita akan bahagia tanpa rintangan yang melanda,
andai kita dapat memahami getaran itu,
pasti aku tidak melukaimu,
tapi siapa kita untuk menentukannya?
Sudah takdir dari-Nya,
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan,
Namun...ku harap...sengketa kita bukanlah noktah kepada perhubungan ini,
dan ku harap...jika ada perpisahan antara kita,
bukanlah perpisahan untuk selamanya,
kerana...
selagi jantung ku masih berdetak,
selagi hatiku melagukan melodi kasihku kepadamu,
selagi itulah akan ku pertahan kan hubungan ini,
kerana kau...
Adikku..................

(Nurul Izzah, 15 tahun, Ipoh Perak)

Terima kasih.



~semoga niat ikhlas

Friday, November 12, 2010

Aktiviti Sekitar New Jersey

Salam.

Agak lama juga tak kemaskini blog selepas entri yang bertajuk wanita. Respons yang diterima cukup baik dan ramai yang berkongsi entri tersebut di facebook. Semoga usaha kita ini diberkati insya-Allah.

Novel Air Mata 2 Benua sedang memasuki fasa-fasa terakhir insya-Allah, cuma ada beberapa perkara lagi yang perlu diambil perhatian. Epilog misalnya, penerbit minta untuk menambah bab berkenaan. Manakala buku himpunan cerpen Haiwan Oh Haiwan, masih memerlukan beberapa lagi cerpen tambahan untuk diisi. Semoga segalanya dipermudahkan insya-Allah.

Untuk entri kali ini, Iwan sekadar mahu berkongsi pengalaman. Baru-baru ini, penyanyi nasyid antarabangsa, Maher Zain, datang ke New Jersey.


Gaya selamba Maher Zain yang menyarungkan jaket New Jersey.

Keesokannya, Iwan berjalan-jalan di sekitar Universiti Rutgers bersama rakan-rakan.


Menikmati keceriaan musim luruh di tepi tasik nan indah.

Petang itu kami ke ladang labu.



Sempat juga memasuki Corn Maze.


Sekian, perkongsian daripada Iwan.

~semoga niat kita ikhlas

~semoga niat kita ikhlas

Tuesday, November 2, 2010

Wanita

Salam.

Beberapa hari yang lalu, Iwan menulis status di facebook:

“Bukan terlalu memilih, tetapi tak salah rasanya andai aku meletakkan kriteria wanita bertudung labuh sebagai bakal isteriku. Jika ramai orang suka baju mahal, laptop mahal, kereta mahal, aku pula mahukan wanita yang mahal dan tahu memelihara maruah diri dan keluarga”

Syukur, semua komen status itu adalah positif belaka. Ramai juga yang tidak mahu komen di status itu, tetapi mengirimkan pelbagai reaksi melalui private message di facebook. Air muka Iwan kadang berubah-ubah membaca macam-macam pandangan orang ramai. Salah satunya berbunyi:

“Oh, jadi kau nak kata kami yang tak bertudung atau bertudung singkat ni wanita murah lah?” -A

-izinkan penggunaan aku untuk penerangan seterusnya-

Aku tidak meletakkan harganya, kerana harga yang sebenar dinilai pada hati. Apalah dayaku untuk menilai hati seseorang? Jika hati pun sukar diselami, apakah yang dapat membantu aku menilai seseorang? Maka, pastinya aku akan melihat pada luarannya terlebih dahulu. Setelah itu, barulah aku akan mengenalinya dengan lebih lanjut.

“Bila?”

Bukankah kita ada satu ikatan yang dinamakan ikatan pertunangan? Itulah saatnya untuk aku mengenali kamu. Bukannya waktu kita keluar menonton wayang berdua. Bukannya semasa kita bergelak ketawa bermain bowling bersama. Bukannya waktu kita keluar di waktu malam melihat bulan bercahaya. Bukannya semasa romantic dinner. Bukan, bukan, bukan.

Aku pernah baca di satu blog orang arab ni, yang mana dia mengatakan wanita ini umpama makanan. Sekiranya makanan itu tidak bertutup, atau ditutup tetapi masih ada lagi yang terbuka sana-sini. maka mudahlah lalat untuk mengotori kamu. Tetapi andai makanan itu dijaga baik dan rapi, insya-Allah, makanan itu bersih dan suci.

“Kau jangan nak generalize kami la, kami walaupun tak pakai tudung, tapi kami solat juga!” -C

Solat itu wajib, kau turuti, bagus!. Menutup aurat itu juga wajib, kau tak turuti, tak bagus…

Okey, saya nak tanya kamu kembali, apakah persamaan kenyataan kamu itu dengan ayat ini:

“saya bagi kucing saya makan, tapi hari-hari saya sepak terajang dia”

Apakah kebaikan kamu itu dapat menutupi kejahatan kamu terhadapnya? Fikir-fikirkan…

“Harap pakai je tudung labuh, baiknya belum tentu lagi” -G

Jadi, kamu ni dah tentunya baik lah ye? Wah.

“Kau kata nak yang pakai tudung labuh. Kalau orang tu pakai tudung labuh tapi pakai skirt, kau nak juga?” -D

Kamu ini tentunya bergurau. Kan di akhir status saya itu tertulis, saya mahu wanita yang tahu menjaga maruah diri dan keluarga. Apakah wanita bertudung labuh dan pakai skirt itu tahu malu? Tapi rasanya, saya tak pernah pula nampak ada wanita bertuduh labuh berskirt. Kamu ini tentunya bergurau.

“Iwan, tapi andainya jodoh kamu bukan dengan wanita bertudung labuh, macam mana?” -F

Jodoh saya sudah tertulis di atas sana. Saya kena terima dengan redha. Cuma sekarang, saya tak tahu siapa. Jadi, saya kena berusaha. Dan usaha saya berlandaskan kriteria yang menepati syariat Islam. Yang bertudung biasa tetapi mengikut apa yang Islam suruh, pun saya terima. Cuma buat masa ini, saya lebih tertarik dengan kesungguhan wanita yang bertudung labuh. Mereka ini umpama srikandi. Untuk mendapatkan mereka, saya perlu jaga diri saya. Istiqamah dalam amal soleh. Barulah mendapat isteri yang solehah, insya-Allah.



“Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. [Surah al-Nur, ayat 26]

~semoga niat kita ikhlas

Sunday, October 24, 2010

Silat Lagenda di Temple

Salam.

Baru-baru ini, di Temple University ada menganjurkan Malaysian Night sempena Fun Friday. Iwan dan rakan-rakan, terlibat dalam persembahan silat. Memandangkan Iwan ada sedikit asas dalam bidang ini, maka Iwan diberikan kepercayaan untuk mengetuai persembahan ini.



Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Malaysian Night dan juga video training kami, sila baca post yang berikutnya di bawah.

Malaysian Night di Temple

Yang ini pula video yang diambil semasa membuat latihan.



Selain persembahan silat, ada juga persembahan joget pahang, kuiz tentang Malaysia, batu seremban, main tutup botol, anyam ketupat dan macam-mcam lagi. seronok melihat penglibatan orang-orang sini yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Malaysia.

Dan ini sebahagian kenangan yang diabadikan dalam bentuk gambar....



Makanan Malaysia seperti nasi gorang, bihun goreng, satay dan kuah kacang, turut dihidangkan.



Soalan kuiz tentang Malaysia



Pelajar-pelajar di sini turut diberikan peluang mengenakan pakaian tradisi



Sebahagian orang asing yang terpikat dengan permainan tradisi kita



Geng silat





Alhamdulillah, program Malaysian Night sempena Fun Friday ini berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan pada semua yang terlibat atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Semoga ukhwah yang terjalin terus berkekalan, insyaAllah.

-credit kepada jurufoto, juruvideo, pemilik kamera, pemilik video, Syazwan Mizwan, Radhiah, Amirul, Amiratul, Afe, Salahudin. dan tidak lupa, kepada pemilik asal soundtrack silat, Junaidi di Iowa.

~semoga niat kita ikhlas

Monday, October 18, 2010

Lagi Aktiviti Sekitar Philly

Salam.

Activity update.

Sekadar perkongsian tentang aktiviti terkini yang Iwan jalani baru-baru ini.

Philadelphia Free Palestine Walk.

Satu perarakan secara aman yang dianjurkan oleh American Association for Palestinian Equal Right (AAPER). Tujuannya untuk memberi lebih kesedaran kepada rakyat Amerika tentang kesengsaraan penduduk Palestin. Rata-rata di setiap negeri di US ini ada menganjurkan program yang sama.



Antara pengalaman menarik, ramai pemandu kereta yang menekan hon lalu menunjukkan simbol 'peace' sambil tersenyum tanda sokongan mereka. Tak kurang dari itu, ada juga sebuah kereta yang menekan hon lalu menjerit, **** Palestine! Namun, ketua perarakan kami, hanya tersenyum.


wanita berkaca mata itulah ketua perarakan ini.

Prinsipnya, "the best answer for them is smiling." Iwan hargai sikap murni wanita itu. Dia bukanlah seorang Islam. Tetapi demi menegakkan keadilan untuk warga Palestin yang bukan sebangsa dengannya,yang bukan seagama dengannya,yang tiada tali persaudaraan terbina, namun semangatnya dalam setiap langkah tetap membara. Semoga Allah kurniakan beliau petunjuk dan hidayah.



Philly Care Day




Program mengemas dan mencantikkan sebuah sekolah rendah di Philly. Ini adalah pengalaman pertama Iwan masuk ke sekolah rendah di US. Seperti dalam rancangan televisyen, suasana di dalam kelas, kantin, semuanya berbeza dengan sekolah di Malaysia.


-terkenang zaman jadi cikgu dulu. Iwan adalah cikgu yang tak garang sebab Iwan takut cikgu garang masa zaman sekolah dulu. Hehe..

Terror Behind the Wall

Ini pula adalah pengalaman masuk ke dalam haunted mansion (rumah hantu) yang dikatakan top ten paling menyeramkan di US. Lokasinya adalah sebuah penjara, Eastern State Penitentiary di Philadelphia.

Pengunjung akan merasai suasana berdepan dengan hakim di makhamah, dibawa naik bas menuju ke penjara. Di penjara inilah segala yang menakutkan bermula.



Dalam penjara ini ada beberapa bahagian. sel-sel penjara, tempat mandi, tempat hukuman eletrik, hukuman gantung, ruang bedah, hospital dan macam-macam lagi. Bagi Iwan sendiri, hantu paling mengerikan adalah seorang doktor gigi yang menghalakan 'drill' yang dipegangnya ke arah Iwan. Pesakitnya yang terbaring, menjerit-jerit kesakitan.

Setakat ini sahaja perkongsian aktiviti Iwan kali ini.


Power Rangers apakah ini? Nantikan tidak lama lagi...

~semoga niat kita ikhlas.