Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Friday, May 22, 2009

Kembali Editing Video

Salam.

Dah pukul 1 pagi.. berehat sebentar lepas editing video. Ha..setelah lama tinggalkan bidang ni, akhirnya aku kembali semula.
Sabtu lepas baru shoot, dan sampai sekarang masih belum habis edit. Buat masa sekarang ni, video yang aku terima hanyalah untuk Youtube Promo, selebihnya aku tak boleh terima kecuali video perkahwinan.

Isnin lepas, aku ke Telaga Biru di Kepong, menghantar proposal novel di atas meja editor. Sekarang dalam proses penelitian. Hopefully segalanya berjalan lancar. Amin..



Nak pergi senang, nak balik punya lah susah. Teksi pun macam tak nak bagi aku naik. Pelik betul aku.Pengajaran pada hari tersebut adalah banyakkan bersabar. Masakan tidak, aku tunggu di jalan ni, teksi lalu seberang sana. Bila aku seberang ke sana, teksi lalu kat jalan tadi. Sabar je lah.

Ingatkan lepas hantar novel boleh rest sekejap, tapi kena sambung editing video pula. Sepatutnya kena hantar esok, tapi memandangkan aku rasa nak timba ilmu ekonomi di UKM, aku minta postpone ke hari Isnin. Tapi pihak studio mahu cepat juga. Mungkin ahad ni aku kena pergi sana.

Selain video, Reaz Production juga ada sediakan service photo shoot. Pada hari tersebut juga aku akan terlibat untuk perkara yang sama.

Sibuk ke tak, ibadah, family, friends, tetap kena ada komitmen yang utama. Semalam aku ke Mines, jumpa dengan abang Toi dan friends (kak dalila, kak obi, abang ijam, abang camar...). Malas nak tempuh jam, membuatkan aku rasa lebih baik naik ktm.

Makan di Kenny Rogers, ok la.. tapi sangat mengenyangkan.

Hari ni entah kenapa mata aku seperti Byakugan, (bukan Sharingan), nampak putih je. Eh dah mula merepek ni, kena berhenti dulu lah. Wassalam.

p/s- Merajuk dengan kawan baik? Entah lah.. No komen

0 Pandangan:

Post a Comment