Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Brr... Sejuknya Salji!

Novel Terkini
[ Pandangan Pembaca Novel ]

Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Thursday, February 5, 2009

Berehat Sebentar

Alhamdulillah baru selesai test kelas music. Mulai malam ni, aku agak free sebab cuti pun sampai hari selasa. So, tadi aku pun kembali compose lagu.

Entah kenapa agaknya, malam ni serba tak kena. Sakit telinga aku mendengar melodi ciptaan ku sendiri. Berhempas pulas menyelamatkan keadaan sampai diri ni jadi penat. Biasanya, kalau aku buat apa yang aku suka, jarang aku akan penat. Tapi kali ni agak berlainan. Perasaan putus asa itu seakan berputik.

Aku rehatkan diri dengan melihat video-video yang pernah ku hasilkan. Lama jugak meninggalkan dunia video ni, hajat di hati memang nak kembali, tapi masa tak mengizinkan, aku ada komitmen lain.

Syukur, semangat aku terbakar semula. Banyak lagi boleh ku lakukan hujung minggu ni. Komitmen dengan Astro Ceria, dan hasilkan demo lagu untuk arrangement yang dah selesai dibuat. So then aku boleh proceed for the next step.

Sekarang aku sedang berehat sebentar sambil melayan blog. Pukul 2.30 pagi nanti kawan-kawan ajak main futsal pulak.

-Apa tujuan post ni? Entah, sekadar berehat-rehat..

Monday, February 2, 2009

Jika Aku Tahu

Kelas music pukul 12, aku bertolak dari rumah dekat2 pukul 11 pagi, Alhamdulillah sempat gak sampai. Tu pun speed jugak, tapi masih mematuhi undang-undang. Cewah.

Cewah tak cewah, masuk kelas macam biol kesengalan. Otak macam serabut. Semasa kelas sedang berjalan, lecturer bukak gambar Mona Lisa. Dan satu soalan terus diajukan teradap diriku yang pening-pening lalat ni.

"Why this picture is so special?", tanya beliau.

Aku menjawab dengan segala kefahaman yang ada dalam diriku. Aku nyatakan sebabnya. Lukisan Mona Lisa adalah tidak lengkap lagi di beberapa bahagian. Pelukisnya meninggal sebelum sempat menghabiskannya. Tapi aku tak ingat kat mana kekurangannya, yang aku pasti, kening Mona Lisa belum dilukis.

Jawapan aku disambut hilai tawa gilang gemilang penuh keriangan dan kesukaan. Aku tak pasti sama ada mereka gelak kerana menganggap aku membuat lawak di pentas gelanggang raja lawak atau mereka gelak kerana mereka menggelakkan jawapan aku? Aku tersenyum kucing-kucing sambil berjalan ke tempat dudukku.

Lecturer tu kata, jawapan sebenarnya adalah kerana senyuman Mona Lisa. Kalau kita sedih dan melihat gambarnya, kita dapat melihat Mona Lisa tak senyum dan kalau kita gembira, kita akan perasan dia juga tersenyum simpul.

Benar atau tidak, aku kurang pasti. Aku pun sepatutnya membuat research sebelum membuat post ini. Ah, takde mase rasenye nak buat research. Banyak lagi kerja lain yang belum siap. Time management aku makin mengarut. Aku semakin kesempitan masa..

~teringat ikrarku dahulu, akan ku letak komitemen ku tentang pelajaran di kepala, manakala komitmen ku tentang seni di kepala lutut.

Sunday, February 1, 2009

Sensitif lagi..

Lame dah x post, nak cakap pasal ape ek? Ermm...

Semalam lepas kelas persembahan, aku makan nasi ayam di semenyih. Memang tempat lagenda. Alhamdulillah, sedap dan best. Then, aku nampak ade supermarket baru dibukak. Teringin aku ke sana untuk membeli stok makanan ku di kolej.



Aku ambik barang sesuka hati masuk troli. Then baru aku perasan, most of the items adalah barangan yang patut diboikot. Erm. Isu boikot. Ade juga yang berpendapat boikot ni tak releven kerana sebab-sebab tertentu. Its up to you. Berpegang pada pendirian anda. Cuma aku selalu teringat kata-kata seorang brother tu, setiap kali kita nak beli barangan yang perlu diboikot, cuba kita imagine kesengsaraan dan kesusahan rakyat Palestin.

Bile dah macam tu, aku letak la balik barang2 tu sume. Susah jugak ye sebab banyak barang perlu disubstitute. Even agak susah, aku try jugak. Sume barang tadi aku tukar dengan item yang same waktu dengannye.

Balik singgah beli kaya ball dengan chesse cake. Buatan Malaysia.

p/s- Jangan la pulak orang yang nak further study kat US pun korang sume boikot. Tu merepek sungguh la..

Monday, January 26, 2009

TERASA HATI

Hari ni aku sepatutnya ke Concourd Hotel,KL, seawal kul 10.30 pagi lg. Tapi perasaan aku masih x tenteram dgn kejadian beberapa hari lepas. Blog ni kan bole menzahirkan rasa hati, so post kali ni adalah muntahan rasa hati aku. (Junaidi, pinjam term ni)

Aku ade rekoding kul 4 tapi sampai studio kul 2. Lepas solat, aku gi makan dan terus gi CC, download game henset, bace paper online. Bile jam di tangan menunjukkan kul 3.30, aku pun bergerak la ke studio. Check henset, eh ade 4 miss call dari abg X.

Sampai studio, dgn releksnye aku bertanye pada abg X,"knape miss call byk kali? Sori la iwan x perasan, tadi hset silent mase main CC". Pertanyaan aku dijawab dgn leteran dan bebelan yang sgt panjang. Rupenye die call nk suruh aku balik cepat, rekod kul 3. Laaa jgn la salahkan aku 100%, sape suruh tukar last2 minit, bisik hati ku.

Dah bosan dgr die membebel, aku mencelah. "Tadi kate nak cepat, jom la. Takyah membebel lagi". Hadui.. Lagi teruk kene marah. Hati aku makin panas. Abg2 yg lain bukan nk backup aku, wat tak tau jer. Hati ni dah terbakar abes. Sebelum aku kurang ajar, aku blah mase die tgh syok membebel. Seronok sgt agaknye membebel tuh.

Aku beli aiskrim solero ngan coklat snickers. Nak bg ati ni sejuk balik. Sambil aku makan kat satu kerusi tu, tetibe ade sorg abg tu dtg naik motor. Die carik aku agaknye. Syukur ade gak yg concern.

Die pujuk aku balik studio. Aku mule la cair bile abg tu ckp slow talk dgn aku. Air mata ni tetibe je mcm bertakung. ahh! tak mungkin tumpah di depan org lain. Aku mintak abg tu tolong backup aku dari abg X yg tgh berapi dgn aku tu.

Nasib kurang baik jugak, suara aku mase rekoding agak serak2 mcm org nak nangis, dtambah pulak baru makan aiskrim td. Ermmm... Dgr lagi abg X tu membebel...

Akukah yang terlalu sensitif atau mereka yang langsung tak sensitif dengan perasaan aku? Sedihnye sedihnye sedihnyeeee

Monday, January 19, 2009

Generasi Harapan

Sabtu lepas, aku ke Kuala Selangor atas urusan tertentu. Destinasi yg dituju adalah sebuah sekolah agama Al-Ansar. Nama sebenar sekolah ni aku kurang pasti, dan aku rase sekolah ni sekolah tahfiz.

Sampai je di sekolah ni, ketika waktu asar. Semasa aku turun dari kereta, ramai student lelaki berada di surau, dan semua mata memandang ke arah aku. Aku agak segan untuk bertentang mata dengan mereka, lebih2 lagi fesyen pakaian kami yang agak berbeza.



Tiada niat sombong di hati, aku sekadar malu dan terus berurusan dengan pihak tertentu untuk urusan tertentu juga... Timbul rasa keinsafan di hati, sudah lama aku tidak merasakan suasana yang tenang dan aman seperti ini. Diiringi alunan zikir yang lembut, amat mengujakan. Sukar benar untuk aku merasakan suasana ini di kota.

Cuma, agak terkilan. Mengapa tiada bantuan yang sewajarnya untuk mereka hidup lebih selesa. Aku melihat kemudahan di situ agak kurang, lebih2 di kawasan yang terpencil.



Semoga mereka menjadi generasi harapan di masa hadapan, insyaAllah.
_____________________

Sejak kembali ke kolej ini, aktiviti seni aku agak terhad. Aku terpaksa memberhentikan seketika progress lagu 'Istilah Cinta' yang sudah siap separuh. Ini kerana pada semester ini, aku ambik subjek music dan aku ade satu performance yang agak suprise untuk dilaksanakan bulan 2 ni. So sekarang, aku busy on composing lagu utk performance itu dan juga menjadi koreographer. Betul ke eja ni? Hahaha...

Saturday, January 10, 2009

Dinner @ IZZI

Khamis lepas, aku dpt sms yg mengajak dinner bersama di IZZI cafe, AU2 Jusco, Setiawangsa. Agenda should be started at 8.30. Kelas aku abis kul 12 that day. Straight away going home then after Asar, aku g sane naik public cab. X reti aku nk drive area2 Setiawangsa neh...



Tapi dinner lewat sikit sbb sume ade komitmen yg laen yg lebih perlu diutamakan. Abg Toi pun baru ziarah rumah Nubhan yg baru kehilangan bapanya. Takziah diucapkan.

Diorg panggil majlis mlm tu teh tarik session, tapi aku tgk punyer la byk order. Eleh ckp orang, aku pun same. Spaghetti bolognise, soup of the day, calamari, pizza,salad, pastu ade org tolak nasi goreng belacan kat aku. Alhamdulillah, rezeki sume tu..



Makan kat IZZI mmg best. Lagi2 kitaorg dpt sponsor mlm tuh. Makanan free mmg sedap btul tak? Ahahaha.. Mari ramai2 ke IZZI ke cafe yg mmg best!

Bertolak balik kul 11.30. Aku terpinga2 sbb public transport mane ade dah time mcm tuh. Last2, abg toi gak yg hantarkan ke serdang. Malu jgn ckp ar, tebal muke neh... Thanks anyway...