Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Brr... Sejuknya Salji!

Novel Terkini
[ Pandangan Pembaca Novel ]

Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Sunday, May 17, 2009

ITULAH IMPIANKU STUDIO VERSION.

Salam.

Alhamdulillah semalam habis rekod lagu Itulah Impian Ku. Habis dalam pukul 6 petang. Thanks to bro Wan Shah. Lepas tu tunggu seorang bro ni datang untuk shoot video clip Ratu Hati Ku. Pernah dengar? Lagu tersebut terpaksa dirombak balik part rap dan kerana bertukar penyanyi. Bro ni datang sedikit lewat dan proses rakaman beliau agak mengambil masa. Satu rangkap berapa kali kena ulang, kesian aku tengok.


Aku agak penat sebenarnya. Sepatutnya aku datang studio petang, tapi tiba-tiba dapat sms suruh datang tengah hari. Aku baru je habis main badminton masa tu. first time kalah, then kena ejek dengan budak-budak sekolah . Takut diorang bila tengok muka aku yang seakan marah, tapi tak marah pun. Siapa pernah nampak aku marah? Hihi.. Pernah ke?

No wonder, aku tertidur menunggu bro tu habis rekod yang sampai pukul 12.30 malam. Then, baru shoot video clip sampai pukul 3. Sampai rumah pukul 4 pagi. Letih.

Pagi ni pula, ada perlawanan boling di South City Plaza. Kena bangun awal walaupun tak cukup tidur. Alhamdulillah, single dapat no 3 dan team pun dapat no 3. Lepas solat Asar, aku tak tahan lagi, beradu sebentar. (Dinasihatkan agar semua tidak tidur pada waktu ini kerana tidak digalakkan. Tapi kalau dah letih sangat tu, apa boleh buat. Jangan terlajak maghrib pula)

Besok kena pergi Kepong. Rasa macam tak larat nak pergi tapi apa pula alasan yang nak dibagi pada ketua editor? Ada idea? Hihi.. Tak apa.. Tak payah. Tak baik buat macam tu.

p/s- Preview itulah impian ku aku dah letak di sini, tapi tak full lah. Sebab tak mixing lagi. Tunggu pihak penerbit keluarkan budget untuk proses tersebut. :)

Friday, May 15, 2009

HUJUNG MINGGU NI

Salam.

Isyak tadi sembahyang sebelah seorang bro yang lewat 20an, tapi nampak muda macam aku . Baru tahiyat awal, dia dah ter tahiyat akhir.

"Bro, baru tahiyat awal. Tak khusyuk ke? Hihihi", antara bisikan syaitan di telinga dan menusuk hati. Sungguh kurang asam, tak semena-mena aku pun apa kurangnya.

-Sesungguhnya, hati itu mudah sahaja diterbalikkan 180 darjah- antara nasihat dari seorang ustazah semasa aku berkunjung ke sarawak tempoh hari.

Sekadar intro, pengalaman sebentar tadi di surau.

Ermm besok insyaAllah aku ke Caprice, settle kan 1st single yang dah lama tertangguh, sejak tahun lepas. At the same time, shoot video clip Ratu Hatiku. Semoga segalanya berjalan lancar. Malas dah nak kena marah-marah ni. Mostly bukan salah aku . Tak dapat tengok final AF7?
Ceh.. Haruskah aku menonton rancangan seperti itu? Tidak harus, apatah lagi wajib. Kalau akademi nasyid tu ok la juga..

Mungkin shoot sampai pagi. Apa-apa pun, kena balik rumah juga. Tak boleh tidur kat studio. Sebab ahad pagi ada bowling competition anjuran Alumni Samten. Lama dah tak main sebenarnya, sibuk memanjang. Competition Murai.com hari tu pun aku tak dapat pergi. Hope, aku ada chance untuk menang di samping berukhwah dengan ramai manusia.

Maybe Isnin ke Kepong pula, untuk hantar proposal novel ke meja editor. Dah terlewat sebenarnya gara-gara lagu yang tertangguh.

Nasib baik Isnin kelas dah takde, student dah start exam.

Tuesday, May 12, 2009

Bermula Cuti Buatku

Salam.

Semalam dah habis edit novel, then printing. Tapi just untuk proposal. Belum finalize lagi. Sepatutnya hari ni hantar atas meja penerbit, petang ni insyaAllah.
Ramai yang tanya, apa tajuk novel. Of course sama dengan tajuk lagu- Itulah Impian Ku.


Ni proposal. Tak mungkin cover dia macam ni je.

Tinggal lagi nak rekod lagu. Aku diberi peringatan oleh pihak atasan untuk bersedia anytime sebab dia akan call bila-bila masa je. Dah seminggu sakit tekak tak elok lagi, sekarang agak ok. tapi still ada rasa sakit lagi.

Jadi, aku hanya perlu menunggu. Kiranya aku boleh berehat-rehat sekejap. Yaa cuti aku dah bermula. Selamat datang ke dunia iwan..


Ada 7 movie ni yang paling best. Wah...

Ni pula game. Antara megaman X, semua aku dah main kecuali yang ni. Baru aku jumpa semalam kat rumah Syafiq. Susah rupanya compare dengan x8.


Best-best....

Friday, May 8, 2009

Postpone (bhg 2?)

Salam.

Hmmm... program hari ni terpaksa di postpone. Sebab? Miss communication lagi... Mungkin ada hikmahnya. Lagi pun, sakit tekak aku masih tak sembuh lagi.

Oleh kerana sedikit frust, aku letakkan preview muzikal kat blog ni. Hayati keindahannya.

p/s-time mangement time mangement.....

Thursday, May 7, 2009

TERASA HATI (bhg 2)

Salam.

Ingat lagi post terasa hati yang terdahulu? Kali ni sedikit sambungan dari post tersebut. Kalau dulu aku menghadapi masalah dalam studio, kali ni belum pergi lagi dah terasa pedasnya.

Bukan nak kata aku mudah dijatuhkan, tetapi sebagai pendatang baru, mungkin pukulannya agak hebat. Lantas, ada sahabat yang bertanya, "kau rasa menyesal ke pilih jalan ni?", bila aku berbincang dengan beliau.

"No komen", ujar ku sambil menghela nafas yang dalam. Mana-mana jalan pun ada cabarannya. Tapi kalau pandai manage masa dan keadaan, segalanya mungkin terkawal. Tapi bagi aku pula, mungkin aku tak rasa bosan tanpa berbuat apa-apa di waktu cuti. Cuma, kenikmatan cuti aku masih tak merasainya...

-no game (seminggu ada la 2-3 jam main)
-no movie (baru tengok satu sepanjang sebulan ni, cerita YUGIOH )
-less sleeping
-and others

Mungkin apabila kejayaan telah dicapai, semua itu tak dipandang kembali. Tetapi dalam perjalanan menuju kejayaan itu, macam-macam yang perlu ditempuhi dengan hati yang tabah.

Apa yang terasa hati pula kali ni? Huhu.. Semalam kena marah lagi. Masa tu pukul 4 pagi aku tengah tulis novel. Dah hampir siap, tapi jadi tak semangat nak teruskan bila dah kena marah. Marah tu biasa la kan, untuk mendewasakan. Kadang-kadang diorang gurau je lebih, tapi aku takut mereka tu serius. Hmm.. Semoga tak mudah berputus asa.

Sabtu ni nak settle kan lagu, tapi tekak masih sakit. Dah jumpa doktor, selebihnya bertawakal dengan memakan ubat-ubat yang diberi.

p/s-sebab apa kena marah? sebab miss com.. apa yang penting? kerjasama...

Monday, May 4, 2009

SAKIT TEKAK...

Salam.

Sejak Selangor menang Piala FA minggu lepas, aku kurang sihat. Banyak bersorak agaknya Dah sampai hujung minggu, rasa makin baik. Tapi bila hari minggu habis, sakik tekak makin menjadi-jadi. Aku ada kenduri di Perak, banyak minum ais agaknya. Dah cuaca panas sangat.

Malam tadi sepatutnya aku ada rekoding and video shoot kat Kelana Jaya, tapi nasib baik postpone ke hujung minggu ni. Kalau tak, mesti makin sakit tekak aku ni.
Hari ni pula, ada kelas. Aku risau betul, boleh ke aku mengajar nanti, nak bercakap pun susah, apatah lagi nak menjerit-jerit. Tapi alhamdulillah, rasa sakit aku hilang tiba-tiba apabila aku start mengajar. Aku fikir, sakit tekak ku dah sembuh.

Tapi bila aku masuk je ke dalam kereta, dan start memandu, of course aku akan pasang music. Dan menjadi lumrah, untuk aku turut menyanyi sama. Masa tu lagu David Cook, Light It On. Baru je masuk verse yang pertama, tekak aku kembali sakit.

Pelik betul, tapi aku tak mahu buat sebarang prediction. Dah nak sakit..sakit la..

Pasal lagu itulah impianku yang dah lama tertangguh, akhirnya siap juga. Sabtu ni insyaAllah aku nak rekod. Berbeza dengan Jika Kau Tak Tahu, lagu Itulah Impianku lebih mendamaikan jiwa bagi sesiapa yang mendengarnya.

p/s-sorry to abang toi and friends, sebab tak dapat pergi IZZI malam hari tu.