Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Brr... Sejuknya Salji!

Novel Terkini
[ Pandangan Pembaca Novel ]

Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Monday, March 9, 2009

Masjid Yang Cantik.

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam Maulidur Rasul diucapkan.

Lama juga tak buat post, kali ni tak tahu nak buat post apa. Jadi renung-renungkanlah gambar yang ingin dikongsi bersama.


Seakan di luar negara? Aku pergi Klang semalam. Solat Zuhur di masjid diraja...(tak ingat). Seni binanya memang menarik. seperti di luar negara rasanya.


Busy la konon, sampai nak study pun tepi jalan raya, ambil masa terluang yang ada. cewah.

Sedikit perkongsian kali ni, diambil secebis ilmu dari ceramah semasa sambutan maulidur rasul. Tanda kita sayang Rasul S.A.W, adalah kita mengamalkan sunnah baginda seperti solat berjamaah, berbudi bahasa, berpakaian bersih dan kemas dan macam-macam lagi.

Tetapi ada juga, yang 2 in 1. Sayang rasul tetapi melakukan perkara ditegah. Penceramah memberi contoh majlis perkahwinan. Itu adalah salah satu sunnah baginda akan tetapi ramai manusia kini yang mengamalkannya tetapi yang silapnya, melakukan pembaziran. Contoh, para pengunjung diberikan cenderamata seperti sudu dan garpu hiasan. Pengunjung kadangkala membuang sahaja hadiah seperti itu kerana tiada guna. Ini adalah pembaziran yang dilakukan pihak majlis. Sekiranya mahu memberi hadiah, adalah lebih baik memberikan makanan seperti telur rebus/pindang atau kuih muih. Boleh juga dimakan. :)

Cukup setakat itu. Seperkara lagi, tentang video performance MUS 105, maybe sudah tersebar luas di INTI (tak pastilah kalau sampai tahap boleh download di DC++). Ini menimbulkan rasa tidak puas hati mereka yang di luar INTI. Sampai ada orang sarawak yang demand untuk video tu. Haha. Thanks for your appreciation. So, aku upload satu lagi part dalam performance tu. Enjoy!




p/s-happy birthday untuk anak-anak abang Toi. Si kecik ni siapa name penuh dia ye, lupa pulak iwan..

Monday, March 2, 2009

Gamat Dan Hangat

Alhamdulillah.

Performance semalam dimulakan dan diakhiri dengan suasana yang hangat, menampakkan usaha aku dan rakan seperjuangan, Zaim, tidak sia-sia. Namun aku akui, performance tidaklah sebaik dan selancar semasa latihan, tetapi semua itu tidak jelas kelihatan. Yang jelas, kami berdua kurang sihat, sekaligus agak tertekan dengan part vokal.


balingan kad yang mendapat jeritan ramai.

Hedonisme, ada pihak yang melabelkan performance kami dengan perkataan itu. Aku akui, performance kami agak sedikit duniawi tetapi itu tidak lebih dari sekadar performance untuk MUS 105. Tak ada dalam perancangan aku hendak beraksi sedemikian di dunia luar kerana aku tahu jalur genre yang aku bawa. Bagi Zaim pula, aku no komen. Haha. Terpulang pada individu.

Lantas, aku memasukkan sedikit elemen kemanusia di dalam performance kami, di mana aku meletakkan harapan agar penonton akan 'touching' dengan background gambar-gambar tangisan kanak-kanak di Gaza.

Tiada suara yang kedengaran di waktu ini melainkan suara aku~

Terima diucapkan kepada penonton yang datang, juga pihak 'Astro'(Mr Iman dan dibantu Mr Baihaqi) yang sudi merakamkan kenangan di INTI yang pasti terpahat di hati. Kepada bahagian teknikal dan lighting, juga terima kasih.

p/s-thanks to my fans too. :)

Wednesday, February 25, 2009

STARZ!



GANG OF SUPER STARZ!

Sunday, February 22, 2009

PENGUMUMAN !

Bismillahirrahmanirrahim..

Insya ALLAH pada hari khamis tanggal 1 Rabiulawal / 26 Feb 2009 ini akan diadakan program istimewa anjuran Malay Culture Society dan Kelab Silat Cekak Ustaz Hanafi INTI-UC iaitu Malam Halaqah & Demonstrasi Silat Cekak Hanafi. Detail program adalah seperti berikut:

Tarikh: 1 Rabiulawal 1430H = 26 Feb 2009 = khamis malam jumaat
Masa: 7.00 malam - 10.30 malam
Tempat: surau INTI yang penuh barokah.

Aturcara program yang akan dijalankan adalah seperti berikut:

7.00 pm-8.00 pm: Solat Maghrib berjemaah.
8.00 pm-8.15 pm: Bacaan Surah Yaasin.
8.15 pm-9.00 pm: Ceramah kerohanian oleh Ustaz Kamaruddin.
9.00 pm-9.15 pm: Solat Isya' Berjemaah.
9.15 pm-9.40 pm: Kudapan & Tayangan Video Palestin
9.40 pm-10.30 pm: Penerangan Silat Cekak Hanafi INTI-UC.
10.30 pm: Bersurai.

Objektif program:

1) Mengharapkan ganjaran pahala solat berjamaah.
2) Menambahkan pengetahuan berbentuk kerohanian dan mengambil barokah di dalam majlis ilmu yang dinaungi sayap-sayap malaikat.
3) Mengeratkan ukhuwwah sesama Melayu-Islam.
4) Meningkatkan kesedaran tentang penderitaan umat Islam di Palestin.
5) Memberi gambaran sebenar tentang Silat Cekak Hanafi.
6) Mempersembahkan demonstrasi Silat Cekak Hanafi.

Untuk keterangan lanjut, SILA KLIK DI SINI!

Wednesday, February 18, 2009

GENG! Memang Best!

Evolusi filem Malaysia dapat dilihat dengan munculnya sebuah filem animasi 3D, Geng: Pengembaraan Bermula dengan menampilkan watak yang cukup popular di Malaysia iaitu Upin dan Ipin.




Aku merasa sangat bangga dengan filem ni.Dalam banyak-banyak filem yang aku tengok, memang kebanyakannya best(except filem hantu), tapi untuk mencapai tahap terkesan di hati, tak semua macam tu. Adalah beberapa filem yang mencapai tahap ini seperti The Wanted, Ice Age dan Geng! Wauu...bangga aku.

Aku rasa tak rugi kalau aku beli tiket nak tengok lagi. Aku memang berharap filem tu boleh pecah rekod kutipan tertinggi.

Semalam, aku dan abang toi, abang C, abang N dan beberapa rakan yang lain tengok cerita Geng ni kat Jusco Cheras Selatan. Aku drive dari rumah pukul 6.45 petang. Cerita start pukul 9 malam tapi suka2 nak berjalan-jalan dulu. Nak solat pun tak la terkejar-kejar.



Memang best cerita ni. Grafik memang aku tabik. Environment dia memang real. Unsur komedi, suspend, semua memang menjadi. Gelak tak kering gusi, takut sampai nak gugur jantung ni. Abang toi pun same macam member2 yg lain, suke takutkan aku part suspend. Aku dah la lemah semangat. Abang C pulak kesian dia, orang sekitar dia macam ganggu konsentrasi dia. Haha..

Balik singgah makan di Alif Bistro, tapi aku join tak lama, 11.30 aku balik. Aku tak berani nak drive malam yang sangat malam. Apa-apa pun, aku promote pada semua, marilah tengok cerita Geng. Aku tah nak la buat cerita macam mana filem tu, nanti tak suprise la. Tapi insyaAllah, filem ni memang memuaskan hati anda. Mari sama-sama menyokong GENG!!!

p/s- Bila cerita dah habis, semua berdiri dan berjalan keluar. Tapi rupanya cerita tak habis lagi. Masing-masing mendongak kepala sambil berdiri, langkah terhenti. Kelakar pula melihat gelagat semua.

Monday, February 16, 2009

INDAH atau LELAH?

Sebelum tibanya sabtu lepas, aku dalam dilema. Kurang pasti dalam memilih keputusan yang pasti. Ada dua event yang bakal berlangsung pada hari itu, satu program religious dan satu lagi program ukhwah persaudaraan. Dan nasib baik aku tak mendapat sebarang sms atau panggilan yang mengajak aku untuk meyertai aktiviti luar, kalau tidak dua-dua aku tak dapat hadir.

Atas dasar tanggungjawab, aku memilih program ukhwah kerana aku sudah mendaftar terlebih dahulu. Mungkin pemilihan program religious dilihat seperti lebih baik, namun pengalaman sebagai pengendali program mematangkan aku. Jika aku bertukar di saat2 akhir, aku pasti, ya pasti, akan menyusahkan pihak pengurusan.

Okey, tamat sudah sekapur sireh, sekarang aku nak cerita apa yang berlaku. Sudah lama aku tak luangkan masa bersama kawan-kawan kolej. Hari itu, kami seramai 40, mendaki gunung ledang (tak sampai puncak) dan melawat Melaka Bandar Raya bersejarah.



Pergi seawal 7.30, kami tiba di kaki gunung ledang pada 9.30. Aku mendaki agak kehadapan, letih toksah cakapla. Sampai di tempat yang agak tinggi, kami berhenti untuk bermandi manda. Nak buat aktiviti ape lagi kan.. takkan nak berjoget pulak.

Di satu kawasan, ada lubuk yang sangat dalam, gelap dan tidak menakutkan. Seorang demi seorang terjun ke dalam lubuk itu sambil dibantu oleh beberapa kawan di permukaan air. BUkan apa, takut masuk tak keluar-keluar.



Pukul 12, turun ke bawah. Beberapa rakan dari Yaman teringin mencuba permainan lasak bermotor di kawasan berpasir. Memang best, tapi aku tak kesampaian nak cuba sebab orang sebelum aku hampir-hampir eksiden. Aku fobia bende macam neh.

Then, pergi Melaka. Lama juga aku tak ke situ. Mula-mula naik menara taming sari, kemudian ingat nak tengok wayang. Tak logik sungguh. AKu membantah dan kemudian berjalan-jalan di Melaka Prade, A Famosa, Dataran apa entah namanya dan akhir sekali menaiki bot. Tidak disangka sungguh indah pemandangannya. Namun tidak sangka juga, sangat lama perjalannya. Kami sepatutnya ke tempat bas menunggu pada pukul 7, namun dah 7.10, bot tak henti-henti lagi. Aku terpaksa meminta pemandu bot itu segera kembali ke pangkal jalan, eh ke jeti. Mr Presiden dah banyak kali call kami.



Kenangan sebelum meninggalkan melaka, ialah larian pecut 2 kilometer. Rasanya kami jadi perhatian umum yang menyaksikan kami seperti kami baru merompak sebuah bank tetapi hanya berjaya mendapatkan satu tinggit empat kupang.



Malam, kami makan ikan bakar di Umbai. Wang habis seperti derasnya air mengalir di air terjun gunung ledang tadi. Namun, persahabatn kami semua bertambah erat, insyaAllah.