Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Brr... Sejuknya Salji!

Novel Terkini
[ Pandangan Pembaca Novel ]

Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Saturday, June 13, 2009

PERTEMUAN DAN PERPISAHAN

Salam.

"Hatiku diracuni dengan kerinduan, yang dapat diubati dengan pertemuan, tetapi di
sebalik pertemuan itu, pasti terselit perpisahan, yang akan membuahkan kerinduan".

Antara bait-bait status yang aku letakkan di YM satu ketika dahulu, yang menggarip mata sesetengah pihak. Dan kini, aku ketengahkannya kembali, walaupun aku tahu, ayat tersebut tidak lagi sepersis dahulu. Tapi, isi tersiratnya tetap sama.

Mana ada pertemuan tanpa perpisahan. InsyaAllah, sekiranya niat itu baik, perpisahan itu perpisahan yang dirahmati. Kerinduan itu peringatan diri. Pertemuan itu satu rezeki.

Namun, sebagai insan biasa, pasti perpisahan itu sesuatu yang menyakitkan, apatah lagi pertemuan yang diidamkan itu sangat dihargai, dan hanya datang sekali dua dalam setahun. Hakikatnya, aku perlu Redha.

Dan syaitan pula tidak habis membisikkan kalimah ragu di hati, agar ku cari saja pengganti yang lain, yang dapat melupakan. Cinta adalah jalan penyelesaian katanya. Satu isu yang aku malas hendak ulas panjang. Apa jua yang aku katakan, sama ada A mahupun B, tetap mengundang pelbagai persepsi.

Syukur Allah mengubat kerinduanku dengan panggilan dari pihak Telaga Biru, yang menyatakan kemungkinan besar novel aku akan diterbitkan. Aku gembira dengan dengan keputusan itu. Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar. AMIN.
dekat di hati, jauh di mata. siapa lagi kalau tak insan dekat di hati melainkan ahli keluarga sendiri. utamakan keluarga, semakin hari, semakin sayang.
hari ni, hadiri jemputan, dan ku temui, rakan lama. siapa sangka, dia begitu mesra, walhal aku kaku di permulaannya. dia memeluk aku, aku terharu, begitu mesra sekali dia walaupun lama tak berjumpa. pertemuan yang bermakna. dan bangga kerana aku lebih tinggi dari dia. hihi

p/s- gambar yang hilang hari tu, berjaya di selamatkan. Alhamdulillah.

Wednesday, June 10, 2009

OH GENTING...

Salam.

Dalam kesibukan dengan pelbagai komitmen, aku reserved hari rabu (semalam) untuk berjalan-jalan di Genting Highland bersama Amirul. Dari tahun lepas lagi kami nak ke sana tapi tiada rezeki agaknya kerana aku demam ketika itu.

Alhamdulillah, walaupun kami berdua batuk dan sakit tekak. hajat kami untuk ke situ tercapai jua. Rasa agak excited pada mulanya sebab sebelum ni, asyik main di Times Square je. Dah bosan main benda yang sama.

Tak dapat dinafikan, memang extreme dan best main permainan di situ. Cuma, tak puas. Bayangkan, beratur menunggu giliran sampai satu jam, naik roller coaster cuma 1 minit. Isk isk isk..

Untuk game outdoor, dapat la merasa 6 jenis games. Nasib baik kami TERmasuk ke Snow World, rasanya kat situ lagi happening. Seronok dapat meluncur. Cuma kami berdua ni jenis sensitif sikit, telinga cepat keras dalam sejuk. Rasa macam nak patah. Sayangnya, tak dapat bergambar. Nak guna khidmat cameraman, kena bayar mahal pula.

Lepas sembahyang zohor, aku teringat yang ketua editor ada suruh aku call dia hari sebelumnya. Aku rasa takut juga kenapa la agaknya. Rupanya dia kata novel aku kena review semula. Peluh membasahi pipi.. Mengapa agaknya? Apa-apa pun, doakan semuanya berjalan lancar.

Handset aku pula hilang masa naik flying coaster. Alhamdulillah, ada pegawai bertugas yang jumpa semula.

Aku mengharapkan kenangan yang terindah dapat terukir. Namun, segalanya tidak berjalan lancar. Gambar-gambar yang diambil, semua hilang sebab handset aku dimasuki virus. Gambar dalam handset amirul tu pula tak banyak, tapi ada juga la kenangan.

Untuk ke sana lagi, aku akan berfikir tujuh lapan kali rasanya. Banyak buang masa.Orang terlalu la ramai. Sesak. Tapi kalau waktu sekolah tak cuti, mungkin lebih puas kot. Next week nak ke Pulau Perhentian pula. Tapi ramai member dah tarik diri. Siapa lagi yang tinggal agaknya. Hmmm


p/s- Kepada kawan-kawan dan pembaca blog semua, abang kepada Syafiq (Shader) yang bernama Akram, kini kritikal kerana mengalami eksiden. Marilah kita sama-sama mendoakan keselematan dan kesihatan saudara Akram semoga beliau kembali sembuh. AMIN

Sunday, June 7, 2009

Complicated..

Salam.

Alhamdulillah, pihak Telaga Biru memberikan jawapan yang positif semasa aku dihubungi minggu lepas, minggu yang sangat padat dengan jadual ke sana sini. Dari Perak ke Kelantan, kemudian ke Johor.
bersama Along Sha'aa (rap) dan Wan Shah (R&B)


Cuma sekarang, mereka masih berbincang sama ada lagu Itulah Impian Ku akan disertakan sekali atau dijual berasingan. Bagi aku, untuk lebih memahami isi pati novel tersebut, lebih baiklah lagu itu disertakan sekali. Ianya bagaikan compliment. Namun, kita manusia hanya mampu merancang.

Rancangan Yang Esa adalah yang sebaik-baiknya. Dalam dua bulan ni, banyak perkara yang aku lalui seperti tidak yang aku mahu kan, tetapi berkesudahan dengan kegembiraan. Tetapi disebalik keriangan itu, terpalit sedikit kemurungan atau kesedihan yang dasarnya, bukan dari aku tetapi orang lain.

Kiranya masalah orang lain, tapi aku juga harus memikulnya atas dasar tanggungjawab. Cuba untuk menyelasaikan masalah orang lain bukan perkara yang mudah. Hati dan perasaan harus dijaga, lebih-lebih lagi, orang yang berkenaan adalah dari ahli keluarga sendiri. Walau sekeruh mana air, tali hubungan tetap takkan terputus. Dulu, kini dan akan datang, mereka tetap saudara kita.

Itulah sebabnya hidup ini complicated. Fokus pada peyelasaian, untuk menyelasaikan masalah. Dan sebaik-baik penyelesaian, adalah yang berpegang pada Islam.

This week, tunggu jawapan lagi dari Telaga Biru. Hopefully within this month novel tu akan terbit, dan semua rakan2 ku dan pembaca blog ini, sudi untuk membelinya.

p/s- masa sangat cepat berlalu, perasan tak?

p/s 2- ada orang kata aku makin berisi? oh... benarkah dakwaan terbabit? (berisi tak semestinya gemuk)

Saturday, May 30, 2009

TRANSFORMASI bhg 2

Salam.

Dulu aku pernah cakap nak buat post tentang tajuk ni, dan sekarang aku sedang melakukannya.

Mengikut kefahaman akal fikiran yang telah dikurniakan Allah S.W.T, Transformasi boleh didefinisikan sebagai perubahan dari berbagai aspek seperti fizikal, perangai (behavior) dan pemikiran. Transformasi boleh terjadi sama ada dari buruk ke baik mahupun sebaliknya.

Di dalam Islam, akan rugilah seseorang itu sekiranya hari ini sama sahaja seperti hari semalam dan celakalah sekiranya hari ini lebih teruk dari semalam. Jadi bermakna, di sini kita melihat dari segi transformasi keimanan.

Mengikut sejarah, ada seorang ahli abid, yang dah beribadah begitu lama, namun kerana teringin mencuba membuat sedikit kejahatan, syaitan telah membisikkan sesuatu di telinga lantas satu proses transformasi iman berlaku di situ. Malang sekali buat ahli abid tersebut kerana penghujung nyawanya di sia-siakan dalam kemaksiatan.

Sebagai manusia akhir zaman, iman kita naik turun macam roler koster di Genting Highlands, cuma kelajuannya mungkin tidak sepersis itu lah. Ada kalanya senipis kulit bawang, (orang yang jarang masuk ke dapur mungkin sukar menggambarkannya.) Jadi, dah tau begitu banyak cabaran, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri, di mana perlu perbetulkan lagi kelemahan diri. Ini tidak, asyik nak melihat kesalahan orang lain tapi tak nampak pula kebaikan mereka.

Ok, sekarang nak bercerita tentang transformasi di sudut lain pula. Lumrah bagi kanak-kanak yang kian membesar, perubahan fizikal dan perangainya dapat kita perhatikan. Mereka semakin matang dalam pergaulan dan berbicara, tak seperti zaman kanak-kanak. Ini lah satu transformasi.

Tapi kalau transform sekadar fizikal lantaran umur kian meningkat, tetapi pemikiran seperti anak muda juga? Mungkin ini satu masalah juga. Tapi kita tak boleh salahkan individu itu kerana persekitarannya (surrondings) adalah faktor penyumbang juga.

Mungkin ada yang katakan ini adalah masalah yang melanda diriku. Minat pada anime terutamanya Digimon and what so ever. Aku dibesarkan pada zaman tersebut, dan ramai juga yang mengaku minat tetapi bila dah dewasa, mereka melepaskannya. Ini ke yang dikatakan peminat? Aku tidak hipokrit dalam isu begini. iyelah tapi tak payah la mengaku, buat post pula tu

Kenalan aku pula, memang ramai di serata Malaysia, tapi di sekitar tempat aku tinggal, tak ramai sangat. Ada yang sama umur pun jadi samseng jalanan pula. Aku nak rapat pun tak berani. Jadi, berkawanlah aku dengan budak-budak sekolah. Well, ada juga pihak yang mempertikaikan. Salah ke aku berkawan dengan mereka? Apa masalahnya?

Tapi aku cukup anti kalau ada abang-abang yang bertanya: awak ni dah bekerja ke sekolah lagi?

Pada firasat aku, dia ingat aku dah bekerja sebab tengok wajah dan fizikal aku, tapi dia juga ingat aku masih bersekolah sebab aku banyak bergaul dengan budak-budak. Apalah, kenapa tak tanya aku masih study atau kerja, lagi senang aku nak jawab. Sekolah tu dah berpuluh tahun aku tinggalkan..

Tak nak nampak tua, tapi tak nak nampak muda juga. Habis tu?

Transformasi identiti, juga disebabkan persekitaran. Kenapa la manusia ni sentiasa tak senang dengan orang lain? Aku berambut pendek ke, panjang ke, ramai juga mak cik, mak nenek, bomoh-bomoh yang bising pok pek pok pek. Last-last aku pakai topi je, habis cerita. Eh tak habis lagi, golongan ni masih mempertikaikan. Awak tu nasyid, pakai la kopiah, ni pakai topi, ikut sangat gaya barat tu.

Hidup gaya barat tetapi berteraskan Islam, tak ada masalah bagi aku. Orang-orang barat tu yang beragama Islam, haruskan mereka meninggalkan cara hidup mereka? Tak harus... Apatah lagi wajib. Manusia...manusia... Kenapa la suka kacau hidup orang. Nak bagi komen, biarlah membina, agar kekurangan dapat diatasi. Ini tidak, bukan komen lagi dah, tapi tahap.. ermm faham-faham je la.

Well, aku still mencari identiti yang mudah bagi penampilan aku. Baru-baru photo shoot pun aku tak pakai topi, entah apa alasan aku.

Ermm...transformasi..

p/s-pihak telaga biru masih meneliti hasil karya aku, insyaAllah dalam minggu ni akan habis.

p/s 2- iowa ke temple? hihi.. pihak yang berkenaan, ana tak kisah. Ini masa depan anda. Anda berhak tentukannya.

p/s 3- lupa pula..

Monday, May 25, 2009

TIKA DINIHARI

Salam.

Sabtu, 23hb Mei.

Menghadiri seminar ekonomi alternatif di Universiti Kebangsaan Malaysia, bersama dua rakan yang lain, ' enigmatic al-selayangi' dan 'al-Qodahi', (tu la, suka-suka bagi gelaran kat orang).

Dari pukul 9 pagi sampai ke 5 petang. Kali pertama aku melihat perdebatan perbezaan ideologi mengikut undang-undang ekonomi. Kalau politik tu, memang dah biasa kita lihat.

Agama tidak seharusnya dipinggirkan dalam kehidupan. Kalau berlaku juga, jadi lah seperti penyokong ideologi yang lain. Hanya memandang ekonomi itu dari dua sudut, Kapitalis dan Sosialism. Di mana letaknya Sistem Ekonomi Islam? Manusia..manusia... Benda yang dah jelas lagi bersuluh, tapi buat-buat tak nampak.

Die hard fans of sosialism: "Tidak ada, seorang peniaga, seorang pemodal kapitalis, akan melakukan sesuatu, kerana amal jariah".

Insan mahu bertanya kepada die hard fans of kapitalis: "Saya nak tanya soalan yang general, bukan kah kapitalism itu berpaksi pada riba, judi? Jadi bagaimana kita boleh menerima sistem sebegini?"

DHFoK: Bla bla bla....

Insan pelik: " Eh, dia ni tak menjawab pun soalan aku".

Begitulah sedikit bapa wayang dalam bilik kuliah tersebut. Mereka saling mengutuk ideologi yang lain. Cuma pensyarah yang menerangkan sistem ekonomi Islam sahaja yang begitu tegas dengan pendiriannya, tanpa mengutuk dan mengeji. Tapi ramai pula yang tertidur, walhal bicara tentang itu agak menarik pada pandangan aku. Mungkin kerana penyampaian dia.

Ahad, 24hb Mei.

Petang aku ke studio lagi untuk photo shoot pula. Bergaya seperti model. Sessi bermula pukul 9 malam dan habis pukul 11. Makan-makan dulu sebelum balik pukul 12 malam dan sampai di rumah pukul 1 pagi.



Kena sindir juga, wah dah pandai balik 'tika dinihari'. Aku tersenyum sahaja. Wah, pandai juga berbahasa dengan tajuk lagu. :)

Isnin, 25hb Mei

Siang black out sampai lah ke malam. Jadi, aku pun ikut abang-abang jemaah di surau pergi main badminton di dewan tertutup berhampiran sekolah teknik kajang. Professional juga mereka ni. Berhempas pulas aku untuk menang. Hee...

Dan balik di tengah malam lagi, atau 'tika dinihari'.

This week mungkin busy untuk menyiapkan document2 penting untuk ke US nanti.

p/s-renung-renungkan dan selamat beramal.
Oh Tuhanku, tiada indah di malam yang hening,
Melainkan dengan bermunajat kepadaMu,
Tiada indah, suatu hari yang aku lalui,
Kecuali dengan patuh kepada Mu.
(Tika Dinihari-Devotees)

Friday, May 22, 2009

Kembali Editing Video

Salam.

Dah pukul 1 pagi.. berehat sebentar lepas editing video. Ha..setelah lama tinggalkan bidang ni, akhirnya aku kembali semula.
Sabtu lepas baru shoot, dan sampai sekarang masih belum habis edit. Buat masa sekarang ni, video yang aku terima hanyalah untuk Youtube Promo, selebihnya aku tak boleh terima kecuali video perkahwinan.

Isnin lepas, aku ke Telaga Biru di Kepong, menghantar proposal novel di atas meja editor. Sekarang dalam proses penelitian. Hopefully segalanya berjalan lancar. Amin..



Nak pergi senang, nak balik punya lah susah. Teksi pun macam tak nak bagi aku naik. Pelik betul aku.Pengajaran pada hari tersebut adalah banyakkan bersabar. Masakan tidak, aku tunggu di jalan ni, teksi lalu seberang sana. Bila aku seberang ke sana, teksi lalu kat jalan tadi. Sabar je lah.

Ingatkan lepas hantar novel boleh rest sekejap, tapi kena sambung editing video pula. Sepatutnya kena hantar esok, tapi memandangkan aku rasa nak timba ilmu ekonomi di UKM, aku minta postpone ke hari Isnin. Tapi pihak studio mahu cepat juga. Mungkin ahad ni aku kena pergi sana.

Selain video, Reaz Production juga ada sediakan service photo shoot. Pada hari tersebut juga aku akan terlibat untuk perkara yang sama.

Sibuk ke tak, ibadah, family, friends, tetap kena ada komitmen yang utama. Semalam aku ke Mines, jumpa dengan abang Toi dan friends (kak dalila, kak obi, abang ijam, abang camar...). Malas nak tempuh jam, membuatkan aku rasa lebih baik naik ktm.

Makan di Kenny Rogers, ok la.. tapi sangat mengenyangkan.

Hari ni entah kenapa mata aku seperti Byakugan, (bukan Sharingan), nampak putih je. Eh dah mula merepek ni, kena berhenti dulu lah. Wassalam.

p/s- Merajuk dengan kawan baik? Entah lah.. No komen