Salam
Telinga ini dapat menangkap bingkisan hati yang diluahkan secara semberono oleh beberapa insan. Hari demi hari. Terkumpul informasi sejak sekian lama, kini Iwan dapat satukan menjadi satu kesimpulan- Sekolah Menengah Agama sering didiskriminasikan oleh banyak pihak.
Atau erti kata lain, salah faham.
Kata orang, seribu kebaikan, satu kesalahan. Yang hanya kelihatan, cuma yang satu itu.
"Ni masuk sekolah ni, tak pergi mana punya. Jadi imam, jadi bilal je lah.."
"Nama je pelajar sekolah agama, tapi perangai teruk. Buli, pukul, ragging budak junior...."
Panas hati, terbakar jiwa, tapi masih cuba mengawal nafsu amarah dari membara. Ceteknya ilmu mereka. Mengapa mudahnya mereka membuat justifikasi tanpa fakta yang berasas? Hanya berpandukan 'kata-kata orang', membaca putar belit media, pandangan serong dilontarkan kepada pelajar dan sekolah agama itu sendiri.
sekadar hiasan.
Masih Iwan ingat, seorang pakcik yang merupakan jiran Iwan suatu ketika dahulu, menghalang Iwan masuk ke sekolah agama.
"Tak payah lah. Budak-budak ni nanti, fikiran mereka tertutup. Kepala mereka tak terdedah dengan banyak isu semasa. yang mereka belajar, semua pasal agama. Narrow minded jadinya"
"Siapa yang narrow minded sebenarnya ni pakcik?" Bisik hati Iwan.
Ah! Lagi dihalang lagi dibuat. Yang penting adalah menjadi tanggungjawab bagi Iwan membuktikan pada mereka, bahawa mereka salah. Tanggapan kuno mereka itu hanya disebabkan mind set mereka.
juga hiasan.
Kisah tentang keruntuhan akhlak pelajar sekolah agama bagaikan kerana nila setitik rosak susu sebalanga. Uh, masih belum ambil iktibar ke? Tentang islamophobia yang tersebar suatu ketika dahulu. Di barat, agama Islam dipandang sebagai agama yang ganas, hanya kerana adanya kumpulan militan, penyerang berani mati. Tetapi adakah itu yang diajarkan Islam?
Maka, konsep dan teorinya adalah sama seperti di sekolah agama. Kerana wujudnya segelintir pelajar yang nakal, maka adakah adil untuk mengatakan sesuatu yang buruk terhadap produk sekolah agama?
-walhal banyak lagi kerosakan akhlak pada pelajar sekolah lain, yang hanya didiamkan oleh pihak media.- bukan kata-kata kosong, tetapi luahan kawan-kawan sendiri yang bersekolah di sekolah menengah kebangsaan.
Bukan menunding yang mana baik, yang mana buruk, tetapi ingatlah. Jangan mudah membuat andaian kalau tak tahu hujung pangkalnya. Lebih-lebih persepsi terhadap sekolah agama. Mengapa berpandangan buruk terhadap agama sendiri?
Manusia,
faham agamanya,
tau ajarannya,
kenal haram dan halalnya,
tapi masih melakukan larangan-Nya,
mengabaikan pula suruhan-Nya,
mengapa manusia?
adakah mata kau buta?
atau sengaja memekakkan telinga?
atau hati mu sudah terlalu gelap untuk hidayah-Nya?