Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Tuesday, December 1, 2009

Bercuti Di New York

Salam.

Jumaat lalu, Iwan menempuh pengalaman baru apabila bershoping seawal pukul 3 pagi hinggalah 8 pagi. Tak adalah shopping sakan, sekadar merasai sedikit pengalaman seperti orang lain yang bergembira di Black Friday. Iwan beli sedikit je. Tu pun hadiah untuk family. Selebihnya, Iwan berjalan-jalan sahaja memerhati gelagat orang bershopping di dinihari itu..



Sekitar pukul 12 malam itu kami sudah pun berada di sekitar Philadelphia Premium Outlet. Kereta jem lebih 2 miles. Ada yang terpaksa turun di tepi highway kerana tidak sabar lagi untuk ke outlet tersebut. Malam itu memang menarik sebab Iwan dan rakan (nik drive)di tengah malam dan terpaksa mencari jalan berpandukan map dalam phone.

Pukul 8 pagi esoknya kembali ke rumah dan bergegas ke Makkah Masjid untuk solat sunat Aidiladha. :)

Petang ke Target, membeli equipment muzik. Bilik dah macam studio buat Iwan lebih bersemangat lagi untuk belajar. Feeling itu ada.. :)

Mengisi masa lapang waktu winter nanti..

Sabtu, plan nak bangun pukul 4.30 pagi, nak goreng bihun untuk bekalan ke New York. Tapi terjaga pukul 6 la pula. Bersiap, solat subuh, terus bergegas ke Chinatown. Bas sepatutnya bertolak pukul 7 pagi. Namun, rakan wanita agak terlewat jadi kami dijadualkan menaiki bas pukul 7.30.

Sangat lapar dan perlu bersarapan. Iwan dan rakan-rakan bersetuju untuk singgah di McD. Dah 3 bulan tak makan McD. Halal ke McD di US ni? Iwan order set McEgg. Dah order baru nak check ingredient dia. Bukan apa, sangkaan awal burger tu cuma letak telur sahaja. Rupa-rupanya...

Iwan selak, ada daging babi. :p . Tapi Iwan tak sentuh.. Nik pun order McEgg. Takkan nak buang sahaja bacon tu ke tepi, roti dan telur tu tetap tercemar juga. Last-last, Iwan suruh Nik bungkus semula dan Iwan ke kaunter, mintak cashier tu tukar burger yang lain, tanpa letak bacon. Dia akur. Tapi Iwan nampak tukang buat burger tu macam pelik, "why that customer don't want this delicious bacon?"

"Sebab haram lah!", bisik Iwan dalam hati.

Sesungguhnya haiwan itu tidaklah bersalah. Bukanlah bermakna kita boleh menganiaya makhluk tersebut. Wujudnya babi di dunia ini ada hikmahnya, ada kepentingannya dalam mewujudkan keseimbangan alam. Cuma untuk memakan dagingnya, adalah dilarang. Hikmah pengharaman daging babi ini sudah jelas dibuktikan. Malah, saintis bukan Islam pun menyedari hikmah ini.

Tiba di New York sekitar jam sembilan. Berjalan-jalan, termasuk kedai seorang cina dari Malaysia. Kami ditawarkan bermacam barangan dengan harga yang murah. Iyelah, untuk Malaysian, mesti ada special offer.

Phone Iwan berbunyi. Rupanya ada YM dari Hilmi (cover novel Melodi Hati). Rindu juga pada budak seorang ni. Sejak Iwan di US ni, kami tak pernah berhubung. Kali ini pun dia dapat ber'YM' dengan Iwan menggunakan akaun abangnya.

Setelah beredar dari kedai itu, kami melawat beberapa tempat lain. Antaranya kesan WTC yang runtuh, statue liberty (dari jauh) dan paling best semestinya di Times Square.

Lautan manusia..


Tiffany tak ada diskaun lah.. Cancel beli..


I'm Optimus Prime


Dinosaur ni pun dalam Toy 'R' Us juga...


Kecoh la spiderman ni...


Depan hotel... hotel ape ye. Tak ingat pula..


Suasana malam di NY

Di sebalik perjalanan ini, entah macam mana Iwan dan Nik boleh 'tersesat' ke dalam satu bilik audio visual yang memaparkan satu dokumentari yang sangat menarik. Tentang Engram dan Diagnosis. Post selanjutnya akan Iwan kupas sedikit tentang perkara itu.

Bertolak dari NY pukul 9 malam dan tiba di Phily sekitar pukul 10 pm. Kali ini rakan Iwan-Amirul, diuji dengan musibah, Basikal beliau kena curi. Iwan pun perasan kunci basikal Iwan seakan ditarik. Maybe rezeki Iwan masih ada, basikal Iwan selamat.

Tentang kes kecurian pun, Iwan akan bercerita lebih lanjut dalam post berikutnya.

Gambar di bawah ni, sekadar nak berposing.

















TRIO...

p/s- Gembira dapat skype dengan ramai saudara mara yang berkumpul di rumah nenek. Diri ini sangat merindui kalian semua. :)

5 Pandangan:

  1. kalau pergi new york lagi, jangan lupe singgah central park ye, best gile.

    ReplyDelete
  2. haritu igt nk berkelah
    tapi bile dh mlm
    rupenye sgt gelap dan sunyi...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Salam. Seronoknya dah sampai ke new york. :) Skrg masih belajar di US ke?

    ReplyDelete
  5. Wslm Amir. Alhamdulillah, saya sudah tamat belajar tahun lalu. :)

    ReplyDelete