
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, pada hari Ahad yang lalu, manuskrip novel Replika Cinta sudah siap sepenuhnya. Sekarang, proposalnya sedang disemak oleh syarikat GISB Sdn. Bhd.
Saat siap sahaja penulisan novel berkenaan, dada saya terasa begitu lapang dan gembira. Perasaannya sangat berbeza dengan novel-novel sebelumnya. Saya dapat merasakan kami begitu rapat. Respons daripada orang ramai yang turut gembira kerana manuskrip ini siap, amat mengharukan...