Salam.
Alasan-alasan manusia yang malas hendak berjemaah di surau/masjid:
Orang sibuk: Aku kan sibuk, mana ada masa nak pergi masjid.
Orang lapang: Bukan senang aku nak dapat masa free ni. Selalunya sibuk je. Tapi bila dah free ni, aku nak berehat la jap kat rumah. Malas nak keluar-keluar. jangan kacau la, aku nak berehat ni.
Orang miskin: Nanti aku dah senang aku pergi la masjid. Sekarang aku kena kerja dan kerja dan kerja ni.
Orang kaya: Kalau aku pergi masjid, siapa yang nak jaga harta benda aku yang serba mewah ni? Kalau pencuri masuk nanti, aku juga yang susah! Nak harapkan pengawal? Eiii... tak caya aku.
Orang sakit: Aku sakit, mana la larat nak pergi masjid. Lagi mau tanya...
Orang sihat: Tadi pergi bersukan la. Balik masa azan berkumandang. Mandi-manda, pastu bersiap. Sekali orang dah balik masjid daa...
Orang belajar (sebelum exam) : Busy la nak prepare for exam. Aku kena study hard and smart. Aku kena concentrate dan focus!
Orang belajar (habis exam) : Pergi masjid? Eh, tak boleh kot. Petang ni nak pergi main bowling. Malam ni pula nak keluar tengok wayang. Dah habis exam la katakan... Kena la enjoy sakan! Yahooo....!
Orang bercuti: Eh terlajak tidur la pulak... Cuti la katakan. Bukan selalu dapat tidur lama.
Anak kecil: Saya belum baligh, tak payah solat kat masjid pun tak apa. Kalau pergi pun nanti saya main kejar-kejar je dengan kawan-kawan. Kacau orang solat, tak baik tu.
Remaja: Sekolah lepas tu tuisyen. Penat. Tak ada masa.
Dewasa: Kerja lepas tu balik kerja. Penat. Tak ada masa.
Orang tua: Insya-Allah, kita jumpa di masjid kejap lagi ya.
Nampaknya orang tua je yang ada masa. Patut la pun kat surau/masjid, cuma kelihatan orang-orang tua yang mengisi kekosongan. Apakah mereka diberi lebih dari 24 jam dalam sehari sehingga mempunyai masa untuk ke masjid? Tidak... Semua manusia diberikan masa yang sama. Semua manusia punyai komitmen dan tugas tersendiri. Semua manusia mempunyai masalah untuk dihadapi.
Apakah anda menunggu untuk menjadi orang tua baru hendak ke masjid? Itu kalau panjang umur... Tapi masalahnya kita tak tahu bila ajal kita kan? Hurmm... Jadi, masih mahu memberi alasan seperti di atas?
Terpulang kepada anda. Alasan-alasan itu adalah apa yang hendak anda katakan kepada manusia. Tetapi ingat, adakah alasan yang sama juga anda hendak berikan kepada Allah di akhirat kelak?
~semoga niat kita ikhlas...