Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Brr... Sejuknya Salji!

Novel Terkini
[ Pandangan Pembaca Novel ]

Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Wednesday, July 29, 2009

Cinta Dan Nasyid


Salam.

ISU- Cinta Dan Nasyid

Iwan ada membuat survey tentang lagu nasyid. Kebanyakan orang mengatakan mereka lebih berminat dengan lagu nasyid zaman Raihan dan Rabbani mula-mula bertapak dahulu. Mendamaikan hati, menyejukkan perasaan.

Apa yang tak kena dengan lagu nasyid sekarang ni?

"Jiwang karatlah!", kata Shadir (bukan nama sebenar)

"Tak habis-habis cinta, cinta, cinta", ujar Hax (juga bukan nama sebenar)

"Apa barang nasyid bro, leleh jer", jelas Hafiz (nama sebenar, Hafiz yang mana? Haa yang ni kita tak tahu...)

Kalau kita baca mana-mana buku tentang cinta dan remaja, ada juga diselitkan oleh penulis tentang penasyid kini yang jelas mempamerkan mesej cinta. Siapa yang perlu disalahkan sebenarnya? Haa yang ni kita tak tahu.

Dulu, saya tegar menegaskan, bahawa cinta yang dibawakan dalam nasyid, adalah lebih kepada cinta kepada Yang Maha Esa. Mungkin ada sedikit lirik pada awal lagu yang menceritakan kisah cinta manusia, tapi itu sekadar intro yang membuka cerita, yang kemudiannya penasyid mahu memberitahu, cinta yang kekal abadi itu, hanyalah cinta pada Allah S.W.T.

Ya itu dulu. Sekarang juga begitu. Tapi berasap juga jari jemari apabila Iwan temui, memang ada lagu nasyid (yeke nasyid?) yang membawa mesej cinta yang sangat jelas. Terjelapuk sebentar. Aduh. Mungkin lagu seperti ini yang dimaksudkan orang ramai.Tak perlu lah Iwan memberi contoh. sekadar terjemahan liriknya Iwan ambil -

Ku cuba menghubungi mu, tapi tak dapat
Di manakah mu
Aku rindu oh rindu
Rindu woooo
Tak tenteram hati ku

Hekeleh. Lebih kurang begitulah. Tak payah ambil ambil direct.

Jadi untuk renungan bersama, tak semua yang baik itu jernih, karat tetap tersembunyi di mana-mana. Seperti nasyid, ia adalah satu medium dakwah, yang hendak menyampaikan sesuatu kebenaran. Seperti cinta, mesej yang ingin disampaikan, cinta teragung hanya dambaan cinta kepada Allah. Cinta sesama manusia pula, perlu difahami. Kekasih yang dimaksudkan, bukan sesama couple, akan tetapi seorang suami kepada isteri dan sebaliknya. Indahnya cinta itu.

Tetapi, membawa mesej cinta yang salah dalam medium nasyid, memang ada. Harap maaf. Tapi jangan kerana setitik nila, rosak susu sebe? langa..... (macam di sekolah pula)

Sokonglah industri nasyid tanah air dan international.

p/s-banyak lagi nak dikupas, insyaAllah dalam episode ke2 kalau ada. Sebarang cadangan, idea, bantahan, dan kemarahan (???) boleh lah dihantar.

AKTIVITI

Jumaat- Ke Pudu, jumpa Wan Shah dan berbincang tentang hala tuju kami berdua selepas ini.

Sabtu- Ke Tg. Malim

Isnin- Ke US Embassy dan KLCC di sebelah pagi dan pergi mengajar tuisyen di sebelah petang. Penat sangat. Rasa macam nak buat kelas terakhir next week. Penat sangat rasanya.

Selasa- Ke Wisma Radio, Angkasapuri dan kemudian ke Muzik.fm. Disambut oleh Dj Azura yang kendalikan segmen pagi bersama Dj Muadz. Iwan dibawa berkenal-kenalan dengan semua petugas di situ. Banyak juga yang Dj Azura ni interview Iwan. Tapi sebenarnya Iwan tengah rushing time tu, sebab next agenda, kena pergi Wisma MCA untuk mengambil Visa. Alhamdulillah sempat sampai 10 minit sebelum masa terakhir.

Rabu- Ke bangunan JPA di putrajaya untuk menyerahan segala dokumen berkaitan. Kemudian ke radio IKIM.fm pula. Petang berbincang dengan InTeam Records, tentang single Iwan dan lagu Ramadhan. (lagu ramadhan ni tahun lepas punya, lirik oleh Iwan, tapi liriknya tertinggal di ofis UNIC, so Iwan pun tak ingat macam mana lirik lagu tu)

Dan setiap hari pun bermain bola di waktu petang. Masa main memang tak rasa penat, sebab seronok. Tapi malam...heh. Malam Iwan reserved untuk aktiviti-aktiviti lain termasuklah study. Sekarang kembali review subjek calculus 2 sebab Iwan rasa, subjek ni macam banyak nak guna aplikasi dia di masa hadapan.

p/s-waktu main game hanya bermula pada 12 tengah malam.