
Salam.Alhamdulillah, salju kembali menghujani dunia Philly, menampar muka-muka yang keluar malam. Memang indah, tapi hanya dipermulaan. Dua tiga hari selepas ini, akan dipandang jijik. Cairan yang licin diselaputi pula dedebu kotor yang menghitam.Kali ini ketebalannya ada yang sampai ke paras paha. Iwan dan kawan-kawan pula meredah ribut yang menggila pada Jumaat malam kerana ingin menghadiri majlis 'makan-makan' di Student Center. Tak berapa ambil...