
Assalamualaikum wbt.
Hmm... agak kurang aktif Iwan menulis di blog sejak kebelakangan ini. Lebih-lebih lagi layout dah baru, sepatutnya aktiviti penulisan menjadi lebih bersemangat.
Apapun, Iwan masih lagi menulis. Baru-baru ini Iwan memang fokus untuk menyiapkan novel terbaru, novel awal remaja yang bertajuk- Syazwan & Salji. Novel ini mengisahkan tentang pengalaman seorang kanak-kanak di luar negara. Alhamdulillah, novel ini sudah pun disiapkan...