Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Brr... Sejuknya Salji!

Novel Terkini
[ Pandangan Pembaca Novel ]

Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Saturday, September 4, 2010

Duhai Hati.

Salam.

Aidilfitri bakal menjelma tidak lama lagi. Bagi Iwan sendiri, rasanya bulan ramadhan tahun ni berlalu dengan sangat pantas. Jadi, sekarang sudah pun masuk fasa ke-3 Ramadhan, yang mana Allah telah janjikan ada satu malam yang bersamaan dengan seribu bulan. Itulah malam lailatul qadar.

Apakah anda berusaha mencari malam penuh barakah ini?

Nampaknya status-status di facebook, ramai yang sudah teruja dengan lebaran yang bakal disambut meriah. Persiapan pulang ke kampung, bertemu keluarga dan saudara mara, membuat kuih-muih, dan macam-macam lagi. Tapi dalam kesibukan itu semua, janganlah kita terlepas pandang dari turut sibuk mengerjakan ibadah di saat-saat akhir ini. Allah telah janjikan berganda-ganda balasan pahala di dalam bulan Ramadhan sedangkan kita tidak tahu, apakah kita akan dapat bertemu lagi dengan bulan ini pada tahun hadapan.

Bagi mereka yang belajar atau bekerja di luar negara, tabahkan hati. (terutama diri ini, hihihi…) Kepada mereka yang baru pertama kali merasai pengalaman berpuasa di negara orang, jadikan pengalaman ini satu memori bermakna bagi diri anda.

Ada yang bertanya pada Iwan, adakah semua pelajar yang ke luar negara, pulangnya nanti akan berubah sama sekali? Bagi Iwan, Ya!. Sama ada kamu akan menjadi lebih baik dari sebelum ini ataupun kamu akan menjadi lebih teruk dari sebelum ini.

Situasinya begini,keadaan di luar negara penuh dengan cabaran yang agak sosial. Sikap, pergaulan, gaya hidup, fesyen, mampu menggoyahkan iman. Jadi, apabila kita berdiri di tengah-tengah gelombang itu, apakah kita akan menguatkan iman kita untuk menguatkan benteng atau kita akan hanyut ke dalamnya? Sebab itu, pulangnya kamu nanti, kamu akan menjadi individu berbeza.



pergi tutup-tutup, balik buka-buka…
pergi dedah-dedah, balik sempurna pakaiannya…”

mana satu?

Ini adalah soal hati. Jika kamu menjaga kesucian hati kamu, sentiasa membersihkannya dengan zikir dan selawat, insyaAllah, selamatlah iman kamu.

Jika kamu kerap kotorkan hati kamu dan tidak pula mahu membersihkannya, maka akan buruklah tingkah laku kamu, pakaian kamu, amalan kamu.

Rasulullah S.A.W. ada menegaskan dalam hadisnya yang bermaksud: “Sesungguhnya dalam jasad ada seketul daging. Jika ia baik dan sihat, sihatlah seluruh jasad dan jika ia rosak, rosaklah seluruhnya. Sesungguhnya itulah ia hati.”

p/s- suka saya dengan kata-kata seorang sahabat saya kelmarin. Dalam disuruh melaksanakan kewajipan, tiada pilihan sama ada mahu atau tidak mahu. Yang pasti, kamu wajib melakukannya! No option! Tiada istilah hipokrit dalam disuruh melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Wallahualam.

~semoga niat kita ikhlas