Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Brr... Sejuknya Salji!

Novel Terkini
[ Pandangan Pembaca Novel ]

Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Wednesday, June 16, 2010

GAYA BARAT

Salam.

Bagi mereka yang menyambung pelajaran atau bekerja di luar negara, sering kali diingatkan dengan pesanan-pesanan seperti...

"Balik nanti jangan terikut-ikut dengan gaya barat tu.."

"Jangan terpengaruh dengan cara hidup orang sana"

dan macam-macam lagi...



Generally atau secara keseluruhannya memang betul kerana corak hidup barat selalu dikaitkan dengan pergaulan sosial yang ekstrem, hiburan yang melampau, dan macam-macam lagi.

Tapi, Iwan tak kata yang Iwan setuju 100% dengan saranan atau nasihat seperti yang di atas. Kata orang, yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Gaya hidup barat yang positif, haruslah diserapkan lalu diubah corak hidup ketimuran yang negatif. Di sini Iwan berikan beberapa contoh:

1- LAMPU KUNING.
Lampu kuning di traffic light, apakah maksudnya? Bersedia untuk berhenti kan? Iwan sangat kagum melihat disiplin orang barat dalam etika pemanduan. Ya, mereka berhenti ketika lampu bertukar kuning. Ini sama sekali dapat mengelakkan kemalangan.

Bagaimana pula di Malaysia? Lampu kuning adalah bermaksud speeding. Kalau berhenti di lampu kuning alamatnya kemeklah bahagian belakang kereta dilanyak kenderaan lain di belakang.

2-RESTORAN
Selalunya di restoran makanan segera. Selepas makan, mereka akan mengemaskan meja. Sampah-sarap dibuang ke dalam tong sampah. Meja akan menjadi bersih dan kemas untuk digunakan oleh orang lain pula.

Di Malaysia? Lepas makan tinggalkan sahaja meja. Itu tugas pekerja restoran untuk mengemaskannya. Buat apa nak susah-susah.

3- PEJALAN KAKI
Golongan ini umpama raja di jalan. Kenderaan pasti akan berhenti untuk membenarkan mereka melintas jalan.

Di sini... "Sengal lah kau! Kau fikir ni jalan bapak kau?! Nak melintas tu tengok-tengok lah dulu! &^&%*(#@!! Tunggu lah aku jalan dulu!!" Marah seorang pemandu kepada seseorang yang melintas jalan.

BUKANLAH niat di hati mahu memperkecilkan negara sendiri. Seperti yang Iwan katakan tadi, kita ambil nilai murni yang baik daripada mereka untuk digantikan apa yang kurang baik di sini.

Bukan menjadi persoalan siapa BAIK siapa TAK. Iwan sendiri kagum dengan seorang rakan perempuan (izinkan saya menyebut namanya- HUDA) yang memimpin seorang remaja buta yang mahu melintas jalan. Si Buta itu teragak-agak mahu menyeberangi jalan, tetapi tiada siapa yang mengendahkannya walaupun ramai yang lalu di situ.

Rakan ini tanpa disuruh, dengan rela hati membantu si buta itu. Warga Amerika, Afrika, Jepun, Brazil,Perancis, atau mana-mana negara pun, semua tidak mempedulikan si buta itu. Tetapi warga Malaysia yang seorang ini, ambil peduli. Tahniah atas contoh teladan yang baik.

Jadi di sini, apa yang Iwan sarankan, kita semua jalani lah gaya hidup yang positif, penuh dengan nilai murni yang baik, tolong-menolong, berbudi bahasa dan hormat-menghormati. Semua mahukan kehidupan di atas dunia yang aman. Tiada siapapun mahu kesengsaraan dan peperangan. Peace!

~semoga niat kita ikhlas.