Assalamualaikum wbt.
Kali ini saya ingin berkongsi pandangan para pembaca yang sudah membaca buku terbaharu saya iaitu Philly, Aku Culture Shocked, terbitan Bebas Press.
Best atau tidak, mari kita lihat pandangan mereka ini:
1) @artjakulasi
"Membacanya seperti petualang bersama penulis. Adunan nilai2 Islam sungguh sebati. Tuhan tidak pernah jauh, terkadang kita yang lupakan Dia.
"Philly, aku culture shocked! Okeyy, buku ni boleh kata macam diari
atau travelog seorang lelaki iaitu Iwan Reaz yang menjalani kehidupan belajar
di Amerika. Untuk lebih tepat di Philly; Philadelphia. Dari mula dia mohon
secara terpaksa sampailah dia habis belajar. .
Pendapat aku lah, watak Iwan
dalam buku ni macam Fahri ayat ayat cinta. Korang pernah tengok cerita tu ?
Haa, boleh kata macam tu lahh apa yang aku boleh kata dalam bahasa mudah untuk
korang bayangkan. . Tapi bukan lahh ada pompuan fitnah kata dia rogol ke apa.
Tak. Personaliti. Kau tau kan personaliti Fahri tu macam mana ? Tak tahu sebab
tak tengok lagi cerita tu ? Haaa, baca buku ni. Hahahaa. .
Cerita dalam buku ni
di susun melalui bab. Contoh macam, bab makanan; dari awal kau datang Amerika
sampai kau nak balik Malaysia, cerita pasal makanan jek. Faham tak ? Makna dia
jalan cerita buku ni tak ada flow macam cerita lain yanv ada flow
Tapi !
Yang aku boleh kata menarik dalam buku ni, kau akan tahu banyak pasal Philly.
Dah kata travelog begitu. Buku ni memang kisah fakta dan nyata dan realiti
*mungkin* . Kau juga dapat tahu macam mana Philly sebenarnya. Apa jadi hari
Jumaat. Apa yang best. Macam mana kejiranan dia. Macam mana penduduk dia. Lagi
lagi pasal hubungan muslim and non muslim. Ia menarik. .
Ohh ! Akan ada kat
hujung beberapa bab tuu puisi atau sajak (?) So, ia tak lah fully cerita. Ada
juga diselitkan dengan sajak atau puisi. Pelik tapi menarik sebab lain dari
yang lain
3) Ila Husna
Tak puas
sebab banyak lagi pengalaman iwan selama di sana yang mahu diketahui. Apa pun
tahniah iwan sangat cekal dan istiqamah menulis. 3.5 bintang saya berikan untuk
buku ini sebab tak puas baca. Mahu lagi.
4) Alang Ana
Buku ini sangat santai dari segi bahasa yang digunakan. Jalan
cerita yang menarik dan mudah difahami membuatkan aku susah nak berenggang
dengan buku ini. Sejujurnya buku ini adalah himpunan pengalaman penulis sepanjang
belajar di Philadelphia.
Tersenyum aku bila penulis sebenarnya tersalah pilih tempat
belajar berikutan terikut dengan pilihan rakannya. Walaupun Philly dikatakan
negara yang sangat huru hara dan menakutkan kerana dipenuhi gengster dan kisah
hitam, namun penulis berjaya menamatkan pelajaran dengan cemerlang. Lebih manis
bila 'bidadari'nya turut ditemui di sini..
Thumbs up untuk penulis.
_________________________________________
Anda pula bagaimana?
Apa komen anda?
Apa komen anda?
Belum baca lagi?
Tempahlah sekarang!
Sekian,
Semoga niat kita ikhlas~
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteSilahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share foto-foto baju, kain dan accessories, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)