Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Brr... Sejuknya Salji!

Novel Terkini
[ Pandangan Pembaca Novel ]

Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Sunday, September 19, 2010

Kebahagiaan Dalam Kekayaan

Salam.

Sepasang suami isteri dipanggil oleh guru besar untuk datang ke sekolah anak mereka. Perasaan cemas menyelubungi hati kedua-duanya. Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh anak tunggal mereka itu? Pelbagai tafsiran bermain di fikiran.

Setibanya di bilik guru besar, kelihatan si anak yang berusia sebelas tahun itu tertunduk lesu. Setelah dipersilakan masuk, si ayah pantas bertanya masalah sebenar yang menjadi punca dia dan isteri dipanggil datang ke situ. Manakala si ibu pula meluru ke arah anaknya.

“Dia tidak ada lakukan sebarang kesalahan. Malah rekod peribadinya sentiasa cemerlang”, jelas guru besar.

“Habis tu kenapa cikgu?”, soal si ayah lagi.

“Sebenarnya macam ni. Saya dapat laporan dari guru kelas dia bahawa dia selalu dalam keadaan murung dan tidak bermaya. Pada waktu rehat, dia tidak keluar makan seperti kawan-kawannya yang lain. Dan hari ini dia hampir pitam di dalam kelas. Saya bimbang akan keadaan dia. Jadi, saya ingin meminta kepastian dari ibu bapa murid ini, apakah masalah sebenar yang dia hadapi?”, jelas guru besar.

Si ayah tidak dapat memberikan jawapan. Dia kemudiannya berpaling ke arah anaknya.

“Lan, Lan ada masalah ke? Kenapa tak pernah beritahu mama dan papa? Kenapa Lan tak makan di sekolah?”. Pelbagai soalan terpacul dari mulut si ayah.

“Kan mama dan papa ada beri Lan duit belanja untuk sarapan, makan tengah hari sampai la untuk makan malam. Tak cukup ke sampai Lan terpaksa berlapar macam ni?”, celah si ibu pula.

“Kalau tak cukup, papa boleh tambah lagi. Cakap sahaja berapa Lan nak, ayah akan sediakan”, tambah si ayah lagi.

Si anak menggeleng. Dia mengangkat mukanya. Matanya sudah pun berkaca-kaca.
“Lan nak tanya boleh? Berapa gaji sejam mak dan ayah?”, tanya si anak.

Si ayah dan ibu tergamam sebentar, tetapi memberi jawapan juga kepada soalan anak tunggal mereka itu.

“Lebih kurang 40 ringgit. Kenapa Lan?” tanya si ayah.

Si anak berkira-kira. Air mukanya tampak kecewa. “Masih belum cukup”, bisiknya.

“Tak cukup? Apa yang tak cukup Lan? Lan ada nak beli permainan ke? Beritahu papa, papa akan belikan apa sahaja untuk Lan”, kata si ayah.

“Betul tu Lan”, sampuk isterinya.

Si anak menghela nafas seketika, mengumpul kekuatan untuk berbicara.

“Tak, Lan bukannya nak permainan. Mama…papa… Sebenarnya Lan berlapar sebab Lan nak kumpul duit. Lan nak bayar sejam gaji mama dan papa, supaya mama dan papa boleh balik awal untuk kita berkumpul dan makan malam bersama-sama. Lan rindukan saat-saat seperti dulu. Tapi sejak mama dan papa sibuk sekarang ni, Lan dah jarang dapat bersama dengan mama dan papa. Awal pagi mama dan papa sudah keluar kerja. Balik pula hampir tengah malam. Lan rindu mama dan papa berada di sisi Lan”, terang si anak dengan air mata yang mengalir.

Si ibu menangis serta-merta. Si ayah turut sebak mendengar luahan rasa anaknya itu.

-Pada mulanya, kita mahu mencari wang ringgit agar kita dapat berikan kebahagiaan kepada orang yang kita sayangi. Tetapi apabila kita sudah mula asyik dan tamak mengumpulkan harta kekayaan, apakah kita masih ingat lagi pada kebahagiaan yang kita janjikan kepada mereka? Sedarlah, kebahagiaan itu tidak akan dapat dibayar dengan duit.

p/s- mulai hari ini, post terkini akan ada 2 jenis:

1) activity update- perkongsian pengalaman Iwan yang dirasakan menarik untuk dikongsi dan juga perkembangan terkini kerjaya seni Iwan.

2) article update- motivasi, cerpen atau perkongsian cerita untuk pengajaran kita bersama.

~semoga niat kita ikhlas.