Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Tuesday, December 24, 2013

Menempuh Alam Pekerjaan

Assalamualaikum wbt.

Baru-baru ini, banyak berlangsung majlis graduasi di seluruh negara yang melibatkan banyak IPTA dan IPTS.

Saya seronok dan bahagia sekali melihat rakan-rakan saya diraikan dalam majlis berkenaan. Tentu penat lelah mereka mengulangkaji pelajaran dan bertungkus-lumus belajar siang dan malam telah berbayar. Senyuman mereka, air mata mereka, gelak tawa mereka di hari penuh bersejarah ini, secara tidak langsung meruntun perasaan saya.

-Namun secara peribadi, sebenarnya saya agak pesimis dengan majlis graduasi-

Dulu, saya juga seperti graduan-graduan ini. Kemudian, setelah saya memasuki dunia realiti, barulah saya sedar betapa sukarnya erti kehidupan. Berapa banyak interview yang perlu saya tempuhi untuk mendapatkan pekerjaan. Malah sehingga kini, masih ramai rakan-rakan saya yang menganggur. Bukannya mereka tidak berusaha, tetapi persaingan masa kini begitu sengit. Sehinggakan ada seorang rakan saya yang ditemubual dan kisahnya dimuatkan dalam majalah Mastika dengan tajuk - Dua Ijazah Saya Dari Amerika Tidak Laku?



Begitulah kroniknya situasi masa kini. Sebab itu saya lihat majlis graduasi ini cukuplah sekadar untuk bergembira dengan kadar yang sederhana atas kejayaan menempuhi alam universiti. Bukannya seolah-olah segalanya sudah berakhir, sepertinya hidup sudah berjaya. Oh, tidak! Anda baru sahaja hendak memulakan langkah pertama dalam dunia sebenar. Oleh sebab itu juga saya sering mengingatkan rakan-rakan saya yang bergraduasi, agar tidak berlebih-lebihan semasa majlis graduasi mereka.

Sedarilah, pointer kita hanyalah umpama sekeping pass untuk mendapatkan interview. Semasa ditemuduga, skill sebenar yang perlu ditonjolkan adalah kemahiran berkomunikasi.

Buat rakan-rakan yang masih mencari pekerjaan, teruskan berusaha, berdoa dan bertawakal.

Saya coretkan sedikit perjalanan saya dalam mencari kerjaya:

- Temuduga FSTEP untuk Public Bank
Keputusan: Saya diaturkan untuk temuduga dengan syarikat lain.

-Temuduga FSTEP untuk AIG
Keputusan: Tidak berjaya

- Temuduga (phone interview) untuk OCBC
Keputusan: Tiada jawapan. Anggaplah tidak berjaya.

-Temuduga CIMB Wealth Advisor (CWA)
Keputusan: Berjaya. Namun saya meletak jawatan pada bulan November 2012

-Panggilan temuduga United Overseas Bank (UOB)
Keputusan: Saya menarik diri

- Temuduga Bank Islam
Keputusan: Tidak berjaya

-Temuduga Akademi Infitah
Keputusan: Berjaya. Bertugas dari Disember 2012 sehingga kini (sambilan)

- Panggilan temuduga Maxis
Keputusan: Saya menarik diri

-Temuduga Maybank
Keputusan: Tidak berjaya di peringkat ke-2

-Temuduga RHB
Keputusan: Tidak berjaya di final stage

- Temuduga Universiti Putra Malaysia
Keputusan: Saya menolak tawaran

- Panggilan temuduga CIMB
Keputusan: Saya menarik diri

- Panggilan temuduga Jobstreet
Keputusan: Saya menarik diri

- Temuduga Etiqa Maybank
Keputusan: Saya menarik diri

- Temuduga PETRONAS
Keputusan: Tidak berjaya di final stage

-Temuduga Prudential
Keputusan: Tiada jawapan (Anggaplah tidak berjaya)

- Panggilan temuduga KWSP
Keputusan: Saya menarik diri

- Panggilan temuduga AMBANK
Keputusan: Saya menarik diri

-Temuduga BERNAMA
Keputusan: Berjaya dan bekerja daripada Februari 2013 sehingga kini.

- Panggilan temuduga PETRONAS kali ke-2
Keputusan: Saya menolak tawaran kerana sudah serasi di BERNAMA

- Panggilan temuduga MAYBANK kali ke-2
Keputusan: Saya menolak tawaran kerana sudah serasi di BERNAMA

- Panggilan temuduga PETRONAS keli ke-3
Keputusan: Saya menolak tawaran kerana sudah serasi di BERNAMA

- Temuduga Penerbit Rancangan (RTM)
Keputusan: Saya hanya hadir sesi pertama.

______________________________________________________

Jika ada yang tertanya-tanya mengapa saya menolak sesetengah tawaran bekerja, maka saya lihat pada beberapa faktor. Antaranya jawatan yang ditawarkan, tempoh waktu bekerja, lokasi, persiapan untuk temuduga (ada sesetengah temuduga hingga 5 stages) dan beberapa faktor lain.

Mungkin ada yang mempertikaikan, mengapa saya menolak tawaran untuk bekerja di tempat yang mungkin lebih lumayan seperti di PETRONAS. Bagi saya, value atau nilai yang saya perolehi di tempat kerja sekarang, adalah sukar untuk didapati di syarikat lain, hatta di unit dan jabatan lain sekalipun. Saya hargai apa yang saya miliki sekarang. Mungkin itu adalah hikmahnya saya perlu bersabar dalam mendapatkan kerja tetap kerana Allah telah rancang sesuatu yang terbaik untuk diri saya.

Mungkin ada kerja yang kita rasa kita suka kerana kena dengan bidang yang dipelajari, namun kita tidak sedar, semasa kita bekerja nanti banyak faktor yang akan mempengaruhi. Contohnya sikap teman sekerja, sikap boss, kesesakan ke tempat kerja, dan banyak lagi. Jadi, saya ingin simpulkan di sini bahawa dalam mencari pekerjaan, kuncinya adalah USAHA dan SABAR.

Selamat menempuh alam pekerjaan buat para graduan =)

~semoga niat kita ikhlas

1 Pandangan:

  1. boleh beri komen skit kerja CWA..sy dapat offer tapi was2 utk teruskan..

    ReplyDelete