Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Brr... Sejuknya Salji!

Novel Terkini
[ Pandangan Pembaca Novel ]

Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Tuesday, July 7, 2009

KESIMPULAN SEHAMPIR PASTI

Salam.

Sabtu lepas, terlibat dalam photo shoot untuk cover novel. Sama ada akan diterima atau kena reject dan harus photo shoot lagi, wallahualam. Apa yang diharapkan, semua berjalan lancar dan benda yang sama tak perlu diulang-ulang. Hari tu pun ambil masa hampir 2 jam untuk selesaikan agenda.

Ni antara gambar yang Iwan minat. Dari gambar ni macam boleh teka apa la jalan cerita novel ni ek? Jalan cerita? Haa yang ni kita tak tahu... model sebelah tu muka macam kerek sikit? Eh tak adalah, tu sebahagian dari jalan cerita. Actually, Iwan tak adalah mengenali sangat siapa budak ni. Tapi dia cukup cooperate dan bersungguh-sungguh. Nama beliau Zulhilmi. Thanks juga pada semua crew yang terlibat sama.

Dan dalam beberapa hari ni, macam-macam masalah pula timbul. Laptop rosak, kereta rosak dan macam-macam lagi lah. Lagu pulak siap dalam Jumaat ni kot. Kelewatan lagu tu sekaligus melambatkan proses novel dan menyimpulkan sesuatu yang sehampir pasti, Iwan mungkin tidak akan dapat melihat novel tersebut diterbitkan kerana waktu tu dah pergi ke US. Sedih juga. Tapi impian melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, adalah satu yang diimpikan selama ini. (sekaya seindah SETINNGI, itulah impian ku)

Pening-pening. Kalut.

Hujung minggu ni, aktiviti seni akan ditolak serta merta. Asyik calling sana sini, penat lah. Iwan nak pergi bercuti bersama family, bagi release tension yang melanda.
------------------------------------------------------------------------------------

Nasyid dan cinta? Mengapa isu seperti ini sering diperkatakan? Siapa yang perlu disalahkan? Salahkan cinta dalam nasyid? Apa itu cinta? Apa pula nasyid? Heh
Nak kupas isu ni pada post yang akan datang..

p/s 1- ada kawan kata, dalam satu post, macam2 element dimasukkan. eh.. tu identiti tersendiri.

p/s 2- kawan2 yg dah pergi oversea pun, bila novel tu terbit nanti, belilah secara online yer. hehe. syukran.