Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Brr... Sejuknya Salji!

Novel Terkini
[ Pandangan Pembaca Novel ]

Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Tuesday, September 28, 2010

Beraya Bersama Pemimpin Negara

Salam.

-Activity update-

Seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri kita, Dato' Sri Najib Tun Abd Razak dalam ucapannya di New York baru-baru ini, rakyat Malaysia adalah unik kerana menyambut Hari Raya Aidilfitri selama sebulan. Tidak kiralah walau di mana pun mereka berada, mereka tetap akan merayakannya selama satu bulan.

Benar. Sambutan hari raya tetap diteruskan di Amerika ini. Pada Selasa minggu lalu, Iwan dan pelajar-pelajar sekitar Philly serta warganegara Malaysia yang tinggal berhampiran, berasa sangat bertuah kerana Dato Mustafa Muhammad datang ke sini.



Menjadi seorang pelajar luar negara memang memerlukan banyak pengorbanan. Menghadapi hari-hari mendatang dengan atmosfera yang berbeza dari negara sendiri, sumber makanan yang adakalanya dilimitasi, berada jauh dari keluarga (lebih-lebih lagi di musim perayaan) dan banyak lagi. Namun, ada juga kelebihan yang membuatkan kami berasa sedikit istimewa.

Selain mendapat pengalaman baru di tempat baru, kami juga berpeluang untuk mendekati para pemimpin dengan jarak yang lebih rapat. Pada Sabtu yang lepas, Dato' Sri Najib Tun Abd Razak pula datang ke New York. Pelajar yang tinggal berhampiran New York pastinya tak akan melepaskan peluang untuk bertemu dengan Perdana Menteri kita ini.




Dan yang lebih istimewa, rasanya pelajar dari Temple University. Kami agak rapat dengan Dato Sri Jamaludin Jarjis setelah 2 tahun memenangi hadiah kambing daripada beliau.



Setekat ini perkongsian daripada Iwan. Tentang perkembangan karier seni Iwan pula, insyaAllah ada beberapa perubahan dalam karya Iwan yang terdahulu. Kalau anda masih ingat, Iwan pernah menghasilkan novel Air Mata 2 Benua. Watak dalam novel ini mungkin akan ditukar. Manakala, antalogi cerpen haiwan pula memerlukan Iwan untuk menulis beberapa cerpen tambahan lagi. Jadi, Iwan sedang bekerja keras untuk menyiapkannya dalam masa terdekat ini.

Apa pun, pengajian adalah fokus utama. (^^,) Wassalam.

~semoga niat kita ikhlas.