Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Brr... Sejuknya Salji!

Novel Terkini
[ Pandangan Pembaca Novel ]

Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Thursday, April 22, 2010

Mesej Keamanan

Salam.

Ahad lepas, Ahmad dan family datang ke Philly. Seronok rasanya dapat main game dengan budak kecil seorang ni. Mendengar celoteh dia, rungutan dia. Tapi tak sempat nak snap gambar dengan dia, dah phone Iwan kat tangan dia je.

Sekadar menyingkap kisah lama. Iwan dari dulu memang suka budak kecil ke?

T-I-D-A-K-!

Sejarah telah tertulis, Iwan kurang senang bersama mereka. Mereka sering dilebihkan. Mereka sering dimanjakan. Mereka sering diutamakan. Segala-galanya hanya untuk mereka, sehingga kita terasa seperti diabaikan.

Tangisan adalah kuasa mereka.
Jeritan adalah senjata mereka.
Harta kita dikongsi bersama, harta dia adalah milik dia. Makanan kita dikongsi bersama, makanan dia adalah milik dia.

Ahh! Tak senang dibuatnya! Kadang-kadang, timbul sekelumit perasaan benci terhadap kanak-kanak. Meluat!

Tetapi dunia itu bagaikan roda.



Kini, Iwan sudah lupakan itu semua. Kanak-kanak rupanya membawa sinar gembira. Mengubat hati yang duka. Senyuman mereka penuh ceria. Apakah yang mengubah hati Iwan sedemikian rupa?

Entahlah. Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.


Terhasilnya Melodi Hati adalah ilham yang datang secara sendirinya. Mengajak diri Iwan sendiri, dan orang ramai, agar kita semua sayangi kanak-kanak. Mereka adalah generasi di masa hadapan. Jika kita tidak memelihara mereka, bimbang akan lahir lagi generasi mat rempit, mat ganja, dan macam2 mat lagi. Minah pun sama.


Disebabkan itu juga, Iwan suka berdamping dengan kanak-kanak. Kata orang, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Sejak mereka kecil, kita semaikan nilai-nilai murni dalam diri mereka. Ajar solat sejak dari kecil. Pakaikan pakaian yang menutup aurat. InsyaAllah.


Rasa bahagia bila bersama mereka.


Senyuman kanak-kanak itu ikhlas, seindah ungkapan sayang mereka, setelus peribadi dan jiwa, sejernih titisan air mata, yang tumpah di pangkuan hiba.

Apakah kita sanggup melihat senyuman itu pupus ditenggelami huru-hara yang dicipta orang dewasa? Perebutan kuasa, pangkat jua harta, semuanya merosakkan senyuman kanak-kanak yang tidak berdosa. Hayatilah, mesej keamanan yang cuba disampaikan mereka. Jangan disekat kebebasan mereka, hanya kerana kerakusan manusia dewasa.

-Terasa ingin mengambil gambar senyuman semua kanak-kanak di dunia ini, kemudian dibukukan. Buku tersebut pula akan menjadi simbol betapa kanak-kanak adalah sumber inspirasi kepada keamanan dunia.

Sunday, April 4, 2010

Indahnya Jalinan

Salam.

Musim bunga sudah tiba,
tibanya ia sangat indah,
seindah jalinan yang terpatri.


Ahmad. Anak dari sebuah family Malaysian-American.




"Full with adrenalin", pergh, vocabulary dia ni...



Pagi penuh ceria melayan kerenah dia di luar rumah. Dalam pukul 11 pagi, bertolak ke Loongwood Garden.






Interested dengan ikan-ikan yang besar. "Nak roti..", pinta Ahmad. Tak ada masalah nak bercakap bm dengan dia. 




dalam tu ada juga kawasan yang 'wet'. Parents dia lepaskan kami berdua dalam tempat tu.




sampai rumah, dia minta main kuda-kuda.. Layan saja...


Main spongbob dengan dia.

Bila Iwan minta semula phone Iwan tu...

Ahmad: Why?
Iwan: Nak balik dah.
Ahmad: You are going home already?
Iwan: Yes.
Ahmad: Oh, I gonna miss you!
Iwan: .......... (kejung)

Leraikan rindu yang sarat di kalbu,
Yang menganggumu asyik setiap waktu,
Dekati rindu rintihan jiwamu,
Yang membantu pada setiap waktu


Chorus Lagu: Leraikan Rindu
Lirik: Iwan Reaz


Tak pasti mengapa, tapi rasanya lagu ini sangat dekat dengan Iwan...


Saat nak balik tu, dia peluk macam tak bagi balik. Aduhai, meruntun jiwa ini.

p/s- Credit pada Auntie Hamidah, Uncle Khaleed, Muhammad, dan rakan-rakan yang snap gambar ini. Terima kasih semua...!

Thursday, April 1, 2010

Merungkai Persoalan

Salam.

Alhamdulillah, berlalulah sudah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 di PWTC pada 19-28 Mac. Walaupun Iwan tidak dapat berada di sana, bahangnya terasa sampai ke Philadelphia. Di kesempatan ini, Iwan hendak mengucapkan jutaan terima kasih kepada Telaga Biru kerana telah menerbitkan Novel Melodi Hati, satu karya yang menitik-beratkan betapa pentingnya hubungan adik-beradik dalam kehidupan seharian.

Juga kepada semua yang membeli novel ini, sokongan anda sangatlah Iwan hargai. Banyak responds yang Iwan dapat dari semua dan alhamdulillah semuanya positif belaka. Ini lebih menyemarakkan semangat Iwan untuk terus berkarya.


Gelagat seorang pembaca di Pesta Buku.


Maaf sekiranya Iwan tidak dapat membalas semua mesej anda di FB, YM, Skpe. Iwan cuba untuk reply semuanya tetapi maklumlah, Iwan juga terikat dengan komitmen sebagai seorang pelajar. Jadi agak sibuk dan berharap kalian tidak berkecil hati jika Iwan tidak dapat membalas mesej2 kalian..

Banyak juga persoalan yang terlintas di fikiran pembaca. Banyak bertanyakan soalan yang sama dan ada juga yang masih Iwan tak sempat hendak balas. Jadi di post kali ini, Iwan cuba merungkaikan segala persoalan anda:

1. Novel ini cerita tentang kisah hidup sendiri ke?
Jawapan: Tidak. Novel ini hanya rekaan semata-mata. Iwan cuba untuk menulis cerita ini ‘serealistik’ mungkin. Alhamdulillah, nampaknya objektif Iwan tercapai sehingga pembaca merasakan ini kisah Iwan sendiri.

2. Iwan dalam novel tu Iwan Reaz ke?
Jawapan: Memandangkan novel ini hanya rekaan, maka, Iwan dalam novel itu bukanlah Iwan Reaz. Cuma Iwan memilih nama watak utama itu menggunakan nama sendiri hanya untuk meletakkan ‘feeling’ yang lebih semasa menulis.

3. Mana dapat ilham menulis Melodi Hati?
Jawapan: Seperti penulis yang lain, ilham tu adakalanya datang secara sendirinya. Dan memandangkan Iwan suka berfantasi atau bahasa mudahnya berangan, maka ilham tu juga mudah hadir ketika itu. Ilham yang datang itu, Iwan himpunkan semuanya, susun semula dan hubungkaitkan antara satu kisah dengan kisah yang lain. Dengan itu terhasillah Melodi Hati.

4. Kenapa tidak menulis bahasa yang lebih berbunga-bunga dan romantik?
Jawapan: Iwan menyasarkan, bacaan Melodi Hati ini untuk semua golongan, dari kanak-kanak sekolah rendah sehinggalah dewasa. Jadi, Iwan memilih untuk menulis satu bacaan yang ringan dan menyampaikan mesej secara terus, (direct message). Bahan bacaan yang ringan juga dapat menarik minat golongan muda sekarang ini yang kurang berminat lagi untuk membaca.

Tentang istilah romantik itu pula, memandangkan novel ini bertemakan hubungan adik beradik, Iwan menyandarkan seberat-beratnya pada emosi adik-beradik. Kalau bercampur-baur, nanti feeling pembaca terhadap si adik akan beralih pada kekasih pula. Dah lari tema tu.

5. Kenapa harus ada lagu tema pada novel ini?
Jawapan: Lambakan novel di kedai-kedai meresahkan hati. Bagaimana hendak menjadikan novel ini mempunyai identiti tersendiri dan mampu menarik perhatian orang. Jadi, Iwan meletakkan identiti novel ini dengan meletakkan satu lagu tema yang turut mengiringi setiap plot cerita dalam novel. Alhamdulillah, nampaknya strategi ini agak memberi kesan.

6. Siapa Ziera? Siapa Mie?
Jawapan: Sudah dikatakan, ini hanya rekaan. Mereka tidak wujud dan usah kaitkan sesiapa disekeliling Iwan sebagai Ziera, Mie mahupun watak-watak yang lain.

7. saya tahu cerita ini tentang diri Iwan. Usah hendak mempertikaikan.
Jawapan: Iwan tak nafikan, banyak pengalaman yang Iwan aplikasikan ke dalam novel ini, contohnya pengalan di studio muzik, di kolej. Menjadi satu kemestian untuk menjadikan pengalaman sebagai sumber rujukan. Tapi tak bermakna itu kisah sendiri.

8. Single Itulah Impian Ku begitu menarik dan mempunyai maksud tersendiri. Ada berniat hendak keluarkan album?
Jawapan: Iwan memang ada terima tawaran untuk menghasilkan album. Lagu-lagu pun sudah ada dan perlu direkodkan sahaja lagi. Tetapi Iwan masih berkira-kira dengan komitmen study dan kehimpitan masa. Buat masa ini, Iwan cuma dapat katakan, “tengoklah dahulu..”. Sekarang matlamat Iwan, hasilkan novel dan di setiap novel, ada lagu temanya sendiri . Itu identiti Iwan Reaz. Dan yang penting matlamat Iwan adalah untuk mengajak diri sendiri dan semua orang ke arah kebaikan. Semoga niat ini akan sentiasa di landasan yang lurus. Amin.

Ada soalan yang belum dijawab? Maaf kalau ada yang terlepas. Iwan cuba himpunkan persoalan-persoalan yang diajukan, cuma kalau ada yang terlepas pandang itu, bukan bermaksud Iwan mengabaikannya. Cuma tak jumpa cari di dalam inbox Fb. Ini Iwan sudah cuba yang terbaik. Maaf ya. dan kalau masih ada persoalan, boleh hantarkan mesej di FB. Kalau di YM, adakalanya hilang dan lebih mudah terlepas pandang.

Sesungguhnya Iwan cuba untuk menjaga hati semua. Dan diharap anda juga menjaga hati saya, terutama semasa ‘berYM’, ‘berFB’, ‘berSyping’, terutama bagi para wanita. Harap dijaga batas-batas pergaulan.

p/s- Jangan lupa untuk terus mengundi lagu Itulah Impian Ku di carta IKIM.fm. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua!