Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Brr... Sejuknya Salji!

Novel Terkini
[ Pandangan Pembaca Novel ]

Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Tuesday, June 14, 2011

Manifestasi Hati

Assalamualaikum WBT.

Di waktu ini, di saat post ini sedang ditulis ...
Senior-senior Iwan ...
atau lebih mesranya sebagai kawan-kawan Iwan ...
Yang lebih lama belajar di Temple University ...
Kini sedang terbang di langit biru ...
Merentasi benua berbeza ...
Dengan harapan untuk berbakti kepada negara ...
Tanah tumpah darah ...
Bumi Amerika menjadi memori dalam diri mereka.

Rumah yang dijadikan tempat berteduh bertahun-tahun ini ...
tidak dapat lagi ditatap ...
melainkan di dalam gambar.

Rakan-rakan yang pelbagai bangsa dan agama ...
tidak dapat lagi dijadikan teman berkongsi suka dan duka ...
melainkan hanya di alam maya.

Makanan yang unik dan lazat ...
tidak dapat lagi untuk dinikmati ...
melainkan mereka kembali semula ke sini.



Iwan merenung semua ini ...
Di waktu petang yang jingga ...
Diri ini berjalan, berbasikal, meredah pelbagai laluan ...
Sayu, hati ini sayu ...
Suatu masa nanti, diri ini juga akan meninggalkan bumi Amerika ...
Entah mengapa, hati ini berat untuk berpisah ...
Walaupun hampir 180 darjah corak kehidupan di sini berbeza ...
Walaupun berjauhan dengan keluarga tercinta ...
Walaupun sukar dalam pelbagai perkara ....



Keunikannya luar biasa ...
Indahnya tidak sama di luar sana ...
Namun realiti tetap hakiki ...

"I'm not belong here!"

Ungkapan yang tidak mampu ku terjemahkan dengan kata-kata ...
Biar setinggi mana pun sayang ku pada Philly ...
Hakikatnya aku tetap kasihkan Malaysia ...
Pertemuan tetap diakhiri perpisahan ...
Biarpun bait-bait sayang terpatri ...
Kesedihan adalah satu fitrah yang harus dihadapi ...
Negara ini bukan tempat ku,
Dan yang abadinya, dunia ini juga bukan tempatku.

Sebab itu aku katakan,
Aku sayangkan Philly,
Aku kasihkan Malaysia,
Akan tetapi, aku sebenarnya cintakan akhirat.

Semoga rasa cinta ini bukan sekadar kata,
Tetapi adalah manifestasi hati yang ikhlas berbicara.

Biar madah ini menjadi renungan jua peringatan,
Tatkala aku hanyut dengan keindahan dunia yang mempesonakan.



~semoga niat kita ikhlas