Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Brr... Sejuknya Salji!

Novel Terkini
[ Pandangan Pembaca Novel ]

Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Thursday, July 22, 2010

NO PARKING

Salam.

Post kali ini hendak mengingatkan semua, agar sentiasa berhati-hati di tempat baru. Kenapa ya? Agar anda tidak rugi masa, wang dan tenaga...

Minggu ini juga Iwan banyak ke sana-sini untuk meghadiri pelbagai aktiviti. Hari Selasa lepas, Iwan dan Castury ke Sony Music. Syarikat itu baru berpindah ke alamat baru di Dutamas (kalau tak silap). Terpusing-pusing mencari walaupun dah tanya beberapa orang di tempat berhampiran.

Pengajaran 1 :- Malu bertanya sesat jalan. Kalau bertanya, tanya betul-betul. Fahamkan betul-betul. Jangan buat-buat faham sedangkan tak faham.

Alhamdulillah, akhirnya bertemu juga. Appoinment pukul 11, kami sampai 10.55. Nyaris-nyaris terlewat.



-Azim Castury, Hafiez Castury, Iwan Reaz-

Apabila semua urusan dah selesai,(di tinggat 3), kami pun turun ke bawah. Terkejut melihatkan benda ini terlekat di kereta Iwan.



Inilah pertama kali dalam hidup kereta kena clamped. Aik? Tak ada pun signboard no parking. Tinjau kiri kanan, oh, di hujung sana ada kertas kecil, illegal parking akan kena clamped. Denda RMxxx.xx untuk dibuka.

Pengajaran 2 :- Tinjau di sekeliling tempat parking anda sebelum meninggalkan kenderaan. Takut ada amaran yang kita tak perasan.

Jam menunjukkan pukul 12 tengah hari. Pukul 2 nanti Iwan ada interview dengan Harian Metro. Takut tak sempat. Urusan nak buka clamped tu makan masa yang banyak sangat sebab kena pergi ke blok bangunan yang berbeza-beza. Hurmm...berpeluh sakan.

Kompleks yang tak siap macam ni, atm pun tak ada. Tapi parking pun nak berkira. Bukan seringgit dua, tapi ber..... Tak salahkan sesiapa, tapi nampakanya langsung tiada toleransi di pihak mereka. Tak guna berbalah apatah lagi mencurah amarah. Terima sahaja dengan hati yang pasrah.

Pengajaran 3- Sabar itu sebahagian daripada Iman. Ada hikmahnya tu.

Masa tu memang susah nak terima hakikat, lebih-lebih lagi mengenangkan duit melayang
sekadar untuk membayar denda. Tapi bila difikirkan secara mendalam, perancangan Allah itu Maha Sempurna. Ada sesuatu yang kita tak tahu.

Cuma prediction Iwan, mungkin kalau kami keluar pukul 12 tu, barangkali ada kemalangan bakal berlaku. Siapa tahu? Jadi Allah menggantikan dengan sesuatu yang lebih ringan untuk diuji kepada hambaNya. Sebab itu kena redha dan ikhlas dalam setiap perkara.

Pengajaran 4 :- Ikhlas dan redha.

~semoga niat kita ikhlas.