Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Brr... Sejuknya Salji!

Novel Terkini
[ Pandangan Pembaca Novel ]

Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Thursday, August 5, 2010

MARUAH, murah ke?



"Aku baru nak cari parking ni," ujar S.

"Okey, lepas kau parking, kau naik ke level G. Aku tunggu kau kat depan lif," balasku.

Aku matikan panggilan telefon itu lalu melangkah ke arah lif yang dimaksudkan. Seminit. Dua minit. Tiga minit. Kelibat S masih tidak kelihatan.

Ku lemparkan pandangan ke merata tempat, manalah tahu S akan datang dari arah berlainan. Mahu membuat kejutan atau sebagainya. Namun, ku masih perhatikan sesiapa sahaja yang keluar dari lif itu.

Tiba-tiba...

"Apa jeling-jeling? Cucuk mata tu kang, confirm buta!" tengking seorang wanita.

"Eh, apa kes perempuan ni? Aku cuba sedaya upaya untuk memelihara mataku. Sebentar tadi, aku sekadar memandang untuk memastikan siapa itu. Aku bukan 'usyar' kecantikan mu," bisik hatiku.

Tapi, cantik ke? Solek tebal, baju ketat, sana terbuka, sini terbelah, semestinya aurat terdedah. Astagfirullah. Aku tak ingin mengata kegempalan mu itu. Andai kau gempal dan kau tutup auratmu, kau lebih cantik dari Top Model. Tapi...

Aku tersenyum sinis. Sengaja ku jelingkan mataku lagi, setajam yang mungkin, dengan kening yang terangkat sebelah, ditambah lagi dengan bibir yang diketap, konon menjeling dia, walhal aku berpura-pura.

Wanita itu tak berpuas hati. Mara ke arahku dengan amarah.

Tangannya diangkat, konon mahu memukul ku. Aku berganjak sedikit sahaja ke tepi. Sasarannya tidak mengena. Malah, terjatuh pula. Aku menahan diri dari ketawa.

"Wanita, di manakah malu mu? Di manakah maruahmu? Jangan biarkan harga diri mu terus menjunam jatuh, seperti mana kau terjatuh saat ini", kata ku lalu berlalu pergi.

-Kisah sebenar yang ku tokok tambah serba sedikit untuk menjadikan cerekarama.-

A rose too often smelled loses its fragrance
( isi tersirat: makin kerap mempamer kecantikan pada umum, makin kurang iman di jiwa), by izzati n the geng, 2010.

Soalan: Andai kamu dihidangkan dengan dua jenis makanan, satu terdedah, manakala satu lagi ditutup elok, dan sekarang kamu berdiri di kawasan yang sibuk dengan kenderaan yang lalu lalang. Yang mana satukah makanan pilihan kamu?

Fikir-fikirkan maksudnya.

~semoga niat kita ikhlas.