Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Brr... Sejuknya Salji!

Novel Terkini
[ Pandangan Pembaca Novel ]

Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Tuesday, January 12, 2010

Sinopsis dan Lirik

salam.

Berehat sebentar dari menulis novel,(Sekarang sudah pun berada di bab ke 25),
beralih kepada menulis post dalam blog pula. (menulis lagi.)

Ramai yang bertanya pada Iwan tentang sinopsis Melodi Hati. Sebelum ini Iwan agak merahsiakannya (sebab apa? Iwan sendiri tak pasti) Tapi bila novel ni dah terjual di pasaran, rasanya Iwan tak perlu berahsia lagi. Jadi pada siapa yang masih belum memiliki novel ini, inilah sinopsis Melodi Hati.


                                                                          kulit belakang

Sinopsis: Iwan yang merupakan seorang pelajar kolej, terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran setelah dia dan adiknya Syahmi, kehilangan ibu bapa. Bukan mudah baginya untuk menjadi seorang abang dan menggalas tanggungjawab menggantikan ibu bapanya, kerana beliau juga mempunyai komitmen lain sebagai seorang penggubah lagu dan penulis lirik. Beliau semakin mendapat perhatian melalui lagu 'Itulah Impianku'.

Syahmi bagaimanapun, masih terlalu muda dan nakal. Iwan sering menjadi usikan beliau sehinggalah istilah cinta disalah tafsirkan oleh Ziera. Keadaan bertambah tegang dengan kehadiran rakan lama Iwan iaitu Farah.

Sejauh manakah 'Sekaya, Seindah, Setinggi' yang diimpikan Iwan melalui lagu itu akan menjadi satu kenyataan?

Turut diselitkan bersama adalah lirik lagu Itulah Impian Ku.

ITULAH IMPIANKU

Lagu: Iwan Reaz & Wan Shah
Lirik: Iwan Reaz

Tiupan bayu tak mudah sekali menggoncang,
Debaran hati tak gundah,
Apatah serah diri biarpun kutahu,
Malam kutiada lagi.

Pena yang lancar menulis tak seperti hatiku,
Yang gugup untuk mara ke sana,
Demi mencapai.

c/o
Oh takkan hilang dari genggaman,
Keranaku takkan lepaskan,
Sekaya seindah setinggi,
Itulah impianku.

Kini kumakin hampir,
Mencapai suara impian,
Sedetik bagaikan setahun,
Kau tunggu.

p/s- Usah bertanya lagi siapa itu Syahmi, siapa itu Iwan, dan sesiapa juga watak di dalam novel ini. :) Itu adalah soalan yang sangat sukar.