Salam.
Ahad lepas, Ahmad dan family datang ke Philly. Seronok rasanya dapat main game dengan budak kecil seorang ni. Mendengar celoteh dia, rungutan dia. Tapi tak sempat nak snap gambar dengan dia, dah phone Iwan kat tangan dia je.
Sekadar menyingkap kisah lama. Iwan dari dulu memang suka budak kecil ke?
T-I-D-A-K-!
Sejarah telah tertulis, Iwan kurang senang bersama mereka. Mereka sering dilebihkan. Mereka sering dimanjakan. Mereka sering diutamakan. Segala-galanya hanya untuk mereka, sehingga kita terasa seperti diabaikan.
Tangisan adalah kuasa mereka.
Jeritan adalah senjata mereka.
Harta kita dikongsi bersama, harta dia adalah milik dia. Makanan kita dikongsi bersama, makanan dia adalah milik dia.
Ahh! Tak senang dibuatnya! Kadang-kadang, timbul sekelumit perasaan benci terhadap kanak-kanak. Meluat!
Tetapi dunia itu bagaikan roda.
Kini, Iwan sudah lupakan itu semua. Kanak-kanak rupanya membawa sinar gembira. Mengubat hati yang duka. Senyuman mereka penuh ceria. Apakah yang mengubah hati Iwan sedemikian rupa?
Entahlah. Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.
Terhasilnya Melodi Hati adalah ilham yang datang secara sendirinya. Mengajak diri Iwan sendiri, dan orang ramai, agar kita semua sayangi kanak-kanak. Mereka adalah generasi di masa hadapan. Jika kita tidak memelihara mereka, bimbang akan lahir lagi generasi mat rempit, mat ganja, dan macam2 mat lagi. Minah pun sama.
Disebabkan itu juga, Iwan suka berdamping dengan kanak-kanak. Kata orang, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Sejak mereka kecil, kita semaikan nilai-nilai murni dalam diri mereka. Ajar solat sejak dari kecil. Pakaikan pakaian yang menutup aurat. InsyaAllah.
Rasa bahagia bila bersama mereka.
Senyuman kanak-kanak itu ikhlas, seindah ungkapan sayang mereka, setelus peribadi dan jiwa, sejernih titisan air mata, yang tumpah di pangkuan hiba.
Apakah kita sanggup melihat senyuman itu pupus ditenggelami huru-hara yang dicipta orang dewasa? Perebutan kuasa, pangkat jua harta, semuanya merosakkan senyuman kanak-kanak yang tidak berdosa. Hayatilah, mesej keamanan yang cuba disampaikan mereka. Jangan disekat kebebasan mereka, hanya kerana kerakusan manusia dewasa.
-Terasa ingin mengambil gambar senyuman semua kanak-kanak di dunia ini, kemudian dibukukan. Buku tersebut pula akan menjadi simbol betapa kanak-kanak adalah sumber inspirasi kepada keamanan dunia.