
Salam.Dah pukul 1 pagi.. berehat sebentar lepas editing video. Ha..setelah lama tinggalkan bidang ni, akhirnya aku kembali semula.Sabtu lepas baru shoot, dan sampai sekarang masih belum habis edit. Buat masa sekarang ni, video yang aku terima hanyalah untuk Youtube Promo, selebihnya aku tak boleh terima kecuali video perkahwinan.Isnin lepas, aku ke Telaga Biru di Kepong, menghantar proposal novel di atas meja editor. Sekarang dalam proses penelitian....