Assalamualaikum wbt.
Selamat menunaikan ibadah puasa. Tidak lama lagi insya-Allah, jika dipanjangkan usia, jika masih dikurniakan nikmat nyawa daripada-Nya, jika masih dihadiahkan nikmat iman dan Islam daripada Yang Maha Esa, kita akan memasuki fasa terakhir bulan Ramadhan, iaitu Itqu Minannar (Pembebasan daripada api neraka).
Lebih dua minggu kita berada dalam bulan puasa ini, kita ibarat memasuki kursus pemulihan diri, pembersihan diri dan juga penyediaan diri untuk menghadapi 11 bulan yang akan datang sebelum tibanya Ramadhan kembali. Maka, kita renung-renunglah kembali, bersama muhasabah diri, apakah kursus yang kita lalui ini, berjaya dilaksanakan dengan cemerlang? Atau ia hanyalah kursus yang memenatkan? Kerana Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya:
"Ada antara umatku yang berpuasa, tetapi tidak mendapat apa-apa, melainkan lapar dan dahaga."
Kita dapat lihat, di siang hari, umat manusia bersungguh-sungguh berpuasa dan menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkannya. Di waktu malam pula mereka berpusu-pusu menunaikan ibadah dengan bertadarus, bertarawikh, bertahajud dan sebagainya. Tetapi, ingin Iwan kupas sesuatu untuk tinta kali ini. Apakah keimanan itu dinilai dengan ibadah semata-mata?
Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya:
“Bukanlah iman itu hanya dengan cita – cita tetapi iman itu ialah keyakinan yang tertanam didalam hati dan dibuktikan dengan amalan.”
Selain berterusan melaksanakan ibadaha kepada-Nya, adalah wajib bagi kita agar memperbaiki akhlak dan tingkah-laku kita.
"Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosakkalah sekeliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati."
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
Hati yang bersih melahirkan insan yang berperibadi dan berakhlak mulia. Lantas, segala tingkah lakunya amat disenangi oleh segenap masyarakat. Ia ibarat anak benih. Benih yang baik akan menghasilkan pokok yang cantik. Tetapi sebaliknya, benih yang rosak akan menghasilkan pokok yang buruk.
Seseorang dai'e itulah perlu berakhlak mulia, agar nasihat yang dihulurkan akan disambut dengan penuh hormat oleh orang yang ditegur. Peribadi yang baik, menjadi tauladan kepada semua.
Apakah ciri-ciri manusia yang berakhlak mulia?
1- Menjaga percakapan dan lidahnya.
Kata itu ibarat lembing, pisau, pedang, dan semua alatan tajam, yang mampu menghancurkan hati orang yang dikeji, dikutuk, dihina, diumpat dan dicaci. Hatta dalam mengajak manusia ke arah kebaikan sekalipun, hati seseorang itu harus dijaga. Memberi nasihat dan menyakiti hatinya, adalah 2 perkara yang sangat berbeza. Akan tetapi 2 perkara ini sering dicampur adukkan menjadi satu sebatian yang tidak lagi enak untuk didengar, apatah lagi dirasa.
Bagi golongan remaja dan belia, kata-kata kesat itu umpama manisan bibir. Borak-borak kosong itu pula umpama rutin seharian. Ingat! Rasululluah ada bersabda yang maksudnya:
“Sesiapa yang banyak bercakap, maka banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya, maka banyaklah dosanya, dan sesiapa yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya.”
2- Menjadikan malu sebagai perisai diri.
“Iman itu mempunyai tujuh puluh cabang atau enam puluh cabang, maka yang paling utama ialah ucapan Lailaha Illallah (Tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan Allah) dan yang paling rendah ialah menyingkirkan duri dari jalan. Dan sifat malu ialah satu cabang dari Iman.”
Sifat malu ini mampu untuk menjaga dan membela maruah diri daripada terus dicerobohi. Malu untuk berdua-duaan dengan yang bukan muhrim. Malu untuk meninggi diri. Malu untuk melakukakan kemungkaran. Dan lain-lain lagi...
Tetapi malu itu biarlah bertempat. Kerana jangan biarkan malu itu daripada menghalang kita menyampaikan kebenaran.
3- Mampu menahan sabar.
Jalan dakwah ini bukan satu jalan yang mudah. Hatta Rasulullah SAW sendiri diuji dengan sangat dasyat. Namun, Baginda tetap bersabar dalam menyampaikan kebenaran kepada umatnya. Lantas, kita harus mencontohi sifat mulia Baginda yang penyabar ini.
Tentunya Allah turut mahu menguji kita dengan pelbagai ujian. Maka, bersabarlah, kerana Allah mahu melihat sejauh mana kita akan terus istiqamah dalam melaksanakan perintah-Nya dan setinggi mana keimanan kita. Sesungguhnya, ujian yang diberikan itu tanda kasih sayang daripada Allah. Maka, bersabarlah.
Orang yang tidak mudah panas baran, adalah lebih mudah didekati, lebih mudah untuk dibawa berbincang, lebih mudah untuk dijadikan teman dan sahabat baik.
“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada, apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu?”.
(An-Nur, 24 : 22)
Banyak lagi sifat-sfat orang yang berakhlak terpuji ini. Insya-Allah, jika diberi masa dan izin daripada-Nya, Iwan akan menyambung lagi di masa akan datang.
~semoga niat kita ikhlas.
Iwan Reaz - Sedingin Salju
Iwan Reaz - Itulah Impianku
Followers
Wednesday, August 17, 2011
Ciri-Ciri Akhlak Terpuji
7:02 AM
4 comments
sekali lagi..orang pertama..!
ReplyDeletenice entry pakcik :) serious lah..masuk blog ni kan mesti ada something yang buat kita rasa perlu ada nilai dalam diri, paling kurang pun ikhlas (trademark kann?? )haha. tahniah! :)
tq utk peringatan brsama.
ReplyDeletei.A akn cuba dihayati n diamalkn
slmt brpuasa
ano: terima kasih. insya-Allah, jika kita ikhlas, perkara baik yang kita lakukan itu menjadi ibadah, walau sekecil zarah sekalipun. cuma... siapa ano ni? hehe...
ReplyDeletezainal: sama-sama. selamat berpuasa kembali.
JOM sama-sama mencari malam lailatul qadar
assalamualaikum, minta izin untuk copy ciri-ciri post di atas serta huraiannya.. terima kasih banyak.
ReplyDelete