Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Brr... Sejuknya Salji!

Novel Terkini
[ Pandangan Pembaca Novel ]

Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Wednesday, November 25, 2009

Aidiladha dan Black Friday

Salam.

"Raya haji tahun ni balik mana?"

"Atuk dan nenek buat korban tak?"

Kelihatan AJK masjid sedang mengemas sekitar masjid. Beberapa ekor lembu kelihatan ditambat di suatu sudut.

Penduduk kota sedang mengemas pakaian, bersiap-sedia untuk pulang ke kampung halaman. Keceriaan terukir di wajah setiap insan yang tidak sabar untuk menemui saudara-mara dan keluarga tercinta.

Inilah sebahagian dialog dan ragam di Malaysia beberapa hari sebelum menjelang Hari Raya Aidiladha dan juga dikenali Raya Haji atau Raya Korban.

Hari raya ini adalah untuk mengenang kembali dan mengambil pengajaran dari kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Sulaiman. Sejarah ini selalu dibacakan dalam khutbah selepas solat sunat Aidiladha.

Itu di Malaysia.

Di US, hari Khamis minggu terakhir bulan November adalah hari Thanksgiving, dimana sejarahnya bolehlah dibaca di Wikipedia. Dan keesokannya, adalah Black Friday, hari persediaan pertama untuk menyambut Krismas, dimana pada hari tersebut, banyak barang boleh dibeli dengan harga yang sangat murah. Bak kata remaja kita, 'murah giler'.

Dan pada tahun ini......

Hari Raya Haji jatuh pada hari Jumaat bersamaan dengan Black Friday...

Untuk pengajaran diri sendiri, walaupun sambutan raya haji adalah sekadar begitu-begitu sahaja, tidaklah Iwan meletakkan Black Friday itu di hati, kerana walau di mana pun Iwan berada, Iwan cuba sedaya upaya untuk meletakkan yang dunia itu di tangan, dan yang hakiki (Islam) itu dihati.

Jangan terlepas solat sunat aidiladha dan yang paling penting, jangan miss solat Jumaat semata-mata kerana Black Friday, hari yang gembira bagi syaitan kerana ramai umat akan boros berbelanja nanti.

Tak apa kalau nak bershoping, tapi besederhana.. Sesungguhnya besederhana itu dituntut dalam setiap perbuatan..
______________________________

Zaim dan Zahid ada datang Phily semalam. Iwan teman Zaim pergi U Penn. Ni adalah koleksi gambar Iwan di sana.

depan hospital U Penn. Macam airport.




Stadium dia 'besar giler'


comel tak?


Balik dari U Penn,(auchh kaki sangat sakit, bila dah duduk baru terasa sakitnya) kami singgah di Crown Chicken. Dan yang tak join kami ke U Penn tu, turut serta ke Crown Chicken untuk kami dinner bersama-sama..

Besoknya, Iwan kene hantar Zaim dan Zahid ke Chinatown, sebab mereka nak ke Washington pula. Tempat tunggu bas agak tersorok, so Iwan kene guide mereka, so then mereka tak akan alami seperti warga Temple dulu, berlari sana-sini..

Bila mereka dah naik bas, Iwan berjalan seorang diri. Terasa suasana Chinatown itu sedikit seperti Malaysia. Kelihatan ramai orang bawa beg besar-besar, sebab cuti Thanksgiving dah bermula. Iwan cuma terkenang waktu bawa beg dulu, nak balik kampung. Terasa sebak di hati ini.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

p/s-Melodi Hati di pasaran awal bulan hadapan. :)