Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Sunday, February 7, 2010

Kembali salju

Salam.

Alhamdulillah, salju kembali menghujani dunia Philly, menampar muka-muka yang keluar malam. Memang indah, tapi hanya dipermulaan. Dua tiga hari selepas ini, akan dipandang jijik. Cairan yang licin diselaputi pula dedebu kotor yang menghitam.





Kali ini ketebalannya ada yang sampai ke paras paha. Iwan dan kawan-kawan pula meredah ribut yang menggila pada Jumaat malam kerana ingin menghadiri majlis 'makan-makan' di Student Center. Tak berapa ambil kisah perjalan majlis yang berentak hiburan, kami hanya mengambil vegetable hoagies, pizza dan apa-apa yang boleh dimakan. (sambil bermain UNO)



Alhamdulillah, lagu Itulah Impian Ku kini menduduki tangga ke-10 dalam carta IKIM.fm. Teruskan mengundi dan menyokong karier Iwan! Untuk minggu ke 54:

taip IKIM VOTE MGGU54 dan hantarkan ke 33886.

Undian dari anda amatlah Iwan hargai. :)

2 Pandangan:

  1. aku sangat terharu dgn brotherly love dr korang. aku rindukan saat2 disubway sblm kite berpisah aritu. main2 salji walaupun aku x join sangat, ttp ku hargai. korang baik sangat kt aku. thank you. :P

    ReplyDelete
  2. menghormati tetamu adalah tuntutan dalam Islam.
    menyayangi rakan juga disuruh dalam Islam.
    betapa indahnya Islam itu kan...

    ReplyDelete