Salam.
Alhamdulillah, Iwan telah selesai menjayakan promosi di beberapa buah sekolah baru-baru ini. Syukur, sokongan yang diberikan bukan sekadar dari mereka yang berbangsa Melayu sahaja, tetapi turut mendapat perhatian mereka yang berbangsa Cina dan India. Ini adalah sesuatu yang di luar jangkaan Iwan sendiri, apabila melihat mereka begitu berminat untuk membeli Melodi Hati.
Sepanjang tempoh promosi, banyak kisah menarik yang hendak dikongsikan bersama.
Cerita 1:
Pelajar: Siapa penulis novel ni?
Iwan: Abang lah.
Pelajar: Eleh, tak percaya lah. Penipu!
Iwan: (hihihi, gelak dalam hati. sampai hati...)
Cerita 2:
Pelajar: Ada lagu tema? Kikikikikkikikiki....
Iwan: (amboi, panjangnya gelak dia.)
Cerita 3:
Pelajar: Abang ni aaaa... penulis aaa... saya aaa...
(lepas dapat autograf, dia terus lari)
Iwan: Alif, dia cakap apa tadi?
Alif (kawan) : Entah, aku pun tak faham.
Cerita 4:
Pelajar: Gambar abang ke ni? (tanyanya sambil menunjuk ke cover belakang novel)
Iwan: Ya, abang lah tu.
Pelajar: Yeke? Tapi kenapa dalam gambar ni tak handsome, tapi yang depan ni handsome?
Iwan: ...
(ini bukan cerita rekaan. sekadar hendak berkongsi)
Cerita 5:
Cikgu: Hari ni pihak sekolah ada menjemput seorang penulis muda, namanya, bla bla bla... Beliau berasal tak jauh sahaja dari sini, iaitu di Kajang. Di hospital Kajang.
Pelajar: HAHAHAHA!
Iwan: dalam hati (bukan di hospital cikgu, berdekatan dengan hospital... pelik bunyinya tinggal di hospital)
Cerita 6:
Selain Iwan, ada rakan-rakan yang menjual buku-buku dari PTS Sdn Bhd. Seorang ni namanya Fitri.
Student: Bang, nak tanya boleh?
Fitri: Boleh.
(Iwan yang duduk di sebelahnya, mendengar sahaja)
Student: Kawan saya ada buat novel tentang Gay. Agak-agaknya boleh ke diterbitkan?
Fitri & Iwan tergelak dalam hati sebab dapat soalan yang langsung tak dijangkakan.
---------
Dan banyaklah lagi cerita yang bakal menjadi memori sekembalinya Iwan ke US tak lama lagi. Hari ini Iwan juga rasa bertuah kerana dapat bertemu dan membuat promosi bersama Ain Maisarah, penulis novel remaja. Banyak ilmu yang dia kongsikan bersama. Untuk itu, Iwan ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada mereka yang terlibat, kepada sekolah-sekolah yang sudi menjemput dan memberi layanan istimewa.
Selepas ni, ada beberapa lagi program yang bakal diisi. Dan tak lama lagi, Ramadhan bakal menjelma. Rindu sudah dengan bulan penuh barakah itu. Bulan yang memberi kita peluang melipat gandakan amal ibadah.
"Ya Allah, berikanlah kami peluang untuk bertemu dengan bulan penuh kemuliaan ini. Berikan kami peluang untuk menambah amal kami di dalam bulan itu. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang terdahulu Ya Allah. Amin."
~semoga niat kita ikhlas.
Iwan Reaz - Sedingin Salju
Iwan Reaz - Itulah Impianku
Followers
Friday, July 30, 2010
Promo di Sekolah-Sekolah
7:38 AM
2 comments
ringkas~ padat ~ n ~menarik~~
ReplyDelete^^
terima kasih. :)
ReplyDelete