Salam.
Ucapkanlah Alhamdulillah, tanda kita gembira kerana dipertemukan sekali lagi dengan bulan Ramadhan, bulan penuh kemuliaan ini.
Dalam bulan Ramadhan ini:-
USAH KAU CARI bazaar ramadhan yang ada jual aneka jenis makanan untuk memuaskan nafsumu, TAPI CARILAH juadah berbuka yang sederhana bagimu agar dapat kau tunaikan ibadah dengan selesa
USAH KAU CARI masjid atau surau yang cepat bacaan semasa terawikhnya, TAPI CARILAH peluang untuk kau terus berterawikh sehinggalah ke akhir ramdhan
USAH KAU CARI masa terluang dan ‘port baik’ untuk kau lelapkan matamu yang sentiasa mengantuk di siang hari, TAPI CARILAH masa terluang untuk kau menambahkan amal ibadah sewaktu sedang berpuasa.
USAH KAU CARI siapa puasa, siapa tak puasa, TAPI CARILAH siapa yang memerlukan bantuan, dan kemudiannya kau berikan pertolongan.
USAH KAU CARI makanan best-best di waktu malam, TAPI CARILAH kemanisan beribadah di waktu malam.
Teruskan beribadah dalam berpuasa, moga-moga kita dipertemukan dengan malam seribu bulan, lailatulqadar. Perkenankanlah Ya Allah. Amin.
~semoga niat kita ikhlas.
Iwan Reaz - Sedingin Salju
Iwan Reaz - Itulah Impianku
Followers
Tuesday, August 10, 2010
Apa Yang Perlu Dicari Dalam Ramadhan Ini?
11:46 PM
2 comments
salam ramadhan ya sodiq..syukran alaik atas perkongsian..moga same2 kta menambah amalan di bulan penuh barakah ini.. =) jom pesta ibadah..
ReplyDeletewslm.... afwaan...
ReplyDeletejom2.... bukan senang nk dpt promosi bulan ramadhan ni.
1 fardhu = 70 fardhu
1 sunat = 1 fardhu