Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

123

Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Tuesday, September 28, 2010

Beraya Bersama Pemimpin Negara

Salam.-Activity update-Seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri kita, Dato' Sri Najib Tun Abd Razak dalam ucapannya di New York baru-baru ini, rakyat Malaysia adalah unik kerana menyambut Hari Raya Aidilfitri selama sebulan. Tidak kiralah walau di mana pun mereka berada, mereka tetap akan merayakannya selama satu bulan.Benar. Sambutan hari raya tetap diteruskan di Amerika ini. Pada Selasa minggu lalu, Iwan dan pelajar-pelajar sekitar Philly serta...

Sunday, September 19, 2010

Kebahagiaan Dalam Kekayaan

Salam.Sepasang suami isteri dipanggil oleh guru besar untuk datang ke sekolah anak mereka. Perasaan cemas menyelubungi hati kedua-duanya. Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh anak tunggal mereka itu? Pelbagai tafsiran bermain di fikiran.Setibanya di bilik guru besar, kelihatan si anak yang berusia sebelas tahun itu tertunduk lesu. Setelah dipersilakan masuk, si ayah pantas bertanya masalah sebenar yang menjadi punca dia dan isteri dipanggil datang ke situ. Manakala si ibu pula meluru ke arah anaknya.“Dia tidak ada lakukan sebarang kesalahan....

Wednesday, September 15, 2010

Galeri Raya 2010

Salam.Perkongsian pengalaman Iwan menyambut berpuasa dan beraya di Amerika disiarkan di dalam akhbar KOSMO pada 14 Sep. Terima kasih diucapkan kepada:Cik Khadijah (wartawan kosmo yang interview) Airieyah Aider(upload gambar dan menyebarkan di laman nasyid)Abg Sani & Abg Faruq (PR Telaga Biru)Munsyeed Corner & lain-lain...Sedikit perkongsian raya Iwan tahun ini...Hari Raya Pertama, di Philly.Raya ke-2, di Delaware .Raya ke-3, di New York....

Saturday, September 11, 2010

Eid Mubarak!

Salam.aku bukan perantau,aku bukan pelayar,singgah di sini hanya seketika,mengutip emas dan batu permata,untuk ku bawa ke tanah tumpah darahku,akan ku semai bakti dan jasa,memakmurkan agama, bangsa dan negara.pengorbanan ini harus ku ikhlas terima,walau sedih, walau duka,tetap ku ucap dengan rela,SALAM AIDILFITRI kepada Mak dan Ayah, Along, semua ahli keluarga, JPA, kawan-kawan, Telaga Biru, Allkind Ent, IKIM, stesen radio yang lain, media,penggiat...

Saturday, September 4, 2010

Duhai Hati.

Salam.Aidilfitri bakal menjelma tidak lama lagi. Bagi Iwan sendiri, rasanya bulan ramadhan tahun ni berlalu dengan sangat pantas. Jadi, sekarang sudah pun masuk fasa ke-3 Ramadhan, yang mana Allah telah janjikan ada satu malam yang bersamaan dengan seribu bulan. Itulah malam lailatul qadar. Apakah anda berusaha mencari malam penuh barakah ini? Nampaknya status-status di facebook, ramai yang sudah teruja dengan lebaran yang bakal disambut meriah....