Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Friday, December 3, 2010

Saya Sibuk...

Salam.

Jom kita pergi Blok A

Ada apa?

Pukul 3 nanti ada ceramah agama berkisar tentang hala tuju remaja Islam masa kini

Tak apalah. Aku sibuklah

-APA DEFINISI SIBUK?-



Alasan yang sering kita dengar tatkala ada seruan kearah kebaikan seperti majlis ilmu, mahupun ke masjid. Sibuk katanya.

Bagi para pelajar, kesibukan memang sesuatu yang tidak lagi dapat dinafikan kerana mereka sering sahaja diberi pelbagai tugasan oleh pensyarah dan perlu mengendalikan banyak program sampingan. Malah, jadual mingguan sering sahaja diisi dengan kuiz, test, exam dan macam-macam lagi. Kemuncaknya, sewaktu peperiksaan akhir semesta hampir tiba. Sibuk, sibuk, sibuk!

Untuk mereka yang sudah bekerjaya dan berumah tangga, keluar rumah awal pagi, baliknya waktu lewat petang. Mana masa mahu melayan anak-anak lagi. Mana masa mahu berehat lagi.

Memandangkan saya juga masih lagi seorang pelajar sepenuh masa, jadi ingin saya kupaskan sedikit situasi yang saya anggap, pelik tetapi benar. Dari pemerhatian saya, ramai pelajar yang memberikan alasan sibuk untuk mengelak dari menyertai pelbagai majlis kerohanian mahupun istiqamah dalam amalan.

Apakah sibuk bagi mereka sebenarnya? Kerana dalam sibuk mereka, saya lihat mereka masih…

*Melayari laman sosial seperti facebook dan twitter.
*Bermain games.
*Menonton filem, video di youtube dan drama di kaca televisyen.
*Melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan hobi dan minat masing-masing.
*Dan bagi mereka yang sudah memiliki kekasih (kononnya), masa bersama untuk berchatting, berborak dalam telefon, menikmati makan malam ‘romantik’, tetap akan diluangkan tak kira betapa ‘sibuk’ pun mereka itu.

Tetapi…

*Masa untuk membaca Al-Quran, tiada masa…
*Masa untuk solat sunat, tiada masa…
*Masa untuk berusrah, tiada masa….
*Masa untuk mengkuti majlis ilmu, lagi la tiada...

Mereka ini mengakui cintakan Allah dan Rasul-Nya. Tetapi kelihatannya seperti mereka lebih cintakan ‘kekasih hati’ mereka itu lebih dari segala-galanya. Cintakan dunia lebih dari segala-galanya.

Kalau benar anda sibuk, mengapa saya lihat anda masih online dan aktif berfacebook dan bertwitter? Mengapa saya lihat anda masih bermain games? Masih leka di hadapan televisyen? Mengapa ? Inikah yang dikatakan sibuk?

Berilah alasan sibuk berjuta kali pun. Saya tidak menilainya. bahkan saya tidak mengatakan saya lebih baik daripada kamu. Tetapi nanti, apabila kamu bertemu dengan Tuhanmu, maka jawablah,

saya sibuk…


Wallahualam

~semoga niat kita ikhlas.

6 Pandangan:

  1. salam.pesanan yang bersahaja namun mampu menyentap jiwa yang membaca.teruskan usaha murni saling mengingati sesama muslim.

    ReplyDelete
  2. Wslm.

    Andai kita hayati Surah Al-Asr, sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali mereka yang berpesa-pesan pada kebenaran dan kesabaran.

    Jadi, jangan biarkan diri kita berada dalam kerugian. Insya-Allah

    ReplyDelete
  3. pringtan yg sgt brguna!
    kdg2 mmg manusia lupa
    atau trlupa...
    trima kasih abg iwan sbb igtkn...

    ReplyDelete
  4. salam alaikum.....

    ilmu itu adalh kurniaan ALLAH... malah Dia berhak memberikan kpd sesiapa y layak memilikinya.. namun kita manusia x pernah mrasa puas dgn apa y dimiliki..

    bila diberikan suatu ilmu, mulalah rasa tamak, inginkan lebih dr yang diberi.. maka kita pun mula lupakan ttg Maha Pemberi Ilmu, krn khusyuk mngejar ilmu y sebenarnya bukan milik kita...

    jd, saudara-saudariku sekalian.. marilah kita mula mngubah niat kita mncari ilmu ini sbg ibadah.. moga2 ALLAH mbantu kita mnunjukkan jalan mnuju kejayaan.. ~AMIN~

    ReplyDelete
  5. ano: sama-sama. selagi masih berupaya, saya akan teruskan usaha ini, insya-Allah.

    halimah: Amin. benar, itu adalah fitrah manusia, tidak pernah merasa puas. Ilmu yang dikejar ini, agar kita semakin dekat dengan Sang Pencipta.

    Jangan pula keterujaan mengejar ilmu menjauhkan diri dari-Nya. Itu sudah salah matlamat asalnya.

    ReplyDelete
  6. Salam.

    Suka baca ini. Terima kasih untuk peringatan ini!

    :)

    ReplyDelete