Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

123

Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Thursday, February 24, 2011

Novel Pertama - Beruk

Assalamualaikum wbt.Bak kata sasterawan negara, A. Samad Said, seorang penulis haruslah melakukan 5 perkara ini: Yang pertama- membaca. Yang kedua-membaca. Yang ketiga-membaca. Yang keempat-membaca. Yang kelima, barulah menulis. Jadi, untuk post kali ini, Iwan mahu berkongsi dengan pembaca sekalian tentang novel pertama yang Iwan miliki. Ketika itu Iwan berada dalam darjah 1 atau 2, (kurang pasti).Tajuk novel tersebut adalah Beruk. Penulisnya,...

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul

Salam.Esok hari Selasa. Kalau ikut kalendar Masihi, 15 Februari. Kalau ikut kalendar Hijrah, 12 Rabiulawal. Dalam banyak-banyak sambutan ulang tahun, sambutan untuk esok hari adalah yang paling agung, yakni, Maulidur Rasul. Itu kata saya. Iyakah? Kata-kata yang ikhlas lahir daripada hati atau sebab nak ikut orang lain? Nenong...! Nenong...! Nenong...! (bunyi siren ambulans).Saya terlantar sakit. Kamu sedang nazak. Kita sama-sama sedang berdepan dengan...

Sunday, February 6, 2011

Diari Untuk Ibu

Salam.Semoga rakan-rakan, pengunjung blog ini, semuanya sihat-sihat belaka. Alhamdulillah, jadual waktu penulisan Iwan semakin tersusun dan ilham bagaikan laut yang sedang pasang. Kini, Iwan sedang menulis sebuah novel baru yang bertajuk - Diari Untuk Ibu. Sebuah novel yang sarat dengan emosi, tragis dan meruntun jiwa. Sudah lebih separuh novel ini disiapkan dan insya-Allah, Iwan sasarkan novel ini menjadi buku yang ke-4, dan akan diterbitkan dalam tahun 2011 juga. Semoga Allah permudahkan rancangan ini.Jadi, dengan rasa rendah diri, Iwan mahu...