Assalamualaikum wbt.
Ramai orang tak tahu. Nak buat maksiat/dosa ni boleh. Siapa kata tak boleh? Boleh saja... asalkan, kita memenuhi 5 syarat yang ditetapkan. Apakah syarat itu? Mari kita sama-sama renungi kisah ini ...
Suatu hari ada seorang lelaki datang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata: "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:
"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya."Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata:
1- "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-Nya."
Mendengarkan itu, dia mengangkat keningnya seraya berkata: "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezeki-Nya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
2- "Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut. Ibrahim kembali berkata kepadanya: "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab:
3- "Andai kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata: "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"
"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan:
4- "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, "Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:
"Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku."
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab:
5- "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata: "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.
Kesimpulannya?
Anda simpulkan sendiri. (^^,)
~semoga niat kita ikhlas.
Iwan Reaz - Sedingin Salju
Iwan Reaz - Itulah Impianku
Followers
Sunday, April 24, 2011
5 Syarat Untuk Melakukan Maksiat
8:39 PM
5 comments
btol2 memberi impak pd diri nih.. trima kasih atas perkongsian.. Mohon share di blog ya bro!:D
ReplyDeletex ade pluang utk kita cr alasan nk buat mksiat..
ReplyDeleteinfo yg brguna. tq!
intisar: sama-sama. semoga ianya bermanfaat. silakan share. :)
ReplyDeleteilham: sama-sama jua. :)
subhanallah..betapa kerdilnye diri ini..
ReplyDeletebtw,saye dah beli novel melodi hati..best!!
alhamdulillah. terima kasih atas sokongan. nantikan novel terbaru saya, Hazim, Aizat & Muzik, Mei ini. :)
ReplyDelete