Assalamualaikum wbt.
Semua orang mahukan zuriat yang baik-baik. Indah rupa parasnya, bijak pandai, berbakat. Soleh dan solehah? Erm ... ya kot. (kot?)
Ada yang mencari pasangan yang cantik/kacak, agar anak-anak nanti juga cantik dan kacak. Tak salah mencari pasangan sebegitu, cuma, janganlah dijadikan keutamaan yang paling utama dalam mencari pasangan hidup. Ingatlah, sesungguhnya kecantikan / kekacakan itu akan pudar ditelan masa.
Apa yang lebih penting adalah memiliki pasangan yang beriman, soleh atau solehah. Dengan ini, pasangan suami isteri dapat membentuk anak-anak turut menjadi soleh dan solehah. InsyaAllah, bahagia dunia akhirat.
"Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa."
[Surah Al Furqan, 74]
-ini Daud. Saya sayang Daud :D -
Bagaimana pula hendak mendapat zuriat yang soleh dan solehah? Kali ini, Iwan ingin berkongsi tips-tips untuk kaum bakal ibu/ibu bagi mendapat anak soleh dan solehah. Tips ini disediakan oleh Prof. Madya Dr. Norita Md Norwawi.
*Lazimi makanan yang Halaalan Toyyiban terutama yang makanan yang diproses pastikan Halal dan Toyyib.
*Berusaha untuk menghafaz Al-Quran bagi mendidik deria pendengaran janin. Boleh mulakan dengan surah-surah lazim. Allah berikan kita kekuatan aqal, jangan under estimate atau kufur dengan nikmat akal. Don't say no before you even start. Saya pernah mendengar kata seorang ustaz, jika kita dah berniat untuk menghafal Al-Quran dan berusaha untuk menghafaz tetapi dijemput dengan ajal terlebih dahulu, maka malaikat akan bantu kita dalam alam barzakh untuk habiskan hafazan 30 juzu'. Wallahuálam.
*Gunakan bahasa -bahasa yang baik semasa berkomunikasi. Jauhkan perkataan yang kasar, carut, sumpah dan laknat. Mulai belajar menggunakan bahasa yang baik dan positif. Contoh yang diberi adalah apabila nak suruh anak solat. "Solat sekarang, kalau tidak masuk neraka". Walaupun mesej betul tetapi bahasa kurang sesuai. Bagaimana kalau - "anak-anak, sekarang waktu solat sudah masuk. Allah beri kita mata untuk kita melihat, kaki untuk kita berjalan. Kalau kawan kita berikan kita kuih, kita akan ucapkan apa? tentunya "terima kasih".
Begitu juga kita dengan Allah, kita kena ucapkan terima kasih dengan pelbagai nikmat yang Allah berikan. Caranya pergi solat. Allah kata kalau orang yang berterima kasih dengan Allah, nanti Allah akan pasti tambah lagi. Allah sayang dengan orang yang tahu bersyukur dengan ni'mat Allah." Tak mungkin pemikiran agung (Islam) disampaikan dengan bahasa yang kasar dan kesat. Sedangkan iklan maksiat pun guna bahasa yang menarik, apatah lagi dalam membentuk generasi pemimpin berperibadi Muslim.
*Mentadabbur Al-Quran melalui majlis ilmu. Oleh itu, disarankan juga untuk pelajari Bahasa Arab bagi membantu memahami ayat yang dibaca dan menghayati maksudnya.
*Belajar ilmu-ilmu lain yang diperlukan dalam membentuk generasi pemimpin berperibadi Muslim dalam rahim.
*Amalkan mandi sunat pagi Jumaat. Jika terlupa niat mandi sunat Jumaat, niatkan waktu mandi petang. Jika terlupa hari Jumaat, hari Sabtu baru teringat, maka niatlah pada hari Sabtu. Menunjukkan satu komitmen bagimelahirkan generasi pemimpin berperibadi Muslim.
*Hubungan suami-isteri adalah satu tanggung jawab membina generasi pemimpin berperibadi Muslim, bukan sekadar melepaskan keinginan shahwat.
Sumber: IluvIslam.com
~semoga niat kita ikhlas.
Iwan Reaz - Sedingin Salju
Iwan Reaz - Itulah Impianku
Followers
Tuesday, May 17, 2011
Tips Mendapat Anak Soleh/Solehah
9:01 PM
5 comments
assalamualaikum..
ReplyDeletemaaf..
amalan2 ni ada hadis sohih ker yang suruh buat?sebab takut terbuat bid'aah nanti ... sekadar bertanya :)
waalaikumussalam.
ReplyDeleteTips ini dipetik daripada satu artikel dalam web iluvislam. Jadi, saya kurang pasti apakah ada hadis sohih yang menerangkan tentangnya.
walaubagaimanapun, seperti mana yang kita ketahui, bida'ah ini ada dua, yakni hasanah dan dolalah.
daripada tips yang diberikan, semuanya bukan amalan2 baru. semuanya adalah amalan seharian kita.
makan makanan halal contohnya, kita disarankan untuk mengelakkan daripada makan makanan yang subhah.
Gunakan bahasa yang baik contohnya, adalah komunikasi kita setiap hari.
Belajar dan menghafaz al-Quran, adalah satu rutin harian yang kita harus istiqamah.
Pelaksaan semua aktiviti ini apabila diamalkan selalu, akan ditonton dan dipelajari oleh anaka-anak kecil. Apabila mereka membesar dengan amalan-amalan yang baik sebegini, insyaAllah, mereka akan jadi generasi yang cemerlang :)
maksud saya yang mandi tu ,amalan yang berkaitan dengan ibadah kita.. ..bukan ke setiap bidaah itu sesat? " Kullu bid'atin dholalatun wakullu dholalatin finnar ", setiap bid'ah adalah sesat dan setiap kesesatan tempatnya di neraka. > mari berbincang dengan cara terbuka :)
ReplyDeleteSecara terangnya, bida'ah itu bukanlah satu hukum.
ReplyDeleteKita ambil definisi bida'ah itu. Bida'ah seperti yang difahami semua, adalah sesuatu perkara atau benda baru yang tidak pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.
Sesuatu benda yang baru itu hendaklah dihukumkan dengan Hukum Takhlifi seperti mana yang kita pernah pelajari yakni ada 5 iaitu Wajib, Sunat, Harus, Makruh atau Haram.
dan kita tidak temui satu hukum untuk bida'ah.
Maka, adanya bida'ah wajib, bida'ah sunat, bida'ah harus, bida'ah makruh dan juga bida'ah haram.
Untuk itu, kita tidak boleh menghukumkan semua bida'ah itu sesat.
Berdasarkan hadis "Kullu bid'atin dholalatun wakullu dholalatin finnar", kita perlu pelajari dengan lebih mendalam apakah maksud "kullu" itu membawa maksud 100% atau sebahagian besar? Membaca dan mentafsir al-hadis dan al-Quran tidak sama seperti macam buku cerita, novel mahupun buku teks.
Perbezaan pendapat inilah yang melahirkan dua aliran berbeza, iaitu:
1- menolak secara total segala amalan yang tidak berasaskan al-Quran dan as-Sunnah.
2- bukan keseluruhan ( al-kul bi ma’na majmu’ laisa jami’).
Untuk aliran kedua inilah yang dijadikan asas pegangan mazhab Syafie yakni bida'ah itu ada bida'ah hasanah (baik) dan bida'ah dolalah (sesat).
Sesungguhnya benar bida'ah itu adalah satu perkara yang diada-adakan, tetapi adakah "semua" atau "sebahagian" sahaja yang dimaksudkan dengan sesat? Dan sesiapa sahaja yang melaksanakan adalah penghuni neraka?
wallahua'lam..
plus:
ReplyDeletedi atas anonymous ada mengatakan mahu perbincangan secara terbuka. jadi saya harap anonymous memberi identiti sebenar, supaya konsisten dengan cadangan perbincangan secara terbuka itu.
saya juga kurang selesa bercakap dengan orang yang saya tidak ketahui siapa di sana.
asif jiddan.