Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Thursday, June 2, 2011

4 Masalah Remaja & Belia

Assalamualaikum wbt.

4 Masalah Remaja dan Belia.

1- Pengurusan Masa.
2- Pergaulan.
3- Hiburan Melampau.
4- Cinta


(gambar hiasan. credit to Zahid Azmi)

1- Pengurusan Masa.
Janji pukul 4. Bangun tidur pun pukul 4. Tidakkah itu satu pengurusan masa yang bermasalah? Mungkin juga kerana mind-set setiap orang yang mengatakan, "alah, mesti orang lain pun akan datang lambat juga." Jika semua orang fikir begitu, masalah ini tidak mungkin dapat diatasi selamanya.

Solusi: Ubah mind-set anda. Tepati masa, atau dahului masa lebih baik. Sekiranya berjanji pukul 4, pastikan anda sudah berada di lokasi sebelum waktu itu.

2- Pergaulan.
Lelaki berkawan dengan lelaki, tidak sama dengan lelaki berkawan dengan wanita. Begitu juga sebaliknya. Mengapa? Begitu banyak batasan yang perlu dijaga. Lelaki boleh keluar berdua dengan lelaki, tetapi lelaki tidak boleh keluar berdua dengan wanita. "Ala, kami kawan je bang." Ingatlah, sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata. Dia akan sentiasa menyesatkan kamu, dengan permulaan yang kelihatan seperti biasa. Tetapi lama kelamaan, syaitan akan mula menyucuk kamu dengan jarum kemungkaran.

Solusi: Kenali apakah itu ikhtilat. Luangkan lebih banyak masa bersama kawan lelaki bagi lelaki, kawan perempuan bagi perempuan.

3- Hiburan Melampau.
Hiburan itu perlu bagi memenuhi fitrah manusia. Tetapi bukannya 24 jam melekat dengan hiburan. Tambahan pula dengan hiburan yang melalaikan. Hiburan bukan sekadar menonton konsert, malah bermain games, melayari internet, menonton televisyen, youtube dan sebagainya. Apakah ratio (nisbah) anda berhibur dengan beribadat? Hiburan hanya keseronokan sementara. Tetapi amal ibadah dibawa untuk ke syurga, yang nyata keindahannya tiada tara.

Solusi: Sebaik-baik hiburan, adalah yang mendidik jiwa.

4- Cinta
Mungkin adalah masalah terbesar. Sebaik-baik, sepandai-pandai individu pun, mengalami masalah ini. Bila dikatakan couple itu haram, mereka melenting. Isu kunolah, isu lamalah. Akan tetapi apabila ditinjau apa yang dilakukan dalam couple itu - berpegangan tangan, bertolak-tolakan, bergurau senda, bergambar rapat-rapat... kan semua tu perkara yang ditegah. Kedegilan akan membawa kepada kebinasaan. Lihatlah di dada akhbar hari ini, masalah pembuangan bayi seakan berada di kemuncaknya apabila ada pasangan yang tidak bertanggungjawab mencampak bayi lelaki mereka dari tingkat lima.

Solusi: Bercinta selepas nikah.

~semoga niat kita ikhlas.

0 Pandangan:

Post a Comment