Assalamualaikum WBT.
Pertama-tamanya mari kita semua mengucapkan lafaz "Alhamdulillah" kerana telah melalui bulan Ramadhan pada tahun ini dan kemenangannya disambut dengan tibanya bulan Syawal. Sama-sama kita berdoa agar kita dapat bertemu dengan bulan Ramadhan lagi pada tahun hadapan, insya-Allah.
Pada tahun ini, sekali lagi Iwan merayakan sambutan Aidilfitri di bumi Amerika. Beberapa hari sebelum tamatnya Ramadhan, Iwan telah berlepas ke Amerika dengan pelbagai emosi yang melanda. Sedih juga hendak melepaskan dakapan ibu yang sayu melihat anaknya mahu terbang merentasi benua, namun Iwan telah berkata pada ibu bahawa Iwan telah tunaikan janji Iwan pada tahun ini. Cuti yang berlalu hampir 2 bulan itu telah diisi dengan banyak meluangkan masa bersama keluarga. Fokus pada kerjaya seni, biarlah setelah tamat pengajian nanti.
Begitu banyak ujian yang dilalui semasa penerbangan ke Amerika. Bayangkan, semasa hendak check-in di KLIA, nama Iwan tak ada dalam sistem. Penerbangan yang sepatutnya ke Istanbul bersama kawan-kawan, diganti dengan perjalanan ke Amsterdam tanpa teman. Dugaan.
Syukur, Iwan tiba juga di Philly dengan selamat (satu beg lambat sampai, masih di Amsterdam). Menurut kawan-kawan, dua hari sebelum itu ada gempa bumi dengan 5.3 skala Richter. Beberapa hari selepas itu pula, ribut Irene pula melanda bahagian timur Amerika, termasuk Philly. Khabarnya, 21 orang terkorban dalam ribut tersebut di 8 buah negeri.
Syukur, walaupun banyak dugaan melanda, Aidilfitri tetap dirayakan dengan meriahnya. Hari ini sudah hari ke-2 syawal. Malam raya, pelajar Malaysia di Temple berkumpul di rumah Iwan. Kami menikmati juadah raya (Iwan masak rendang ayam), bertakbir dan saling bermaafan. Semalam pula, Iwan beraya di Washington DC dan ada menyertai tele-conference bersama PM kita, Datuk Seri Najib.
Dikesempatan ini, Iwan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli keluarga, kawan-kawan, para pembaca dan yang mengenali diri ini. Jutaan kemaafan Iwan hulurkan atas semua salah dan silap selama ini.
Kepada rakan-rakan yang berada di perantauan, mungkin kita terlepas menyaksikan iklan-iklan raya di TV. Jadi, Iwan senaraikan semua iklan-iklan yang ada (termasuk yang online), untuk kita sama-sama 'feel' raya kali ini. Sekian.
IKLAN RAYA PETRONAS
IKLAN RAYA TM
IKLAN RAYA CST PRODUCTION
IKLAN RAYA PNB
IKLAN RAYA PROTON
IKLAN RAYA KFC
-aksi di dapur. credit to Syazwan Miswan
~semoga niat kita ikhlas.
Iwan Reaz - Sedingin Salju
Iwan Reaz - Itulah Impianku
Followers
Wednesday, August 31, 2011
Raya ... Raya ... Raya ...!
1:30 PM
5 comments
sekali lagi orang pertama! selamat hari raya pakcik..tahun ni takde mood raya langsung lah..haha
ReplyDelete(ijat)
to anonnymous: sy tgk awk suke jd org 1st eh? tp kli ni dh ade name.. oo ijat rupenye... slamat ari raye
ReplyDeleteeh, sori abg iwan, jd tmpat brborak pulak.. slamat ari raye juge utk abg iwan. =)
Ijat: selamat hari raya ijat. jangan la tak ada mood. kita seharusnya meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa. Raikan dengan besederhana, tetapi penuh kegembiraan dan kesyukuran. :)
ReplyDeletePuri: salam lebaran jua buat putri. nak berborak, silakanlah. Jangan bergaduh sudah :)
ha'ah.. anonymous dah ade nama..! ekekeke..
ReplyDeleteslmt hari raya abg Iwan !
dan jugak buat pengomen2 kat sini.. ^^
:: alwanPelangi.com ::
alfi: kan... mula2 dulu ingat anonymous ni adalah alfi yang nak main sorok-sorok... hehe...
ReplyDeleteselamat hari raya :) banyak dapat duit raya tahun ni?