Assalamualaikum wbt.
Hmm... agak kurang aktif Iwan menulis di blog sejak kebelakangan ini. Lebih-lebih lagi layout dah baru, sepatutnya aktiviti penulisan menjadi lebih bersemangat.
Apapun, Iwan masih lagi menulis. Baru-baru ini Iwan memang fokus untuk menyiapkan novel terbaru, novel awal remaja yang bertajuk- Syazwan & Salji. Novel ini mengisahkan tentang pengalaman seorang kanak-kanak di luar negara. Alhamdulillah, novel ini sudah pun disiapkan pada hari Khamis minggu lalu dan mengikut sasaran penerbit, novel ini akan diterbitkan pada bulan November nanti. Tapi itu baru perancangan, segala perubahan adalah kuasa Yang Maha Esa.
Untuk novel Diari Untuk Ibu yang Iwan tulis pada awal tahun dahulu, novel itu sekarang dalam simpanan penerbit. APa yang menariknya, novel berkenaan turut dipertimbangkan untuk dijadikan drama di kaca televisyen. Harapnya perkara ini akan menjadi kenyataan, insya-Allah.
Untuk Novel Hazim, Aizat & Muzik yang baru menembusi pasaran pada awal bulan Julai lalu, alhamdulillah sambutannya sangat menggalakkan. Biarpun kulit hadapannya kelihatan lebih 'muda', tetapi isinya lebih padat dan matang berbanding penulisan yang terdahulu. Kepada sesiapa yang masih belum mendapatkannya, boleh beli di kedai-kedai berhampiran atau hubungi Iwan sendiri melalui emel, facebook atau twitter.
Untuk perancangan akan datang, Iwan sudah mempunyai beberapa mesej yang akan disampaikan melalui beberapa cerita yang berbeza genre dan untuk pelbaggai peringkat umur. Cuma Iwan masih belum membuat keputusan, yang mana satu Iwan akan fokus terlebih dahulu.
-suka fokus pada satu penulisan pada satu tempoh masa.
Dikesempatan ini, Iwan ingin mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua.
p/s: pernah tengok tulisan Iwan yang real? Macam inilah... orang kata buruk...
~semoga niat kita ikhlas.
Iwan Reaz - Sedingin Salju
Iwan Reaz - Itulah Impianku
Followers
Sunday, August 7, 2011
Sedikit Bingkisan Tentang Novel
9:36 PM
6 comments
woah! org pertama komen..haha
ReplyDeleteoo..haah..memang lama tak ngapdate..layout baru kasi semangat baru la bro..tiap minggu la update..haha ..jokejoke...
gud luck eh! btw, haah..memang buruk pun tulisan tuh..muhahaha
salam abg iwan... berckp tntag novel azizat & muzik... sy belum ade lg... nk beli trus dgn abg iwan blh? dpt diskaun tak? hehe
ReplyDeletep/s: typing error *aizat
ReplyDeleteanonymous: saya sungguh curious untuk mengetahui siapakah identiti di sebalik tiada nama ini... haha... terima kasih atas pandangan jujur anda... insyaAllah akan update serajin yang boleh.
ReplyDeletesuraya: boleh. nanti saya hantar mesej di facebook.
buruknye tulisan kau hahahaa!!
ReplyDeletepapehal tahniah bro dgn karya2 novel semua nie. aku bace sinopsis mcm 90% berkait dgn diri pnulis. self-inspired eh? hahaa..
thanks for penghargaan juga kutukan itu... haha...
ReplyDeletehmm... memang aku banyak ambik pengalaman as aku punya guideline masa menulis, but cerita itu bukan pasal aku... kalau kau baca kau tahu lah... so... dapatkan buku aku balik malaysia nanti k... :D