Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Wednesday, October 12, 2011

Lirik & Cinta

Assalamualaikum WBT.



Untuk post kali ini, Iwan ingin menyatakan pendapat peribadi berkisar dunia hiburan sekarang. Baru-baru ini Iwan ada terbaca mengenai komen orang ramai terhadap lagu “Cinta Muka Buku.” Mungkin ini cerita lama, tapi Iwan baru sahaja mendapat tahu.

Balik ke Malaysia baru-baru, lagu tersebut sering dimainkan hampir di mana-mana sahaja. Sebenarnya, Iwan sendiri juga perasan ada beberapa bahagian yang kurang enak didengar daripada lagu tersebut. Antara baris liriknya adalah, “harus pejam mata dan cuba apa saja.” Apa mesej yang hendak disampaikan di sini? Cuba apa sahaja? Apa yang hendak dicuba?

Lagu ini seperti permulaan untuk bercouple dan berdating, dengan insan yang hanya dikenali dalam Muka Buku (Facebook kot kalau direct translate). Sedangkan bercouple itu haram. Dating juga haram. Mengapa tidak pejam mata dan dengar kata iman?

Nampak penyalahgunaan internet dan laman sosial untuk bercinta. Lebih-lebih lagi dengan insan yang tidak dikenali. Adik-adik, kakak-kakak, jangan biarkan diri anda terjerat dengan perangkap lelaki yang tidak bertanggungjawab. Media sudah banyak memaparkan jenayah rogol dan seumpanya. Mangsa dikatakan bercinta dengan lelaki yang tidak dikenali di laman sosial. Harus diingat juga, berdating secara maya juga adalah dilarang.

Iwan tidak bias untuk lagu ini sahaja. Lambakan lagu cinta di negara kita cukup merunsingkan. Ditambah pula dengan liriknya yang boleh menggoncang akidah. Banyak lagi sebenarnya lagu-lagu yang mempunyai lirik yang melampaui batas agama. Berpegangan tangan erat, berpelukan, ku bayang kamu setiap waktu, dan macam-macam lagi. Dulu, pernah ada lirik lagu, “Tiada lafaz yang lebih agung, kalimah cintamu.” Cinta pada manusia, tetapi dikatakan sebagai lafaz teragung?

Penyanyi, penulis lirik, pengurus, peranan anda terhadap permasalahan ini adalah besar. Kesilapan itu mungkin tidak disengajakan. Mungkin juga tidak bermaksud untuk mempersendakan. Tetapi sedarlah, kesilapan sedemikian boleh membuatkan masyarakat memandang kita sebagai JAHIL dan BUTA AGAMA.

Iwan tidak berniat untuk menyerang peribadi penyanyi-penyanyi terbabit. Malah, ada juga terfikir bahawa mungkin ada sesetengah pihak cuba menjatuhkan mereka ini dengan mencari kesalahan-kesalahan mereka. Setiap lirik lagu diteliti sedalam-dalamnya untuk mencari kesalahan. Mungkin perkara ini terjadi. Mungkin.

Mungkin juga ada yang berpendapat, open minded lah sikit dalam hal-hal seperti ini. Rasa letih pula dengan isu open minded ini kerana ada orang yang tak open minded dengan hukum Allah. Tapi terperuk pula dalam hukum manusia. Kita kena ingat, Islam itu adalah cara hidup (the way of life). Bukan sekadar agama untuk ditulis di kad pengenalan. Maka, setiap aktiviti harian kita mestilah dalam batas-batas agama.

Bagi mereka yang tidak bersetuju dengan hal yang dibangkitkan, itu hak anda. Saya tidak taksub dengan tafsiran sendiri. Tetapi tidak pula saya bersetuju dengan anda. Kita sesama manusia, boleh berhujah dan adakalanya menyembunyikan perkara yang sebenar. Tetapi apabila kita berdepan dengan Allah nanti, kita langsung tidak mampu untuk melindunginya lagi.

-Tidak bermusuh dengan sesiapa. Semua adalah kawan. Kawan buat salah, kena tegur. Yang dibenci adalah kemungkaran, bukan dirinya.

-Sesungguhnya kata-kata itu adalah doa.

~semoga niat kita ikhlas.

6 Pandangan:

  1. harus pejam mata dan cuba apa saja...?
    wow! berani! tapi tak bertempat -.-!

    p/s-kalau orng pertama ijat la tu XD

    ReplyDelete
  2. amboi... he3
    bagus2... lepas ni sentiasa alert bila ada post terbaru ok :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. lagu di malaysia majoritinya mendambakan cinta dunia yg penuh dgn tipu daya... bilalah ummat islam di malaysia nak brubah...

    ReplyDelete
  5. lagu berkonsep ketuhanan pun banyak juga sebenarnya, cuma tak mendapat tempat di corong radio, juga tak mendapat tempat di hati pendengar. bukan sebab tak sedap, tapi stereotype barangkali

    ReplyDelete
  6. setuju...
    klu nak dgr lagu konsep ktuhanan nie mmg ssh dkat rdio, tnngu msa nk msuk wktu solat baru muncul..kcuali radio ikim la.. :)
    kdng x faham. ttnya jugak knpa lagu yg bknsepkan kthnn ssh nk dapat tmpat..nak ckp kurang nya org mnat x jugak..
    tapi lagu yg merepek2, merapu2..yg x bg mkna jugak mudah dapat tempat.. mgkn betul la mnusia mudah tertarik pda sesuatu yg mlekakan.. bkn yg beri keinsafan..

    p/s: teruskan berkarya ya..
    semoga niat kita ihklas(sya suka ayat nie)tq..f-BT

    ReplyDelete