Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

123

Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Saturday, December 31, 2011

Selangkah Di Tahun Baharu

Assalamualaikum WBT. "Di permulaan kita mungkin bersemangat. Di tengahnya pula kita mungkin terjatuh. Tetapi berusahalah untuk bangkit menuju ke puncak." Di Malaysia, baru sahaja memasuki tahun baru 2012. Di Amerika pula, masih berbaki 12 jam lagi. Saya di mana? Di tengah-tengah? Ikut waktu Malaysia? Atau waktu Amerika? Saya tidak kisah pun. Berbondong-bondong ucapan Happy New Year yang memasuki ruang inbox atau sembang, saya...

Tuesday, December 20, 2011

Bercuti

Assalamualaikum. Insya-Allah, sekarang Iwan dalam perjalanan ke Las Vegas, untuk menghadiri satu program tahunan yang dikenali sebagai Muktamar. Alang-alang sudah berjalan jauh tu, kami melancong sekali ke kawasan berhampiran. Kata orang, sambil menyelam minum air. Percutian kami kali ini mengambil masa 3 minggu. Dalam pada itu, ada beberapa karya sedang dalam proses yang bakal menjengah pasaran pada tahun hadapan. Insya-Allah, dalam kesibukan bercuti ini, akan curi-curi masa untuk mengemaskini hal berkenaan. Sekian saja. ~semoga niat kita...

Saturday, December 10, 2011

Faham-fahamkan.

Assalamualaikum wbt. Pada pandangan saya, manusia yang mampu untuk meneruskan kehidupannya dengan baik (survive) di atas dunia ini, adalah mereka yang faham. Dia faham, mengapa masih wujud jahiliyah dalam diri orang yang ada tarbiyah. Dia faham, mengapa perlunya tarbiyah, mengapa perlunya kifayah. Dia faham, mengapa ada orang yang cepat marah, mengapa ada orang yang cukup penyabar. Dia faham, mengapa manusia diciptakan dengan kelebihan, mengapa...

Thursday, December 1, 2011

Pandangan Pembaca Novel Hazim, Aizat & Muzik

Assalamualaikum wbt.Syukur alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan, mengejar impian dan cita-cita, dan menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah SWT.Hari ini di U.S, secara rasminya sudah masuk musim sejuk. Musim sejuk kali ini amat bermakna bagi Iwan kerana akan menyusul sebuah novel baru yang turut mempunyai kaitan dengan musim sejuk. Novel apakah? Nantikan... (tapi rasanya ramai dah tahu kan...)Okey,...