Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

123

Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Tuesday, January 31, 2012

Bercuti Di Eagle Rock Resort

Assalamualaikum wbt. Bercuti lagi? Bukankah semester baru sudah bermula? Hmm, alhamdulillah rezeki yang tidak dijangka. Sehari sebelum percutian ini dijadualkan, saya diberitahu ada satu lagi kekosongan. Memandangkan percutian ini tidak menelan belanja yang tinggi (walhal pengisiannya begitu mahal sebenarnya), jadi saya mengambil peluang tersebut. Semester ini saya agak sibuk dengan aktiviti penulisan, sehinggakan untuk menulis di blog ini pun...

Friday, January 20, 2012

Brrr ... Sejuknya Salji!

Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah, dengan izin-Nya, dapat saya melangkah ke tahun baru, semester baru dan banyak perancangan baru. Terkini, novel Brrr ... Sejuknya Salji! bakal berada di pasaran pada awal Februari ini. Syukur, novel yang disiapkan dalam tempoh 3 minggu ini akhirnya menjadi kenyataan. Cover yang agak menarik, bukan? Tahniah kepada team penerbitan GISB yang bertungkus-lumus dalam memastikan novel ini 'lahir' dengan baik dan...

Friday, January 13, 2012

Itulah Impianku Piano Version

Assalamualaikum WBT. Sudah lama tidak kemas kini blog ini. Insya-Allah, selepas ini perlu lebih aktif. Untuk post kali ini, sukacita saya untuk memperkenalkan video klip terbaru Iwan Reaz. Video ini sudah lama terfikir untuk merakamkannya. Tetapi kekangan masa sering membataskan. Dan idea asal video juga konsepnya sangat-sangat berlainan dengan apa yang ada sekarang. Mujur, Allah mengurniakan ilham semasa percutian ke West Coast baru-baru ini. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik. Sama sahaja dengan video klip lagu penuh, penceritaan...