Assalamualaikum wbt.
Hmmm ...
Terkadang perasaan kasihan itu menyelimuti diri,
Kasihan mengenangkan keadaan di blog ini,
Selalu sahaja diabaikan,
Selalu sahaja dibiarkan.
Jika ada nasihat-nasihat ringkas,
Saya lebih gemar kongsikan di Facebook.
Jika ada perihal peribadi yang mahu dikongsi,
Saya akan berkongsi di Twitter.
Jika ada perihal kerjaya, buku atau pengalaman,
Saya turut berkongsi kisahnya di Facebook.
Penulisan yang panjang dan berjela,
Saya fokuskan dalam penulisan buku dan novel terbaharu.
Jadi, di mana fungsinya blog ini lagi?
Kekangan masa mengejar kecemerlangan akademik,
Saya jadikan alasan.
Tetapi setelah berkerja tetap nanti,
Apakah kesibukan berkerja pula yang akan dijadikan alasan?
Sekali lagi, di mana fungsinya blog ini?
Saya tidak mahu menutup blog ini,
Jasa dan sumbangannya sangat besar impaknya dalam dunia seni saya,
Luahan hati dan kekesalan ini saya cuba jadikan renungan,
Agar fungsi blog ini tidak dipinggirkan.
Akhir kata,
~Semoga niat kita ikhlas.
Assalamualaikum.
ReplyDeleteFungsi blog ini sebagai medan mempromosi karya Iwan juga. Mungkin ada follower karya Iwan yang tidak punya fb mengikut perkembangan karya Iwan melalui blog ini.
Apa pun blog ini masih releven, kerana pasti ada yang membacanya dan amatlah rugi jika ditutup.
Wasalam.
Pandangan seorang pembaca.
Waalaikumussalam.
ReplyDeleteTerima kasih kerana menjadi pembaca blog yang serba kekurangan ini. Terima kasih juga kerana memberi semangat dan dorongan.
Insya-Allah, pandangan yang diberikan sangatlah dihargai.
Semoga Allah memberkati.