Assalamualaikum wbt.
Kali ini saya ingin kongsikan pandangan para pembaca novel Goodbye New York (GNY). Adakah para pembaca sukakannya? Atau adakah novel Goodbye New York dikiritik hebat? Mari kita sama-sama baca pandangan telus mereka ini.
Nota: Saya tidak mengubah isi komen mereka, saya cuma sunting bahasa mereka yang salah, contohnya shortform "x", saya tukar kepada "tidak". Ini adalah demi kelestarian bahasa kebangsaan kita.
Nur Zahidah, Terengganu.
GNY bukan sekadar wadah atau bacaan untuk golongan remaja tetapi juga sesuai untuk semua peringkat umur, Ini disebabkan oleh pengolahan cerita oleh penulis tentang pengalaman beliau di NY ketika tempoh pengajian diaplikasikan dalam cerita GNY. Anjakan paradigma di NY yang diolah dalam cerita santai.
Shahkang, Manchester, (Penulis / Pelajar phd)
Latar New York menggamit minat anak-anak untuk terus membaca, sesuatu umpan menarik bagi membolehkan anak-anak yang tidak minat membaca untuk sekurang-kurangnya menelaah buku. Paling penting penulis menggarap watak-watak dengan cukup baik untuk diikuti pembaca. Sudah tentu mesejnya sampai berbanding novel-novel cinta di pasaran.
Afif, Johor (Guru)
Bagus penulisan anta. Pada pandangan ana, susah nak jumpa sekarang novel yang berbentuk ringan, senang nak faham. Sebab ana tak suka sangat kalau baca novel yang berat-berat. Keep it up akhi. Dan kalau boleh, banyakkan atau selitkan dalam penulisan anta tu tentang nilai-nilai kemanusiaan yang diajarkan oleh nabi, dan sebagainya. Nilai berbaik sangka contohnya.
Hafizi Azmi, Gombak (Pelajar universiti)
Cover buku sangat lawa, lukisan dia pun lawa-lawa (saya jadi fans kak Hani Raimi pula). Lukisan dan bio tu membantu pembaca imagine dan memahami karekter, banyak nasihat untuk murid-murid tentang nilai-nilai murni dan lain-lain. Good! Kemunculan Trio Queen tu dah best, tapi tak nampak kuat sangat kesan dia. Fikri pula patut sebut Cik Kiah dengan lebih banyak kali. Lepas tu bila dia sebut, Raqy cepat-cepat betulkan.
Asilah Safina
Abang, buku Selamat Tinggal New York tu best lah.
Aznieta, Melaka (Pekerja Swasta)
Novel GNY terbaik. Sesuai untuk bacaan remaja yang mana ia menceritakan tentang seorang remaja yang merasakan dirinya bagus daripada orang lain. Jangan berlagak sombong dengan kelebihan yang kita ada tapi bersyukurlah dengan apa yang ada di sekeliling kita. Walaupun berperangai macam tu tapi masih ada insan yang sudi berkawan dengan dirinya. Ingat tak semua manusia sempurna tapi boleh praktis make perfect sebelum menganggap diri kita yang paling sempurna daripada orang lain. Tiada siapa yang lebih sempurna melainkan dia. Good job!
Bad, Kuala Lumpur
Konsep cover yang menarik. Pengisian yang bermanfaat. Ceritanya mudah difahami & santai amat menyeronokkan proses pembacaan. Sesuai untuk anak-anak muda dan dewasa pun tak salah nak baca sebab novel ini juga sedikit sebanyak menceritakan kehidupan di New York. Cuma agak nipis. Sehari boleh habis.
Hakem Haikal, Kuala Lumpur (Pelajar sekolah)
Saya suka novel abang lagi-lagi Brr Sejuknya Salji dan Selamat Tinggal New York. Saya harap abang buat novel lagi ya.
Syafieqah Qafiesya, Kota Kinabalu (Pelajar universiti)
Jalan ceritanya menarik. Kalau ada sambungan, mungkin negara lain, awak boleh buat jalan ceritanya menjadi lebih panjang lagi. 200 muka surat begitu. Terima kasih. Teruskan berkarya
Khairunnisya Aleeya, Terengganu (Pelajar sekolah)
Saya suka novel GNY. Watak Raqiyah bagi peranan utama sangat menarik. Dia juga baik hati dan penyayang. Dia boleh menyesuaikan diri daripada New York Girl kepada Kampung Girl.
Hans Nasyid Nfm, Gombak (Pelajar Universiti)
Tahniah abang Iwan atas 'buah tangan' yang baru. Walaupun GNY genre novel awal remaja, tapi ia amat sesuai untuk semua peringkat umur dengan gaya bahasa yang lebih santai. Kadang-kadang guna novel ini untuk rujukan assignment sociology. Thumbs up!
___________________________
Komen daripada saya: Saya sebenarnya suka jalan-jalan di AEON Cheras Selatan. Di sana ada Popular Book Store. Saya dapati novel GNY dulu ada banyak dijual, lama-kelamaan habis. Gembira hati saya. Harapnya kedai lain pun samalah.
Terima kasih kepada semua pembaca dan juga yang memberi pandangan. Insya-Allah, saya bercadang mahu menulis Goodbye New York 2. Idea sudah ada. Namun proposal masih belum ditulis. Kepada pihak penerbit yang membaca blog ini, mohon memberi kelulusan ya. =D
insya-Allah!
p/s - rating Goodbye New York di Goodreads pada saat entri ini ditulis adalah 4.40 daripada 5 bintang. Terima kasih! Berikan pandangan dan bintang ada di link ini - BERI BINTANG & KOMEN
~semoga niat kita ikhlas.
0 Pandangan:
Post a Comment