Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

123

Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Monday, August 30, 2010

KLIP VIDEO ITULAH IMPIAN KU

Salam.Alhamdulillah, 26hb yang lalu Iwan telah selamat mendarat di bumi Amerika. Meninggalkan dunia seni sementara waktu untuk fokus dalam study. Pun begitu, Iwan tetap akan meneruskan menulis di blog ini.Sunyi seketika beberapa hari yang lepas lantaran internet yang masih tidak stabil di kawasan rumah baru. Post kali ini, Iwan sekadar mahu war-warkan bahawa video klip Itulah Impian Ku kini sudah boleh ditonton di Youtube. KLIK DI SINI UNTUK MENONTONPihak management pula akan menguruskan untuk siaran di kaca televisyen.Bagi mereka yang mempunyai...

Friday, August 20, 2010

Memoir Puasa

Salam.InsyaAllah, tahun ini Iwan berpeluang untuk menyambut bulan penuh keberkatan, bulan Ramadhan, selama 2 minggu di Malaysia.Berbanding pada tahun sebelumnya, Iwan cuma dapat berpuasa selama 2 hari di sini. Itu pun, pada hari kedua, Iwan berbuka di KLIA. Jadi, untuk post kali ini, Iwan sekadar ingin berkongsi pengalaman berpuasa pada tahun lepas yang berbeza dari tahun-tahun sebelumnya.Hari ke-3 berpuasa, buat pertama kali dalam hidup Iwan, pengalaman...

Monday, August 16, 2010

Diriku Hanya Merancang...

Salam.Selamat menjalani ibadah puasa, selamat berterawikh, selamat beramal. Semoga kita semua mendapat redha Allah. Sebelum ni, Iwan pernah updated status di facebook- "nak buat satu pengunguman". lebih kurang macam tu lah.Jadi, Iwan sebenarnya sedang menyusun, di mana hendak memulakan dan di mana pula hendak meletakkan noktahnya. Perasaan bersalah menyelubungi diri juga memandangkan ramai yang menaruh setinggi harapan.Sebenarnya, lagu Leraikan Rindu...

Tuesday, August 10, 2010

Apa Yang Perlu Dicari Dalam Ramadhan Ini?

Salam.Ucapkanlah Alhamdulillah, tanda kita gembira kerana dipertemukan sekali lagi dengan bulan Ramadhan, bulan penuh kemuliaan ini. Dalam bulan Ramadhan ini:-USAH KAU CARI bazaar ramadhan yang ada jual aneka jenis makanan untuk memuaskan nafsumu, TAPI CARILAH juadah berbuka yang sederhana bagimu agar dapat kau tunaikan ibadah dengan selesaUSAH KAU CARI masjid atau surau yang cepat bacaan semasa terawikhnya, TAPI CARILAH peluang untuk kau terus berterawikh...

Thursday, August 5, 2010

MARUAH, murah ke?

"Aku baru nak cari parking ni," ujar S."Okey, lepas kau parking, kau naik ke level G. Aku tunggu kau kat depan lif," balasku.Aku matikan panggilan telefon itu lalu melangkah ke arah lif yang dimaksudkan. Seminit. Dua minit. Tiga minit. Kelibat S masih tidak kelihatan.Ku lemparkan pandangan ke merata tempat, manalah tahu S akan datang dari arah berlainan. Mahu membuat kejutan atau sebagainya. Namun, ku masih perhatikan sesiapa sahaja yang keluar dari...