Assalamualaikum wbt.
Pada hari Khamis minggu lalu, bersamaan 7 April, bertambah setahun lagi umur Iwan. Terima kasih Iwan ucapkan kepada semua atas ucapan, ingatan serta doa yang diberikan. Iwan hargai semuanya.
-Kek ini dikongsi dengan kawan Iwan, yang tarikh lahirnya pula jatuh pada 8 April. Terima kasih diucapkan kepada kawan-kawan yang buat suprise, yang buat kek yang sedap ni (homemade tau, bukan beli kat kedai.) Menurut sejarah pembuatannya, mula-mula mereka nak buat bentuk i-Pad. Lepas tu jadi padang bola?-
Kali ini Iwan nak bincangkan tentang sambutan ulang tahun. Apakah makna hari tersebut pada diri kita?
Dulu-dulu ada orang pertikaikan penggunaan "hari jadi", yang tak sesuai digunakan. Lebih baik guna "hari lahir" atau "ulang tahun."
Iwan tak kisah pun pada mana-mana penggunaan. Asal saja sambutan yang diraikan besederhana, bermakna, juga mengikut landasan dan batasan agama
Ok, kita kembali pada soalan Iwan tadi. Apakah makna sambutan ulang tahun pada diri kita?
Bagi Iwan sendiri, hari tersebut adalah satu hari yang mengingatkan diri ini pada tarikh kematian yang sudah semakin hampir. Semakin bertambah umur kita, bermakna semakin dekat diri ini dengan kematian. Maka, salah satu "reminder" atau peringatan untuk diri kita tentang kematian, adalah sambutan ulang tahun kita. Ulang tahun = zikrulmaut (mengingati kematian).
Jadi, hari lahir kita sepatutnya disambut dengan bacaan Al-Quran, doa selamat, zikir serta selawat, dan apa-apa jua ibadah lain yang boleh mendekatkan diri kita kepada Yang Maha Esa. Sambutan sebeginilah yang membuatkan kita sedar bahawa peningkatan usia kita sepatutnya diiringi dengan penambahan amal ibadah.
Tak salah sekiranya mahu sambut dengan jamuan, hiburan dan lain-lain. Asalkan, segala yang kita mahu lakukan itu, bukan menambahkan lagi dosa-dosa yang pernah kita lakukan selama kita hidup sebelum ini. Apa ertinya kita meningkat dewasa (atau makin tua), andai amal ibadah masih sedikit tetapi dosa diganda-gandakan pula?
"Yeay, dah 18 tahun! Boleh tengok cerita 18SG, 18 ... ,"
"Yeay, dah 21 tahun. Dah boleh masuk pub, kelab malam. Bebas! Bebas!"
"Heh! Dah 40 tahun!"
Semakin meningkat umur, sepatutnya semakin meningkat kefahaman tentang Islam.
Yang masih belum sempurna solatnya, kamu dah besar, takkan solat kamu masih tak cukup 5 waktu sehari semalam?
Yang masih belum sempurna menutup auratnya, kamu dah besar, takkan aurat kamu masih terdedah sini sana?
Yang masih itu, yang masih ini...
Kita kembali kepada soal sambutan ulang tahun. Sebaik-baik keraian, kita sambut bersama dengan orang yang sepatutnya. Siapa? Andai kita fikirkan kembali, orang yang paling penting peranannya adalah ibu kita. Tanpa beliau, maka tiadalah kita di dunia. Tiadalah sambutan ulang tahun.
Ucapkan jutaan terima kasih kepada ibu kita yang melalui saat-saat getir sewaktu mahu melahirkan kita. Jadi, raikan hari yang penuh bermakna itu dengan ibu yang tersayang. Andai berjauhan ... Errr... Macam saya, video call pun jadilah. Andai kamu mahu hadiah daripada orang ramai, itu terpulang. Tetapi saya mengajak para pembaca yang budiman sekalian, kita jangan minta hadiah daripada ibu kita. Sebaliknya, kita yang sepatutnya memberikan hadiah pada ibu kita.
"Ibu, terima kasih kerana melahirkan saya, membesarkan saya. Terimalah hadiah ini sempena ulang tahun saya sebagai tanda penghargaan saya pada ibu."
Wallahualam.
p/s- Novel Diari Untuk Ibu sudah lama siap. Proposalnya kini sedang disemak oleh penerbit. Novel ini merupakan sebuah lagi karya Iwan yang sarat dengan emosi, mengusik jiwa, dan insya-Allah, mampu mengalirkan air mata keinsafan. Doakan agar perjalanan novel ini dipermudahkan. Amin.
~semoga niat kita ikhlas.
Iwan Reaz - Sedingin Salju
Iwan Reaz - Itulah Impianku
Followers
Friday, April 15, 2011
Sambutan Ulang Tahun
6:04 AM
No comments
0 Pandangan:
Post a Comment