Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Tuesday, January 31, 2012

Bercuti Di Eagle Rock Resort

Assalamualaikum wbt.

Bercuti lagi? Bukankah semester baru sudah bermula? Hmm, alhamdulillah rezeki yang tidak dijangka. Sehari sebelum percutian ini dijadualkan, saya diberitahu ada satu lagi kekosongan. Memandangkan percutian ini tidak menelan belanja yang tinggi (walhal pengisiannya begitu mahal sebenarnya), jadi saya mengambil peluang tersebut.

Semester ini saya agak sibuk dengan aktiviti penulisan, sehinggakan untuk menulis di blog ini pun jarang-jarang sekali. Jadi untuk post kali ini, sukacitanya saya berkongsi gambar-gambar saya di sepanjang percutian saya di Eagle Rock Resort. Selalu asyik upload gambar di FB saja, kali ini biarlah blog ini pula yang dihiasi dengan gambar-gambar yang menarik.

Bilik 127, saya berkonsi dengan dua pelajar African American yang cukup ramah dan mesra.

Makanan yang dihidangkan cukup lazat. Yang ini pula adalah dessert, setelah kami disajikan dengan appetizer dan entree yang sudah membuatkan kami tersandar kekenyangan.

Bersantai di ruang legar di tingkat dua.

Keesokan paginya, saya bersantai pula di belakang Resort, menikmati pemandangan yang cukup indah dan mendamaikan jiwa.

Di hadapan Resort. Cuma saya seorang sahaja lelaki dari Malaysia yang mengikuti percutian yang dianjurkan oleh Temple University ini.

Pertama kali menunggang kuda yang dikawal sendiri. Laila (lebih kurang bunyi) nama kuda yang saya tunggang ini. Pengalaman yang paling menarik!

Kembali bermain ski setelah hampir 2 tahun tak main. Skill agak merosot, but still having fun.

Antara pengajaran yang dipelajari daripada percutian kali ini adalah - "It's not about age, it's about experience." Kata-kata tersebut asyik berbisik di dalam hati saat melihat kanak-kanak seawal umur 5 tahun yang cukup lincah bermain ski dengan cukup bergaya. Perbezaan umur tidak menunjukkan apa-apa. Yang membezakan adalah pengalaman.

Untuk itu, usah jadikan umur itu sebagai penghalang untuk kita maju ke hadapan. Tidak semestinnya orang yang lebih tua itu lebih handal, sebaliknya lihatlah pada pengalamannya. Begitu juga apabila kita hendak mempelajari sesuatu, jangan segan untuk belajar daripada orang yang lebih muda. Biarpun kita mungkin lebih berusia, tetapi pengalamannya mungkin lebih matang daripada kita.

Sekian saja untuk perkongsian pengalaman kali ini.

p/s-Bulan Februari hampir tiba. Semakin teruja untuk menanti terbitnya Novel Brr... Sejuknya Salji!

~semoga niat kita ikhlas.

7 Pandangan:

  1. maaf iwan, background menyukarkan bacaan..isk

    ReplyDelete
  2. latar daun/pokok tu memang background keseluruhan blog. tetapi untuk tulisan, latarnya berwarna kelabu. Jadi bacaan tak akan terganggu, unless tak habis load page...

    maaf chef. lain kali kalau ada kesulitan yang sama, harap report. nanti saya ambil tindakan.

    ReplyDelete
  3. wah brcuti sakan ye :D

    -sy baca ok je abg iwan, background x kacau pun.

    ReplyDelete
  4. yelah, sy bace pon ok je. kalo intenet slow kot yg jadi page tu x habis loading...

    ReplyDelete
  5. ina: tak adalah sakan sangat. biasa2 saja :)

    zainal: iya kot. speed internet lain2 kan...

    ReplyDelete
  6. bestnyer.... Subhanallah...
    rsenyer the scene at the back of the resort was very beautiful and awesome...
    bersyukurlah bcoz u got the chance to experienced the NIKMAT...
    =)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Lafaz yang sering terucap menggambarkan betapa gembiranya saya dapat diberikan peluang sebegini.
    Insya-Allah semoga pengalaman ini dapat dikongsi bersama dengan semua pembaca :)

    ReplyDelete