Assalamualaikum WBT.
Mengapa tajuk ini yang saya
ketengahkan pula kali ini ya? Adakah mungkin kerana sekarang saya sedang rancak
menulis Novel terbaru yang bertajuk Replika Cinta? Ada kemungkinan.
Menjadi kelaziman dalam
masyarakat kita, yang selalu memasak di dapur adalah golongan isteri. Bukan
tiada, tetap ada, tetapi jarang dan sukar untuk melihat para suami yang
menyediakan makanan untuk keluarga.
"Suami yang kena masak? Itu Queen
control namanya!"
Oh, jangan terlalu cepat menuduh
sebegitu. Siapa yang memberi label sedemikian rupa? Adakah seorang suami yang
mahu menunjukkan kasih sayang terhadap isterinya dianggap takutkan isteri?
Adakah salah seorang lelaki mahu meringankan beban seorang wanita yang dinikahinya?
"Memasak? Basuh baju? Kemas rumah?
Ah.. itu semua kerja orang perempuan. Jatuhlah standard lelaki buat kerja rumah."
Benar, adalah satu tanggungjawab
buat para isteri untuk melakukan tugasan rumah. Tetapi tiada salahnya untuk
para suami membantu isteri mereka. Mengapa perlu ada ego yang membataskan
hubungan cinta ini? Ego yang meretakkan jalinan kasih sayang.
Bagaimana pula dengan akhlak
Rasulullah? Sebagai seorang ketua rumah tangga, Baginda menunjukkan contoh yang
terbaik dalam mempamerkan sikap kasih sayang dan menghormati isteri-isteri
Baginda. Setelah pulang dari pelbagai urusan, Baginda akan membantu isterinya
memasak dan membuat kerja-kerja rumah. Kepulangan Baginda ke rumah bukan sekadar
untuk bermesra atau berehat semata-mata , tetapi Baginda turut membantu isteri
menguruskan rumah tangga.
Aisyah r.ha pernah memberitahu
seorang lelaki yang bernama Aswad dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam
Bukhari: “Rasulullah SAW sentiasa membantu ahli keluarganya melakukan kerja
rumah. Dan apabila tiba masuk waktu solat, Baginda keluar untuk solat.”
Dengan
meringankan beban isteri, sebenarnya ia akan meningkatkan lagi perasaan sayang
seorang isteri terhadap suaminya. Pada masa yang sama juga, para suami akan
lebih menghormati pasangannya. Jadi, persefahaman akan subur dalam setiap hari yang ditempuh dalam alam berumah tangga.
Jadi, kita mahu mencontohi sikap
Rasulullah, atau tunduk pada label masyarakat yang pessimis?
Tetapi tidak dinafikan, situasi lelaki enggan ke
dapur berlaku kerana lelaki biasanya tidak tahu memasak! Jadi kepada semua pria
di dunia ini, tidak kiralah bakal mendirikan rumah tangga, sudah berumah
tangga, atau masih belum berniat mahu berkahwin sekalipun, sama-samalah kita
belajar memasak.
Jangan amalkan sikap – “rumah
bujang, biasalah bersepah.” Ini adalah ideologi sampah. Ideologi ini
menyebabkan seorang lelaki bujang terbiasa dengan sikap pemalas dan pengotor. Seorang
ustazah yang menguruskan bahagian perceraian di makhamah syariah pernah
berkongsi cerita berkenaan satu pasangan yang mana si isteri meminta agar
diceraikan. Puncanya? Suaminya suka benar menanggalkan kain pelikatnya lalu membiarkan
sahaja kain itu bergulung seperti sarang ular!
Lucu, tapi benar.
Maka, jadikanlah Rasulullah sebagai ikutan.
Demi
sesungguhnya, adalah bagi kamu pada Rasulullah itu contoh ikutan yang baik,
iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan
baik) hari akhirat, serta ia pula banyak menyebut dan mengingati Allah
banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (Al-Ahzab 33:21)
p/s 1- Doakan penulisan Novel Replika Cinta berjalan lancar. Sekarang sudah Bab 23. Ada lagi 10 Bab untuk ditamatkan. Sasar mahu siapkan by the end of the Spring Break (Minggu pertama bulan March) Insya-Allah.
p/s 2- Saya pandai memasak! :p
~semoga niat kita ikhlas
syukurlah punya bakat memasak.moga terus berkarya.selamat maju jaya:)
ReplyDeletelelaki zaman skrg makin pandai masak,
ReplyDeletepompuan zaman skrg makin x pandai masak.
komen?
chahaya: terima kasih. insya-Allah akan terus mengasah bakat memasak ini. selamat maju jaya juga.
ReplyDeleteatap biru: komen saya, lelaki semakin pandai memasak, dan perempuan tetap pandai memasak. itu pandangan sayalah.