Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Friday, September 21, 2012

NEW YORK GIRL

Assalamualaikum wbt.

Ini karya yang terbaharu.

Sebelum ini judulnya "Aku Budak New York." Penerbit kata ianya seperti identiti penulis Ain Maisarah. Jadi saya mencari judul baru - "New York Girl." (NYG) Itupun masih belum final. Tajuknya mungkin ditukar lagi. Mungkin ya, mungkin tidak.

Saya boleh katakan antara semua karya-karya saya, novel ini adalah karya yang paling memerlukan saya untuk memerah otak sehingga hampir kering rasanya. Jika hendak dibandingkan dengan novel Brr Sejuknya Salji, idea mencurah-curah bagaikan hujan lebat. Tetapi untuk NYG, penulisan saya agak tersekat-sekat.

Dateline pertama - 31 Ogos 2012, saya gagal menyiapkannya. 

Kemudian saya diberi dateline baru - 21 September 2012. Saya fikir ianya mencukupi. Rupa-rupanya ... .

Masih sukar! Namun saya tidak sama sekali mengalah. Iphone menjadi teman setia. Ketika saya berbaring hendak tidur/ duduk menunggu diri ditemuduga / menunggu makanan yang dipesan sampai, saya akan mengarang menggunakan iphone. Kemudian apabila berada di hadapan laptop, saya akan copy paste semula semua yang sudah dikarang.

Itulah teknik saya! Jika saya serius di hadapan laptop untuk menulis, sehari satu bab pun sukar untuk dicapai.

Saya berjaya menyiapkannya pada petang 20 September, kemudian menyuntingnya semalaman (tidur hanya 4 jam), selepas solat Subuh saya sambung menyunting lagi. Alhamdulillah, pada pukul 9 pagi 21 September, saya berjaya menyiapkan manuskrip penuh novel ini. Ianya kemudian terus dihantar kepada penerbit.

New York Girl mengisahkan tentang apa?

Jika Brr Sejuknya Salji adalah kisah Syazwan, seorang anak Malaysia yang berpindah ke Amerika, situasi dalam NYG pula terbalik. Raqiyah, juga seorang anak Malaysia, tetapi dilahirkan dan dibesarkan di bandar New York. Kemudian bapanya membuat keputusan untuk kembali ke Malaysia. Bagaimana penerimaan Raqiyah? Ianya adalah satu cabaran yang besar!

Idea untuk menghasilkan karya ini datang semasa saya berada di Amerika. Saya lihat ramai anak-anak Malaysia yang dibesarkan di sana. Mereka faham Bahasa Melayu, tetapi sukar untuk bercakap dalam Bahasa Melayu. Mereka juga lebih gemar makanan barat berbanding masakan melayu.

Saya terfikir, jika mereka ini dibawa pindah ke Malaysia, bagaimanakah mereka mampu menghadapinya?

New York, sentiasa sibuk ...

Semoga Novel NYG ini akan menjadi kenyataan. Insya-Allah. Doa!

~semoga niat kita ikhlas

6 Pandangan:

  1. Salam ukhuwah.

    Saya ada membaca puisi saudara dalam antologi puisi Dandelion. Semoga terus tekal berkarya.

    :)

    ReplyDelete
  2. mabruk abg iwan...mcm best je novel...bila nk publish?

    ReplyDelete
  3. Nur Suhada: Terima kasih. Teruskan berkarya juga buat saudari. Salam ukhuwah. :)

    Jamilad Mohd Nordin: terima kasih.

    Hans Nasyid Nfm: insya-Allah, best seperti Brr Sejuknya Salji juga. Mengikut perancangan, novel ini akan dipublish sebelum Pesta Buku Antarabangsa tahun depan.

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan. Wah, sebuah blog yang menyuntik semangat kepada saya untuk terus menulis. Seronoknya bila sudah ada buku sendiri kan.Tahniah.

    ReplyDelete
  5. Salam perkenalan tetamu istimewa yang sememangnya istimewa dan berbakat. Benar, memang seronok apabila sudah mempunyai buku sendiri. Buat tetamu istimewa, teruskan berkarya tanpa mengenal putus asa.
    Insya-Allah!

    ReplyDelete